Isnin, 21 Disember 2009

Kucing Belon


.:The Black Cat II:. by =moroka323 on deviantART

Di kampung aku masa aku kecil dulu, ada banyak kepercayaan yang pelik-pelik.  Biasanya kepercayaan tu berkisar dengan supernatural, Apa-apa saja yang tak dapat dijelaskan pasti berkait dengan supernatural.

Satu dari benda yang ditakuti ialah "kucing belon".  Khabarnya kucing belon adalah kucing hitam yang mengeluarkan bunyi seram di waktu malam.  Ia dijadikan senjata oleh ibu-ibu untuk takutkan anak-anak jika anak terbangun di waktu malam.  Itu perkara biasa, tiada kaitan dengan supernatural.

Yang aku nak highlightkan di sini ialah kaitan orang mati dan kucing.  Masa tu orang kampung aku percaya kalau ada saudara yang meninggal, mesti dipastikan tiada kucing melompat jenazah.  Kalau berlaku, mayat akan tersentak bangun.

Ketika arwah Tok Teh aku meninggal, rumah mak saudara aku ada banyak kucing.  Orang-orang tua nervous takut kalau-kalau kucing melangkah mayat Tok Teh.  Aku tanya mak saudara aku, kenapa... dia jelaskan pada aku, ada orang yang dah mati, masa mayat terbujur di atas katil, ada kucing melompat terjatuh atas mayat, mayat terbingkas seolah-olah terduduk.  Aku soal mak saudara aku, aku tak nak Tok Teh mati lagi.  Kalau boleh biarlah kucing melompat atas Tok Teh, sebab aku nak Tok Teh bangun.  Aku tak nak Tok Teh kesayangan aku tu mati lagi.

Orang tua-tua tertawa dengan request aku tu, tapi mereka jelaskan, masa Tok Teh dah sampai untuk naik ke atas sana.  Kalau time mereka pun, mereka tak nak aku suruh kucing melompat atas mereka...

Tiada ulasan:

Pengunjung