Memaparkan catatan dengan label ketam nipah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketam nipah. Papar semua catatan

Selasa, 15 Disember 2009

Ketam O Ketam, Bahagian 2



Kehidupan di kampung aku di awal 70an amatlah susah.  Keluarga yang ada suami susah kerana pada masa itu nelayan naik perahu layar, manalah mampu pergi jauh.  Kelar pula menangkul, lima atau nam bot sekali keluar, berkongsi satu pukat.  Bayangkan, hasil terpaksa dibahagi kepada berapa orang.
Kalau balu, lagilah susah.  Mana nak jaga anak, mana nak keluar cari rezeki.  Tapi yang lebih melarat ialah keluarga yang ada suami yang uzur.  Apa tidaknya, suami kena jaga dengan tumpuan sepenuhnya, ubat, kalau ke hospitalpun, belanja lagi, anak-anak perlu makan, pakaian, tempat tinggal, isteri kena jadi nurse, nanny, dan keluar cari rezeki.  bukan macam sekarang, kalau kerja, malas pun hujung bulan dapat gaji.... Kalau dulu, kerja tak ada, duit, makanan kena keluar cari sendiri.  kais pagi makan bukan lepas.

Bersambung...

Isnin, 14 Disember 2009

Ketam O Ketam


Last week ke Kuantan.  Hujan lebat sepanjang hari... Aku tersadai di Peramu.  Sambil lalu di tepi jalan, tergantung ketam nipah di bangsal ikan fresh.  Sekilo masuk periuk steamer jadi habuan malam tu.  Ketam nipah ada cerita dalam hidup aku sebagai budak kampung.  Nanti cerita panjang.  Kuar ambil gambar dulu...

By the way, isi ketam ni.... manis....

Pengunjung