Selasa, 15 Disember 2009

Ketam O Ketam, Bahagian 2



Kehidupan di kampung aku di awal 70an amatlah susah.  Keluarga yang ada suami susah kerana pada masa itu nelayan naik perahu layar, manalah mampu pergi jauh.  Kelar pula menangkul, lima atau nam bot sekali keluar, berkongsi satu pukat.  Bayangkan, hasil terpaksa dibahagi kepada berapa orang.
Kalau balu, lagilah susah.  Mana nak jaga anak, mana nak keluar cari rezeki.  Tapi yang lebih melarat ialah keluarga yang ada suami yang uzur.  Apa tidaknya, suami kena jaga dengan tumpuan sepenuhnya, ubat, kalau ke hospitalpun, belanja lagi, anak-anak perlu makan, pakaian, tempat tinggal, isteri kena jadi nurse, nanny, dan keluar cari rezeki.  bukan macam sekarang, kalau kerja, malas pun hujung bulan dapat gaji.... Kalau dulu, kerja tak ada, duit, makanan kena keluar cari sendiri.  kais pagi makan bukan lepas.

Bersambung...

2 ulasan:

Pengunjung