Rabu, 30 Disember 2009
Happy Birthday
oh yer, Happy Birthday Badrul Hisham Ahaari, dan Narizan Husin, our cikgu math.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan happy selalu.
Gajah gajah gajah, bahagian 2
Bila dia ternampak kala atau lipan masuk rumah, tindakan pertama ialah letak anak anak atas kerusi atau meja supaya tidak terpijak makhluk tu. Kemudian ke dapur ambil bocong air panas, atau letakkan sedikit air ke dalam cerek dan panaskan. Ini pasti memakan masa yang lama jugak sebab mana ada dapur gas zaman tu. Rumah kami pakai dapur minyak.
Kemudian, Mi akan curah air panas ke atas makhluk tu. Kesian, dosa dia hanya terceroboh masuk rumah manusia. Hukumannya, curah air panas hingga mati. Macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok tu, abis penyamun mati.... panas panas panas.
Hah, panjang juga proses tu, tapi makhluk penceroboh tu tak lari. Kenapa? Bila mak aku spot makhluk berbahaya tu, dia akan kata berulang kali, "Gajoh Gajoh Gajoh...." Entah kenapa, bila dengar ayat tu, makhluk makluk tu berhenti merayap, dan menunggu ajal.
Kalau ular masuk rumah macamana pula, tak lah gajoh... sebab dengan Mi sekali lari keluar rumah. Terpaksalah kami tunggu ayah pulang dan setelkan masalah tu.
Ha, kisah ular masuk rumah ni pun aku masih ingat... nanti boleh cerita.
Isnin, 28 Disember 2009
Gajah gajah gajah
Pernah tengok kala jengking secara life? Masa aku kecil,dulu, kalau beli payung yng punyai kerangka buluh, standard lah. It comes with seekor dua kala jengking. Warna light brown lebih kurang saiz ibu jari. Aku tak pernah kena sengat jengking ni tapi aku minta jauh.
Yang lebih menakutkan adalah kala, warna hitam kemerahan, saiz sebesar tapak kaki. Kalau kena, pengsan.... Kenapa? Tak percaya?
Masa aku kecil dulu, mak dan ayah mengajar di Sekolah Kebangsaan seberang tayor, kawasan felda yang baru dibuka. Masa tu, rumah kami (rumah guru) tak ada elektrik. Tiap-tiap petang ayah akan pam lampu spirit untuk terangkan malam kami.
Cahaya lampu di tengah belantara akan menarik pelbagai jenis serangga dan arachnida... lelabah sebesar tapak tangan, kala dan kadang-kadang reptilia panjang bergelar sang tedung.
Kala, kira standard lah masuk dapur waktu magrib, terutamanya hari hujan. Apa kaitannya dengan gajah? Kena sabar sebab bersambung...
Rabu, 23 Disember 2009
Isnin, 21 Disember 2009
Kucing Belon
.:The Black Cat II:. by =moroka323 on deviantART
Yang aku nak highlightkan di sini ialah kaitan orang mati dan kucing. Masa tu orang kampung aku percaya kalau ada saudara yang meninggal, mesti dipastikan tiada kucing melompat jenazah. Kalau berlaku, mayat akan tersentak bangun.
Ketika arwah Tok Teh aku meninggal, rumah mak saudara aku ada banyak kucing. Orang-orang tua nervous takut kalau-kalau kucing melangkah mayat Tok Teh. Aku tanya mak saudara aku, kenapa... dia jelaskan pada aku, ada orang yang dah mati, masa mayat terbujur di atas katil, ada kucing melompat terjatuh atas mayat, mayat terbingkas seolah-olah terduduk. Aku soal mak saudara aku, aku tak nak Tok Teh mati lagi. Kalau boleh biarlah kucing melompat atas Tok Teh, sebab aku nak Tok Teh bangun. Aku tak nak Tok Teh kesayangan aku tu mati lagi.
Orang tua-tua tertawa dengan request aku tu, tapi mereka jelaskan, masa Tok Teh dah sampai untuk naik ke atas sana. Kalau time mereka pun, mereka tak nak aku suruh kucing melompat atas mereka...
Sabtu, 19 Disember 2009
Ketam O Ketam, Bahagian 3
Yang pasti, hidup mereka melarat sebab Mak Yah, mak si Hamdan terpaksa mengambil alih tugas ayahnya yang uzur. Suatu hari Hamdan bawa balik duit. Setelah dipersoal, Mak Yah dapat tahu Hamdan jual ketam nipah hasil membitol.
Masa tu Hamdan baru lepas peperiksaan. Keseluruhan darjah 3, hamdan dapat nombor 3. Mak Yah tak kisah Hamdan dapat nombor berapa, sebab nombor dalam periksa bukan boleh makan. Duit yang dibawa hamdan pulang, itu boleh beli makanan. Ketam nipah boleh dijual kepada orang cina. Apa-apa orang cina makan ada harga di kampung kami.
Bila persekolahan tahun berikutnya, Mak Yah announce, hamdan diberhentikan sekolah. Ayah cuba pujuk, tapi Mak Yah tetap dengan pendiriannya. Ayah kata, sayang sebab hamdan budak pintar. Pintar bukannya boleh makan. Ke sekolah memerlukan duit, pitis, "seng" kata orang Kemamang.
Jadi Hamdan pun gembiralah dengan sampan kecilnya, membitol ketam. Memabwa pulang wang hasil jualannya. Mak yah dapatlah sesuap nasi hasil titik peluh anak bongsu kesayangannya.
Suatu hari, semasa Mak Yah mematik pucuk, aku berpeluang bertanya. Mak Yah kata, abang serta kaka Hamdan semua habis sekolah sampai SPM. Tapi apa faedahnya. Nak ambil SPM pun kena pakai duit. nak sampung ke universiti,pasti tak dapat. Bukannya ada kerbau lembu nak dijual untuk bayar pendaftaran, untuk tambang ke Kuala Lumpur.
habis sekolah pun bukannya dapat kerja macam yang digembar gemburkan. setakat boleh membaca pun cukuplah. Sekurang-kurangnya Hamdan dah bawqa balik rezeki. kalau anak sebaya Hamdan dah habis sekolah, masa tu (lapan tahun dari sekarang), hamdan mungkin dah jadi jeragan.
Kita yang ada jalan untuk cari duit memang fikir kesian Hamdan terpaksa berhenti sekolah. Untuk yang perut lapar, makanan itu adalah segala-galanya. Lepas makanan, kita perlukan pakaian, lepas pakaian, tempat tinggal, lepas itu baru pendidikan. Mak yah, tahap pertama belum lepas iaitu makanan. Jadi siapalah aku masa tu nak menilai.
Khamis, 17 Disember 2009
Barang Yang Dihargai
Selasa, 15 Disember 2009
Ketam O Ketam, Bahagian 2
Isnin, 14 Disember 2009
Ketam O Ketam
Jumaat, 11 Disember 2009
Lena
Khamis, 10 Disember 2009
StarBuck Blues
Khamis, 3 Disember 2009
You have won a zillion dollar!
Kisah menang besar ni aku teringat kat ayah dan mi (mak) aku masa aku kecil-kecil dulu. Mister posto hantar surat dengan lace reben warna emas. You have won... terpampang besar gambar BMW, kereta impian ayah aku. Ketar tangan ayah buka sampul tu. Ada pula kotak terukir bentuk kunci kereta. Ayah buka surat tu, baca dengan penuh semangat bersama kamus di tangan, maklum sajalah bahasa orang putih yang tinggi tinggi, ayah kenalah rujuk kamus dulu.
Itulah permainan Reader's Digest untuk memancing orang supaya berlanggan. You don't have to subscribe to win... itulah katanya. tadi kata dah won, rupa-rupanya baru eligible to win. Mana boleh take chances, mesti subscribe ni. Mi, walaupun Reader's Digest dok buleh makang, akur... manalah tahu dapat BMW sebiji.
Maka tahun tu dapatlah aku baca majalah Reader's Digest selama setahun hasil langganan ayah. Kereta BMW yang dinantikan tak kunjung jelma. Tapi kira OKlah, majalah tu artikelnya taklah panjang sangat. Bolehlah aku improvekan sikit tahap pengetahuan English aku....
Sabtu, 21 November 2009
Panggang Pawotfish, Teka No 2
Rabu, 18 November 2009
Ros Jepun
-------------------------------------------------------------------------------------
Hadiah ini sedang terbang ke rumah Sdr Badrul Hisyam Ashaari...
Puteri Sedang Ketawa
Isnin, 16 November 2009
Hek Eleh....
Rambut masih nipis macam dulu, tapi dah mula pandai sakat Papanya. Setiap pagi pukul 5 akan kejutkan Papa. Kalau Papa tak bangun juga, mulalah korek mata, korek hidung, cucuk pipi. Kalau kuku panjang, abis pipi Papanya tercalar.
Penambang, Bahagian 3
Ketika Tok syok bagi ceramah, datuk (Tokki) aku pulang. Bila dia terdengar ceramah perdana Tok, dia pun mengeluarkan kuasa veto yang menyebabkan Tok membisu.
Tokki nak ambil semula hati aku yang terguris tu. Dia gendong aku di atas kepala bahu dan bawa keluar. Bila nampak lembu dia sebut dalam bahasa ibundanya dan menyuruh aku ikut. Kemudian dia ajar sebut perkataan kambing, ayam, itik, dan entah apa-apa lagi. Satu pun tak masuk. Maklum sajalah Tokki orang merantau. Tokki tak pernah beritahu asal usulnya, tapi mamak kedai runcit kg aku kata mereka sekampung, dari Kerala. Ada pula kata, moyang aku memiliki ladang mangga, tiada siapa tuntut sebab Tokki satu-satunya anak, yang merajuk dan lari ke Tanah Melayu.
Apa-apapun kitakan 1Malaysia. Bak kata lagu nursery rhyme pantun tiga kerat orang Ganu...
Ling Ling Basikal Langgar Rok,
Mung kata kakku k****g,
Mung c**a tak basu be**k.
Maksunya, di Ganu dah lama dipraktikkan 1Malaysia ni. Jangan nak mengata aku dari keturunan mana sebab engkau pun dari keturunan dagang juga.
Ok, berbalik pada apa yang berlaku hari itu.
Tokki bawa aku naik penambang, dari Seberang Pintasan ke Kuala Dungun. Perahu tu perahu layar. Amat perlahan. Jurumudi kawal guna buluh panjang, menolak perahu ke arah yang ingin dituju. It was a beautiful experience. Aku dapat lihat ikan berenang dalam laut. jernihnya air di zaman itu. Bayu yang berbau hanyir air masin masih bermain dalam ingatan. Sesuatu yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kena pula dengan orang yang ramah yang menegur Tokki di sepanjang aku menunggang belakang Tokki.
Tokki singgah di kedainya. Dia beritahu mamak yang sedang memasak dan mereka pasang papan penghadang. Kedai ditutup. cucu Berahim mahu santap.
Tokki masuk ke dapur dan mula menunjukkan talentnya memasak. aku rasa kari kambing adalah menu utma untuk aku hari tu. Sambil menunggu Tokki, aku duduk di meja makan bermain kad dengan pekedai lain yang diberikan cuti mengejut.
Bila Tokki dan siap menghidang, aku dijamu dengan briyani. Tokki aku ni kira tukang masak paling hebat, bab buat briyani. Kabarnya semasa muda dia diambil oleh sultan Ganu menjadi tukang masak. Di situlah dia dijodohkan dengan Tok aku. Masa muda mereka menetap di Kuala Ibai.
Aku pun tengok lah nasi briyani dan kari kambing. Mana pernah aku makan nasi yang warna lain dari putih. Kari kambing? Itu barang luxury giler. Kat umah, seekor ikan selar kuning, kongsi seluruh adik beradik ajer. Ambil bau aja, macam 3 Abdul menantu Sadip Sigaraga.
Aku jamah satu suap, aku tolak tepi. Tokki frust sebab aku tak suka masakan istimewanya. Maafkan aku Tokki, masa tu awang kecik lagi. Awang mana reti makan kari. kalau Tokki bagi sekarang, pasti dibedal tiga pinggan.
Tak apa. Tokki pasti faham. Dia gendong aku ke pasar Dungun dan beli sebakul limau mandarin. Sampai basah belakang Tokki, menitis air limau yang manis-manis masam tu dari mulut aku. Dalam perahu layar, aku buang hampas limau yang dah aku kepah ke dalam air. Aku dapat lihat dengan jelas ikan sebesar tapak tangan berebut hampas limau tu...
Tokki meninggal selepas menderita patah kaki jatuh dari katil di Hospital Kemaman masa aku darjah 2 atau 3, dah lupa. Tok baru saja meninggal dalam Milennia ini. Lama Tokki menunggu Tok. Semuga roh mereka dicucuri rahmat. I love them both.
Penambang, Bahagian 2
Jadi yang pasti ada banyak yang nenek (Tok) nak berceramah pada ayah. Oleh kerana ayah terus aja ambil Vespa dan ke rumah kawan, akulah yang terpaksa mendengar ceramah Tok.
Panjang juga ceramah perdana yang aku terpaksa dengar. Masa tu aku belum pun sekolah, ceramah perdana manalah aku faham. Ultraman, Prince Dinosaur, Astroboy, atau Marine Boy aku fahamlah.
Sabtu, 14 November 2009
Penambang
Jurumudi gunakan buluh panjang utk kawal perahu. Di Seberang Pintasan tu ada apa? Oh banyak. Tapi yang penting bagi aku ialah rumah arwah nenek aku.
Nenek aku ni ada perangai kelasik yang ada hampir semua wanita bergelar nenek; suka membebel. Apa-apa yang dia tak puas hati tentang ayah aku, akulah yang dijadikan sasaran.
Ayah memang tidak akan mendengar apa-apa leteran, sebab bila sampai aja umah nenek, dia akan tinggalkan kami adik beradik dan berkunjung ke rumah kawan-kawan.
Akulah yang jadi mangsa leterannya. Tapi kalau arwah datuk aku ada kat umah, dia akan marahkan arwah nenek aku sebab membebel, dan datuk akan bawa aku keluar.
(bersambung...)
penat berjalan
Kalau waktu main bola, semua orang mesti berkaki ayam. Pakai kasut tak aci sebab ramai yang tak ada kasut. Lagipun untuk mengelakkan diri dari tercedera, sebab zaman tu main bola adalah waktunya kita lepaskan rasa tidak puas hati. Faham-faham ajalah.
One thing yang aku discover bila tua-tua ni. Kasut yang selesa amat penting. Ada kawan bila keluar outing foto dengan aku pakau capai aja. Itu hak masing-masing. Hak untuk dapat penyakit. Aku kalau outing yang perlu banyak berjalan, prefer kasut ni. Berat sikit tapi kalau berjalan seharian pun tak rasa penat pada kaki. Pijak batu yang licin pun masih grip dan kalau terpijak kaca, taklah cedera.
Kalau lagi tua, lagi penting kasut yang selesa, sebab isi pada tapak kaki dah tak ada. Tulang kaki pun dah tak bersendi lagi, semua dah bersambung. Masalah ini dialami oleh mak dan mertua aku, sebab tulah aku tahu. Kalau rakan punyai mak atau ayah yang masih sihat dan komplen sakit kaki bila berjalan, ingatlah. Orang tua itulah menatih rakan hingga pandai berjalan. Why not, give them back the gift of walking.
Aku bawa Mi (my mom) ke kedai kasut custom-made, Foot Solutions. Mereka scan kaki mi dan suggest suruh pakai kasut dengan tapak yang dibuat khas sepadan dengan kaki Mi. Selepas tu, pilih kasut untuk fitkan tapak tersebut.
Mi gigit jari sebab katanya kasut tu mahal. Tak nak menyusahkan aku lah tu. Tapi bila dia tak boleh berjalan dengan selesa, aku lagi susah hati. Aku buat tak faham je. Bila dah dapat kasut tu, dia macam sayang nak pakai. Takut haus kot. Aku pesan adik-adik supaya pastikan Mi pakai kasut tu.
Bila balik Kemaman, Mi mula pakai kasut baru custom-made tu dan rasa selesa. Kalau dulu asyik melepek aja sebab sakit bila berdiri, kini dah cergas untuk berjalan. Mi mula cergas memasak, menyapu sampah dan ke kelas agama tanpa sakit kaki.
Di Ganu, ada funding untuk perubatan, disebabkan kasutni di kira kasuk khas yang berkait dengan kesihatan (medical), Mi pun telefon, minta aku kirimkan resit. Dia bawaklah resit tu ke Pejabat UMNO kat Kemaman, dan claim duit harga kasut tu.
Lepas dapat check tu, Mi senyum aja, dapat kasut mahal, dapat duit semahal kasut, dapat gi kelas agama tanpa sakit badan.
Aku bukan nak promote Foot Solutions tu, tapi untuk rakan-rakan yang masih ada Mak Ayah, why not give them a gift of walk. Kan mereka yang menatih kita berjalan dulu. Keupayaan untuk berjalan tu adalah anugerah. Rakan tidak akan menyedarinya hinggalah berlaku sesuatu dan tidak lagi dapat berjalan.
Isnin, 26 Oktober 2009
Kisah Cabar Mencabar (Bahagian 2)
Kisah Cabar Mencabar
Sabtu, 24 Oktober 2009
Kisah Orang Asli (Bahagian 2)
OK, balik semula pada kisah orang asli. Sebelum di bangku sekolah, mak ayah aku mengajar di kawasan pendalaman. Seberang Tayor. Dulu pendalaman, sekarang tak lagi. Pengasuh aku masa tu (dah arwah) ada kena beli barang di kedai runcit. Kedai tu jauh dari rumah guru. Pengasuh aku tu bawa lah aku teman dia ke kedai. Lepas beli barang, kami lalu di tepi rumah orang asli. Entah apa yang diperlukan pengasuh aku tu, dia melencong ke laman rumah orang asli. Anak-anak berlari ketawa keriangan. Ada yang malu dan menyorok kat belakang batang pokok. Ada perempuan memanggang sesuatu kat tanah, menggunakan daun-daun kering. Aku tak tahu apa yang dipesan oleh pengasuh aku tu, tapi ada seorang orang makcik orang asli berikan dia satu bungkusan.
Balik ke rumah, aku termenung. Apa yang aku lihat di halaman rumah orang asli tu tak dapat aku lupakan. Malam tu aku tanya mak aku. “Mi, kenapa orang mesti pakai baju?” “Sebab kita orang Islam, kena tutup badan.” Jawab mak aku selamba. “Kenapa?” Tanya mak aku. “Tapi Ba’as tengok makcik orang asli. Semua tak pakai baju. Semua nampak kopek.”
“Oh itu orang asli, mereka tak Islam. Mereka tak perlu pakai baju.” Jawab mak aku. “Oh, tapi mereka tak rasa malu ker?” “Apa pulak nak dimalukan, kalau semua tak pakai baju… tak adalah malu nya.” Oh… “Jadi kalau semua kat sini tak pakai baju, Mi pun tak pakai bajulah?” Mak aku tergamam sekejap dan member jawapan yang menyebabkan aku menembak dengan soalan berkaitan bertalu-talu.
Kisah Orang Asli (Bahagian 1)
Hari ini aku membelek buku fotografi lama, terlihatlah gambar orang asli perempuan dengan dada terdedah. Teringatlah aku tentang orang asli masa aku kecil dulu.
Kisah dedah dada dulu… Kalau orang putih dada terdedah, orang Melayu tak kisah, dalam hati meleleh air liur. Depan bini kata Astagha, belakang bini belek gambar lagi sekali, dalam hati kata “Alhamdulillah”.
Kalau orang cina dada terdedah, itu biasa kat kampong aku. Kebanyakan kalendar zaman dulu memang punyai gambar perempuan cina dedah dada. Orang kampong tak kisah kalau cina dedah. Cuma yang tua-tua marahlah kalau budak-budak tengok. Makcik-makcik ketawa aja, hek eleh besar tu pun mau tunjuk kat orang.
Kalau orang Melayu dada terdedah, mengamuklah semuanya, marah. Dikaitkan dengan tak bermaruah dan segalanya. Tapi yang marah tu sama-sama tengok gambar tu. Hmmm, barangkali dalam hukum, tengok tak apa. Mungkin aku salah faham, mereka bukannya marah… cuma jeles, sebab “mem” dia punya tak sehebat itu. Entahlah…
Kalau orang asli terdedah, dapatlah satu bahan lagi untuk buat joke. Apa-apa pun tentang orang asli kalau zaman dulu, jadi bahan ketawa. Tapi di belakang orang, ada yang ke kampung orang asli cari perempuan. Mak aku pula kata, orang asli dedah dada, tak apa. Kenapa? Aku tanya. Sebab dia orang asli. Itu jawapan muktamad mak aku. Jadi, dada perempuan dan respons orang Melayu terhadapnya adalah relatif.
Isnin, 19 Oktober 2009
Batu Belah Batu Bertangkup, Kau...
Sewaktu merakam imej kg nelayan di Melaka tempohari, ada banyak ikan tembakul bermain di lumpur. Ikan ni memang special untuk aku sebab kg aku pun mempunyai sungai air payau dipenuhi bakau, dan pastinya ada banyak ikan tembakul atau yang kecil sedikit, ikan belukur.
Ahad, 18 Oktober 2009
What a Wonderful World
Lagu tu dok bermain dalam kepala aku, tak keluar-keluar. Jadi aku keluarkanlah semula satu dari berkotak-kotak harmonika yang aku simpan sejak aku form 3 dulu, dan teruploadlah lagu tu kat Youtube.
Ada kawan aku tanya, pasal apa jadi S Jibeng masa main harmonika. Buka jadi S Jibeng, tapi mata roll bila syok sendiri, jadi kena tutup mata tu.
Khamis, 15 Oktober 2009
Memikul Biawak Hidup
Rabu, 26 Ogos 2009
Selamat Hari Raya
Ayat ucapan aku, rasanya samalah setiap tahun. Budak-budak, mana terfikir ayat lain. Ayat aku begini (kalau tak silap);
Selamat hari raya cikgu, puasa penuh atau tidak?
Belah dalam kad, aku tulis ayat ni, bersama kartun orang lidi sedang kencing...
"Kalau cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari..."
Sekarang jarang dah main kirim-kirim kad ni. Kebanyakan pakai kirim e-kad aja. Kirim pakai pos, silap2 tak sampai terus,macam kes beberapa tahun dulu, mr posto longgok kat dalam longkang aja. Penat puasa kot.
Cara baru aku, pakai harmonika. Bila lagi nak lepas gian. So, selamat hari raya semua... Yang puasa penuh dan puasa yam yok, tak kisah, ucapan tetap diberi.
Sehingga Menciutkan
Kat kampung aku, orang cuci pinggan pakai sabun pakaian dengan sabut kelapa. Span kena beli, sabut kelapa free. Kalau kenduri kendara, manalah berkesan cara membasuh begini. Mereka kena bilas dengan air yang banyak sebab sabun pakaian berbau. Kadi mereka buang minyak menggunakan abuk gergaji. Sabun pencuci pinggan adalah suatu yang mewah yang hanya dapat dilihat di kaca tv.
Oleh kerana membasuh dengan sabut bukannya suatu yang gelama, ia adalah suatu tugas yang pembantu rumah kami elakkan diri. Apa lagi keluarga kamiu besar, pasti hancur tangannya yang halus tu kena sabun. Jadi terpaksalah kami adik beradik mencangkung membasuh pinggan mangkuk sebelum mak mula memasak.
Suatu hari ayah aku ke Kuantan dan terjumpalah sabun pencuci pinggan yang menciutkan tu. Bila ayah bawa balik dan tunjukkan pada mak. Mak buka tudung pencuci tu.... wah bau limau. sedapnya, mau aku tambah gula buat air limau aja dari pencuci tu.
Masa tu, sapa-sapa yang mencuci pinggan akan merasa glamour, atau gelama, istilah keluarga kami. Lepas makan, semua orang cuci sendiri pinggan... Dan merasa nikmat minciutkan pinggan selepas mencuci. Yang aku terkejut tu, pembantu rumah aku, lepas makan cepat-cepat ke dapur nak kutip pinggan nak dicuci, sebelum ni tak pernah pun berbuat begitu.
Mak senyum melihat telatah anak-anak, pembantu rumah, dan ayah aku sekali yang tiba-tiba rajin mencuci pinggan.
Lepas makan malam, adik-adik terkam ke dapur nak cuci pinggan... Goncang botol pencuci, kosong! Dah habis!
Mak dapat tahu. Dia pun bagi ceramah tentang pembaziran kira-kira setengah jam dan memberi arahan pada ayah aku. Tak boleh lagi beli pencuci pinggan. Balik semula pada sabun pakaian dan sabut kelapa. Tak apa guna air lebih sedikit, air perigi free.
Selera Ramadan
Kesukaan saya pula, bukannya dari gerai ni, kecuali kalau gerai tu ada jual rojak kateh. Lazimnya kalau di Kuala Terengganu, saya akan ke Pasar Payang dalam pukul 3.00 petang. Satu dari gerai menjual cendawan liar yang dikutip oleh orang ulu. Kalau kebetulan cendawan tiba, saya akan borong semua. Cendawan yang dijual, yang pelik-pelik. Bukan yang warna putih aja, yang kelabu, yang merah pun dijual. Maklumlah, orang Ganu bukannya pandai bagi nama yang sedap-sedap. Semua nama, membunuh selera, misalnya cendawan telinga kera, b*** p**** (mencarut tu) pak pandir, dan entah apa-apa lagi. Bagi saya cendawan adalah satu dari makanan yang mmmph.
Tapi di Lembah Kelang, mana nak dapat semua tu? God I miss Pasar Payang. Di Lembah Kelang, yang ada hanyalah cendawan komersial yang tidak mempunyai rasa yang kuat. Kalau bernasib baik, mungkin terjumpa orang menjual cendawan busut di Pasar Kajang. Hah, kalau nak dapat cendawan yang ummph, kena cari sendiri.
Yang ini, puffball, kutip tepi-tepi semak aja. Saiznya agak besar, sebesar bola takraw. Rasanya kuat, lemak berkrim. Kalau dipotong, keluar aroma seperti rencah mee segera Maggi. Enak kalau digoreng bersama bawang putih. Meleleh air liur. Rasanya kuat. Enak. Tak boleh tahan.
Atau kalau inginkan yang rasa kurang kuat, boleh cuba cendawan payung ni. Tapi awas, mesti betul-betul kenal jenis cendawan. Kalau tidak... tak sempat raya.
Fotografi: Maisarah Ainul Diana
Rabu, 12 Ogos 2009
Bulih Makang Ke Dok? (Part 3)
OK, dah boleh sambung cerita. Suatu pagi, hari tak sekolah (ingat-ingat aku Hari Sabtu) aku tengok kawan main mainan plastik (kera turun tangga). Harga, 20 sen. Aku teringin nak beli mainan tu. Aku balik ke rumah minta duit 20 sen. Mak tak bagi respons. tak ada yes atau no. Aku kira no lah tu. Aku pun keluar dan pergi bermain dengan kawan-kawan. Dah lupa tentang mainan tu.
Waktu tengahari mak panggil balik, time makan nasi. Makan nasi ni pun ada ceritanya yang tersendiri. OK, balik pada lepas makan. Mak aku sibuk mencau sesuatu yang berbau amat enak, manis.... Aku tanya mak, buat apa tu.
"Buat coklat nnisang." Jelas mak, pendek.
Coklat nnisang adalah gula-gula tradisi orang Terengganu. Sekarangni masih terjual di pasar Payang, Kuala Terengganu.
Aku tolong mak bungkus coklat nnisang menggunakan kertas minyak. Cara bungkus, sama seperti bungkusan gula-gula sekarang. Apabila selesai, mak isi ke dalam bakul kecil.
"Pergi jual ni. lima sen lima biji. Kalau jual dua puluh seng, Ba'ah dapat lime seng."
Aku kira dengan jari, kalau nak dua puluh sen aku kena jual 80 sen. Aku kira jumlah coklat nnisang, ada 80 biji. Tak bolehlah aku nak curi-curi makan kalau nak dapatkan 20 sen.
Aku turun aja dari rumah, mak tolong keloi jiran, offer cuklat nnisang. Mereka dengan gembiranya beli 10 sen.
Mak dah tunjuk cara nak meniaga. Aku terus bawa bakul tu. Tunjukkan merchandise aku kat jiran-jiran dan puji kelebihan coklat nnisang mak aku. Sekejap aja coklat nnisang habis terjual. Aku balik ke rumah dengan seng sejumlah 80 sen. Aku pulangkan bakul mak serta wang 80 sen. mak upah 20 sen.
Aku pun berlari ke kedai untuk beli mainan tu. Itu cara mak aku didik aku untuk dapatkan wang.
Selasa, 11 Ogos 2009
Bulih Makang Ke Dok? Part 2
Isnin, 10 Ogos 2009
Bulih Makang Ke Dok?
Bila dah dewasa, mak aku jadi cikgu. Ayah pun cikgu juga, tapi motto mak semasa kecil dipegang hingga aku besar. "Kalau tak boleh makan, tak boleh beli."
Keistimewaan kampung aku, bila bulan puasa aja, wang semacam mencurah-curah. Masa tulah segala aktiviti yang terlarang di bulan lain, diterima. Satu dari aktiviti yang aku maksudkan ialah main mercun, tikam (judi budak-budak), dan pakau (judi orang tua). Semuanya pakai duit, pakai "seng" kata orang Kemamang.
Satu hari, abang pekedai kat kampung aku panggil ala org jual jam tiruan tepi pasar. "Ba'ah, sining.... nok ngecong ke dok? Abang ada ngecong besor, baki tikang, nombor rezab." Abang As, mari sini. Nak mercun atau tidak? Abang ada mercun saiz besar. Lebihan dari tikam, nombor reserved.
"Berapa seng?", aku tanya, interested. "Rege luor, lime rial, aku jual ke mung serial jer." Harga biasa lima ringgit. Abang jual satu ringgit aja.
Mercun tu satu set, saiz macam tnt. Nak letup apa pun boleh. Sapa tak interested. Aku terus berlari ke rumah. Mesti beli mercun tu.
Sampai rumah, mak sedang tidur. Bulan puasa, penat. Apa lagi sebelah pagi mak aku mengajar. Aku pun kejutkan mak. Minta duit seringgit. Soalan mak ringkas aja. "Bulih makang ke dok?" "Tak boleh," jawab aku. "Kalu dok leh makang, dok leh beli". Kalau tak boleh makan, tak boleh beli. Mana nak dapat, seringgit masa tu besar sangat. Gaji mak aku sebagai cikgu masa tu cuma lapan puluh ringgit.
Aku frust, tapi mercun tu mesti dibeli. Orang dulu-dulu cakap,
"Kalau anak minta desperately, beri. Kalau tidak, sama seperti ajar dia jadi pencuri."
Inilah yang berlaku kat aku. Beg tangan akan di hujung kaki mak aku, tapi dia sedang nyenyak. Walaupun tahu akau akan ditembak kalau ditangkap mencuri, aku nekad, sebab mercun tu saiz best giler.
Aku selak celah-celah beg tangan, ada tiga puluh ringgit. Alamak! Tiada duit pecah. Tak apa, aku ambil aje duit sepuluh, nanti pulang balik duit baki.
Aku berlari ke kedai nak beli mercun tu. Abang kedai tu terbeliak mata tengok duit sepuluh ringgit. Masa tu sepuluh ringgit amat besar.
Abang kedai sudah tamak, dia nak bolot semua duit aku. Bila aku minta mercun tu, dia tak bagi. Dia kata, aku boleh dapat mercun dengan harga lagi murah kalau menang tikam. Sebenarnya, dia nak songlap semua sepuluh ringgit tu. Dia buka tikam baru. Ada dua set mercun besar, tapi aku tahu satu set nombor reserve, hanya satu aja yang ku boleh menang. Aku tahu pasal rahsia nombor reserve ni sebab aku pun kaki jual tikam juga.
Aku siat satu keping (lima sen). Bila buka kertas tikam tu, nombor 2. Alamak aku sudah menang mercun idaman aku. Abang kedai cuba suruh aku tikam lagi, tapi aku kata aku dah dapat mercun tu, buat apa tikam lagi.
Aku hulur duit sepuluh, dia pulangkan 9.95. Aku berlari pulang, sebab nak pulangkan baki duit mak yang aku curi tu.
Alamak! Mak dah bangun. Macamana nak pulang ni.... Aku simpan dulu duit dalam laci. Ada peluang, annati aku letak balik dalam beg tangan. Macamlah mak tak dapat beza duit sepuluh ringgit sekeping dengan duit pecah 9.95. Kemudian aku keluar untuk main mercun. Ayah aku dah beri syarat, kalau mercun besar tak boleh main sendiri, kena suruh orang besar cucuhkan.
Kalau orang besar cucuhkan, baik aku jual aja mercun, masih boleh tengok mereka main. Aku offer sebatang pada seorang jiran. Dia bayar 50 sen. Sumbat mercun tu dalam busut anai-anai dan tekup dengan tin susu. Cucuh aja, Booom! mak oi, nasib baik aku tak cucuh sendiri, kalau tidak, tinggal ibu jari ajalah. Busuh tinggal separuh, tin susu hancur. Nasib baik serpihan tin tu tak kena mata. Itulah mainan orang dulu-dulu.
Bila bunyi terlalu kuat, Nik Wan, dalam 20an umurnya terkam dan marah aku main mercun, takut cedera. Dia minta tengok mercun aku. aku tunjuk, terkejut dia. Dia minta beli separuh. Aku jual dengan harga seringgit. Ada baki dalam 6 batang lagi.
(bersambung...)
Jumaat, 31 Julai 2009
Soda dan Raya
So, satu dari rule dia, "Air bergas untuk hari raya saja. Kalau minum hari lain, kurang satu keistimewaan hari raya."
Kadir, mamak kedai runcit tempat mak aku hutang barang pun tahu rule ni. Pagi raya dia akan kelek dua kotak sarsi buatan Kuantan (ntah haper brand) untuk kami nikmati.
Masalah soda dan hari raya ni, tapai pun dijamu hari raya juga. And my mom also believed, sesetengah makanan tak boleh bercampur. Soda dan betik tak boleh bercampur. Mabuk katanya. Betik dan panadol pun tak boleh. Mabuk. Madu dan timung cina (tembikai), racun. Banyaklah lagi. Yang itu semua tak menjadi masalah. Yang menjadi masalah, dia juga percaya tapai dan soda tak boleh bercampur.
Bila mak letak aja tapai ke atas meja. Naturally aku akan buka bungkusan daun bbaru tu dan suap isi kandungannya (tapai pulut) ke dalam mulut. Mmmm best manis. Lepas makan aja, Kadir pun datang deliver soda dengan basikal Nortonnya. Alamak! Aku capai aja botol soda, mak tampar tangan. Ba'ah (my kampung name) dok leh minung. Kang baru lepah makang tapey.
Habis spoil soda di hari raya aku.
Khamis, 30 Julai 2009
Coca Cola, Kick Untuk Aku
Aku ke sekolah, balik sekolah, naik beca. Trip kedua. Trip pertama, datok sedara aku (Tok Su) ambil cikgu dulu. Lepas tu baru ambil aku. Jadi, time balik sekolah aku terpaksa menunggu sorang-sorang kat bawah pokok setapi bercakap dengan semut dan kerengge di perkarangan sekolah SIS, Kemamang. Masa tu, sekolah rendah dan menengah gabung satu sekolah aja. Barangkali sebab tu aku boleh faham bahasa semut dan kerengge.
Aku ke sekolah berbekal makanan dan air teh. Biasanya 4 biji jjepuk bawang (cucor kodok). Aku makan sebiji, yang lain kongsi dengan kawan sebab ada kawan aku tak sarapan dan tidak dibekalkan dengan wang saku. Jadi, ada antara mereka akan datang minta bekalan aku, kata mereka aku anak cikgu pasti makan best. Alhamdullillah, mak ayah aku ada kerja tetap, jadi dapatlah aku supply tiga biji jjepuk bawang untuk dua rakan aku sarapan hampir setiap hari persekolahan. Satu lagi aku makan.
Mak aku bekalkan 20 sen sehari, kira besar untuk standard kawan-kawan aku. Tapi aku tak membeli di kantin waktu rehat. 20 minit, mana cukup masa. Lagi pula saiz aku kecik, asyik kena kutok aja. Jadi duit tu aku simpan untuk belanja di kantin ketika habis waktu persekolahan. Sebelum tunggu Tok Su dengan becanya, aku singgah di kantin dulu. Ini pecahan perbelanjaan aku.
5 sen, nasi lemak, sambal, seekor ikan dan sekerat keropok lekor goreng.
15 sen, Coca Cola dalam botol bercekik.
Masa tu aku tak tahu kenapa, aku mesti minum Coca Cola. Bukannya best sangat, banyak angin dan buat sendawa. Warna hitam, tak menarik langsung untuk kanak-kanak. Tapi aku mesti juga minum Coca Cola.
Lepas makan, aku minum Coca Cola sambil memerhati pelajar sekolah menengah pulang. Yang aku suka perhati, seorang akak yang gelemer masa tu. Cara dia berjalan, melayan cikgu... Pandai sungguh akak tu bercakap. Kalau aku besar nanti, apa yang akan aku bualkan dengan cikgu aku ya?
Ada juga abang sekolah menengah datang menegur, minta air soda hitam aku tu. Dengan tak rela aku tuanglah sikit. Satu hari, ada abang pakai songkok usang datang depan aku.
Dia kata,
“Dik abang nok kabor ning.”
“Amende bang?” Aku tanya.
“Mung kecik-kecik minung air buih, besor bila-bila minung arok.” Nasihat abang tu.
Maksudnya lebih kurang,
“Awak kecil minum soda, besar nanti minum arak.”
Pandai lah engko. Jeles lah tu. Bro ‘ustaz’ songkok ni masih hidup lagi. Aku jumpa bro ni masa aku outing ambil gambar kat kl waktu malam, keluar dari pub. Rupanya dia yang bila tua-tua ni “minung arok”. Tu lah, kata kat orang.
Mengetuk dulang paku yang serpih.
Mengutuk orang, dia yang lebih.
Sorry bro. Nasihat kau tu bagus, tapi pakai sendirilah.
Balik semula kisah Coca Cola. Tabiat minum Coca Cola ni padam bila rasa Coca Cola tidak sama lagi. Aku ingat ketika aku darjah 5. Aku dah tak dapat rasa kepuasan atau kick yang aku ketagihkan setiap hari.
Bila aku dah pergi jauh belajar, aku ambil lah subjek Organic Chemistry. Dalam satu kelas, aku didedahkan dengan ramuan istimewa dalam beberapa jenis minuman. Barulah aku tahu, apa itu ramuan rahsia yang aku tak boleh tinggalkan tu. Rupa-rupanya, ramuan istimewa Coca Cola tahun 70an ialah cocaine dan caffeine. Sekitar pertengahan 70an barulah ramuan tu dikeluarkan dari Coca Cola kerana Cocaine tidak dibenarkan lagi diletakkan dalam minuman komersial. Ohh sebab itu lah aku dah tak rasa kick bila minum Coca Cola. Aku tersenyum aja bila baca case study yang pensyarah aku persembahkan hari tu.
Rabu, 29 Julai 2009
Setin Root Beer, Segelas Sarsaparilla
Isnin, 27 Julai 2009
Burung Murai
Sambil berjalan, aku disapa oleh sepasang murai. Merdu nyanyiannya. Mengingatkan aku kampung halaman. Masa aku kecil dulu, inilah satu-satunya jenis burung yang dapat terbang dekat dengan rumah kami tanpa dilastik. Sebabnya, mudah. Burung murai dianggap sial. Sesiapa membunuh atau mengurung murai dalam sangkar, pasti akan mendapat bencara. Suwei! Kata orang tua-tua.
Murai memang burung istimewa. Pagi-pagi ia akan berkucau dengan nada yang amat merdu. Makanannya, ulat. Pasti itu membawa kebaikan kerana dengan kehadiran murai, buah jambu, buah belimbing, dan entah apa-apa buah lagi tidak berulat.
The idea membuka kedai haiwan kesayangan adalah suatu yang mustahil ketika saya kecil dahulu. Orang tak beli kucing. kalau mahu, boleh minta dengan jiran yang mempunyai kucing yang hamil. Bila kucing beranak dan lepas menyusu, boleh bela anak kucing tersebut.
Bila sebuah kedai haiwan peliharaan dibuka dipekan Cukai, semua orang terkejut. Kedai itu dikenali sebagai "Kedai Burung". Siapalah yang mahu beli kucing. Mahal pulak tu. Burung? Lagilah menghairankan. Burung nuri, ada berjuta di Padang Kubu. Burung punai, ayah aku tembak, bawa balik sebesen untuk dimakan. Burung wak wak, tahan pukat aja. Burung murai? Siapa tangkap dia akan kena bencana! Suwei.
Suatu hari mata aku terbeliak. Burung murai yang telah cacat bulunya (mungkin terkena getah perangkap) terkurung dalam sangkar tergantung dalam Kedai Burung. Aku tidak dapat terima hakikat yang aku lihat. Burung murai dalam sangkar. Pasti tahun ni Banjir Besar. pasti Tokei kedai ni akan mati kemalangan dilanggar basikal (masa tu yang banyak atas jalanraya ialah basikal).
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Burung tu masih dalam sangkar di kedai burung. Tokei masih hidup. Banjir besar pun tetap hanya berlaku sepuluh tahun sekali.
Bila aku masuk sekolah menengah, barulah aku tahu burung tak der sialnya, kecuali burung yang kena selesema. Itulah orang dulu-dulu. Macamana caranya nak kekalkan sesuatu? Gunakan teknik "scare". Kalau tiada suwei, pasti burung murai dah lama pupus. Nada nyanyainnya yang merdu pasti akan membuatkan mereka disumbat ke sangkar. Patutlah sekarangni jambu depan rumah aku berulat. Ke mana perginya sang murai?