tag:blogger.com,1999:blog-15632506047556229702024-03-05T05:19:15.632-08:00iskandar63Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.comBlogger70125tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-28256273254822088942022-05-02T12:40:00.001-07:002022-05-02T12:40:11.698-07:00Bahagia 1
Janjinya syawal nak bercerita tentang benda baik baik. Dah masuk 2 syawal. Bolehkah ambe mula bercerita.

Yang mana kita nak mulakan dulu. Kita mulakan dengan benda yang membahagiakan kita. Sebabnya? Hari raya hari yang bahagia... Sepatutnya begitulah. Kita, orang Malaysia tak begitu. Kita sabotaj kebahagian kita sendiri. Tak percaya? Perhatikan lirik lagu raya, yang mana benar-benar mencerminkan kebahagiaan di hari raya?

Saya boleh pin point dua lagu aja, lagu Arwah Saloma, Selamat aidil fitri, kepada.... Mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong ...

Satu lagi lagu Arwah Sudirman, Balik kampung... Ooo ooo ooo balik kampung, hati girang.

Yang lain? Cakap aja bahagia tapi lirik sengsara. Bukan lagu aja. Takbir raya, nadanya macam mana. Ambe pernah beraya di luar negara. Takbirnya nada gembira. Buka ambe nak kritik agama. Ambe nak kritik pemikiran kita. Kita sabotaj kebahagiaan kita sendiri.

Objektif ambe bercerita ni, tak tahu dituju kepada siapa. Walau pun tiada yang nak ambil pusing, ambe nak bercerita juga. Sebabnya ambe nak ubah wall ambe kepada wall yang positif, yang menjurus kepada kebahagiaan, bukan kesengsaraan.

Nak terima, ambil jadikan panduan. Tak nak terima, butang unfriend ada sebelah nama ambe. Sentuh aja supaya ambe boleh terima orang lain yang ingin manfaatkan. Maklum sajalah, facebook bagi kuota frens list kecik.

Ok, panjang pulok cerita ni. Patutnya video, yg ini versi teks dulu. Nak dapat feel dulu.

Tentang bahagia. Nak merasa bahagia tak susah. Pertama sekali kita kena berubah. Ada perkara yang kita mesti lepaskan, jika ingin bahagia.

Kita mesti lepas perkara yang dah berlalu. Ya lah, yang dah lepas tu lepaslah.

Kita mesti lepaskan perkara yang meresahkan kita. Tiap tiap hari kita disuapkan atau dibrainwash dengan perkara yang meresahkan kita. Melalui radio, melalui guru, ustaz, facebook, tiktok, dan entah apa lagi. Semua tu ada motif. Banyak tidak menguntungkan kita. Lepaskan, let go.

Keluar daripada tempurung minda kita. Lepaskan fahaman yang mengongkong kita. Kalau buat macam ni akan jadi macam ni. Kebiasaannya tiada kena mengena pun. Dari kecil kita diusik bokbong. Di sekolah juga kita diusik, dibrainwash. Dah tua patut berakal masih dikongking minda. Kalau tak pangkah ni, akan jadi macam ni. Kemudia ambillah satu tragedi supaya kita takut, seolah-olah orang sekarang masih seperti zaman lepas perang.

Berhenti mencipta alasan. Alasan untuk tidak melakukan perkara yang membahagiakan. Cuba rakam dan nyatakan alasan itu. Diri sendiri dengar pun menyampah kan?

Keluar daripada rintangan untuk berubah. Ini jelas. Kalau kita fikir kita ingin berubah, kita sendiri yang akan bina rintangan untuk tidak berubah. Takut sangat untuk berjaya. Rekalah macam macam masalah untuk menghalang diri sendiri daripada berubah dan berjaya.

Berhenti daripada menyalahkan orang lain atau persekitaran. Ibu kita tak salah melahirkan dalam keluarga yang miskin, yang abusive, yang entah ala apa. Henti menyalahkan, jika ingin bahagia.

Komplen komplen komplen. Semua benda yg dibuat, kita komplen orang atau perkara lain yang berkait. Henti komplen kalau nak bahagia. Kebahagian kita tidak dijejaskan oleh orang lain.

Apa yang menyebabkan kita tak bahagia, kita workout. Yang tak serasi kita serasikan. Kritik hanya untuk membina atau menegur. Usah kritik tanpa niat untuk ubah. Ia membuatkan kita miserable.

Henti hidup mengikut expectation orang lain. Kalau suka makan budu, makan. Jangan makan keju kerana muka macam omputeh. Omputeh pun kalau diajar makan budu, akan gemar makan budu juga. Ukur baju di badan sendiri. Usah jadi munafik.

Dalam hati ini kita bercakap. Cakap suatu yang membangkitkan semangat kita, keinginan kita. Usah pandang rendah pada diri sendiri. Kita kan hidupan sosial. Allah bagi ada kelebihannya. Kelebihan itu akan complement, secucuk dengan kelebihan orang lain, bukan sama. Kita mungkin pandai membaja, orang lain pandai menyiram. Kita bekerja sama, kita dapat tuai hasilnya.

Jangan terlalu mengongkong. Biarkan segalanya bebas.

Kita tak perlu betul sepanjang masa. Bagi peluang untuk terima betul orang lain. Tuhan tak bagi kita satu mata. Kita ada dua mata. Tutup satu mata, kita nampak dengan mata yang satu lagi. Walaupun benda sama, kita akan nampak daripada sudut yang berbeza

Tak perlu impress orang lain. Kita naik Viva, kita naik Lotus, dalam jem balik raya, sama sama sangkut. Impress awet dengan harta, habis harta, dah tak impressive. Jadilah diri sendiri, kalau dia suka, kekal hingga mati.

Henti melabel orang. Henti melabel diri sendiri. Kalau dia tak sehaluan dengan kita, tak semestinya dia tu Wahabi. Kalau kita wali sekali pun, syurga kita dengan syurga dia tak sama. Tak semua orang nak seks dengan 72 bidadari sedangkan mak berada di bilik yang sama.

Jangan terlalu berharap. Kalau dia tak suka, let go. Kalau boss tak suka, buka bisnes sendiri. Berharap kepada manusia, kita tak kan kekal bahagia.

Aduh panjang pulok berceloteh. Kita sambung di lain waktu.
Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-52486596105859021402014-06-05T07:26:00.001-07:002016-07-08T04:19:40.869-07:00Cikgu Kolot, Tak Ikut Peredaran ZamanDalam tahun-tahun akhir aku mengajar, cara handling pelajar banyak berubah. Perubahan berlaku kesan dari pengalaman mengajar di Sekolah Paya Besar, Kuantan.

Apa yang ingin dikongsikan malam ini berlaku ketika megajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur....

Kelas Pendidikan Moral.... Yep I was a Cikgu Moral too....

Kelihatan dua orang murid sedang membelek majalah bergambar....

"Eh, tengok sini, majalah apa yang kamu seronok tengok tu?"

Murid menggelabah, tapi akhirnya mengalah dan pass magazine ke depan. Murid perempuan merah padam muka, murid lelaki tergelak seperti Hyena baru lepas ....

Saya belek aja muka surat depan, terpampang gambar yang saya suspek. Kalau dibawa ke depan pasti budak ni digantung sekolah.

"Cikgu nak ambil majalah ni. Bukan nak baca. Cikgu nak bakar."

Pemilik majalah melenting tanda protes.

"Cikgu kolot! Tak boleh terima perubahan zaman!"

Seperti gunung berapi yang nak meletus, murid ini seperti ingin menerpa saya. Saya hanya tersenyum sambil berfikir macamana nak handle murid sebegini. Kalau zaman Paya Besar dulu pasti budak ni kena terajang. Tapi kalau terajang, budak ni tak akan jadi budak baik nanti.

"Ok, murid-murid semua. Saya akan buktikan saya tak kolot. Kita akan kongsi gambar."

Saya mula membelek gambar-gambar tersebut.

"Wah.... cantik, saya suka perempuan ni."

Murid-murid semua ketawa.

"OK, mulai dari hari ini, kelas ni kita boleh kongsi gambar lucah. Tak mahu kolot kolot."

"Steven, oleh sebab awak yang usulkan idea modern ni, kita mulakan daripada awak. Awak ada kakak?"

"Ada, dia sudah kawin. Cikgu sudah tak ada can. Ha ha."

"Ok, kalau sudah kawin, lagi bagus. Esok awak bawak gambar kakak dengan abang ipar awak main. Kita kongsi tengok ramai-ramai."

Murid tersebut ketuk meja tanda amat marah. Tangan ketar....

"Cikgu amat kurang ajar cakap macam itu. Saya balik mau repot sama mak saya."

"Aik! Tadi awak kata saya kolot. Sekarang siapa yang kolot ni?"

"Cikgu tuduh kakak saya jahat!"

"Owh. Awak lupa ya. Perempuan dalam gambar ni juga ada adik. kalau tak ada adik pun, saya pasti dia ada mak, ada ayah. Kalau mak dan ayah dia tengok gambar ni barangkali apa rasa mereka?"

"Marah.... malu...." Jawab murid tersebut.

Dia tunduk dan ambil majalah tersebut dari tangan saya dan koyak di depan kami sekelas.

"Saya faham, Cikgu. Saya tak akan lakukannya lagi."

See? Kita tak perlu merotan untuk mendidik.Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-72616340809271774212012-09-25T20:06:00.002-07:002016-12-24T10:03:57.305-08:00Antara Crab Apple dan Colek

Buah ceri barbados yang ranum pada 25 September 2012

Crab Apple adalah pohon yang amat bermakna bagi saya. 25 September 2012
menanda masa yang penting dalam hidup saya kerana hari tersebut
menandakan dah 30 tahun saya menikahi isteri saya, Zaitun Ismail. Ya,
semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 30.

Baru 30 tahun, kalau panjang umur, tak sabar nak tunggu 30 tahun lagi.

Apa kaitannya dengan crab apple dan colek? 30 tahun yang lalu,
sebagaimana pasangan berdarah manis yang lain, kami ada spot kami
sendiri. Bila tiba musim bunga, kami akan sentiasa menghabiskan waktu
hujung minggu di bawah pokok crab apple di taman bandar tempat kami
menuntut. Ketika hari yang cerah, kami akan hampar tikar di bawah pohon
tersebut dan makan makanan bekalan yang kami bawa dari rumah sambil
memerhati pasangan membawa anak-anak ke taman. Biasanya perbualan kami
berkait dengan pengunjung lain yang membawa anak ke taman, atau
assignment yang kami perlu siapkan. Zaman tu belum ada laptop. Jadi
dalam bakul bekal kami ada tupperware berisi makanan, botol air dan buku
serta notepad kertas kuning. Pohon tersebut amat istimewa kerana ia
dipenuhi bunga.

Musim bunga biasanya hujan renyai-renyai. Kalau hujan kami akan buka
payung memerhati pengunjung yang lari-lari anak mencari perlindungan.

Pohon crab apple tersebut amat istimewa kerana ruangnya yang teduh, cozy
dan dekat pula dengan pohon mulberry yang besar. Kadang-kadang ada
tupai turun meminta makanan. Bila saya tidak berkongsi makanan ada
tupai yang naik ke pohon mulberry dan membaling buah mulberry ranum ke
arah kami. Ada antara baju saya rosak kerana warna jus mulberry yang
terlekat pada baju. Kebiasaannya isteri saya akan tersenyum memerhati
gelagat saya mengelak serangan tupai yang gemar bergurau.

Bila tiba musim panas, tempat ini menjadi semakin bermakna kerana buah
yang memenuhi pohon telah ranum. Kebiasaannya isteri saya akan bawa
pisau kecil, colek, iaitu kicap yang ditabur gula dan cili yang
dipenyet. Kami akan makan colek sambil menikmati masa yang berlalu.
Ada juga pengunjung yang telah biasa dengan kami singgah bertanya
khabar.

Pohon crab apple tersebut masih berdiri teguh dan saiznya jauh lebih
besar. Ia kelihatan jelas bila saya Google menggunakan Google Map. Ia
menjadi pohon yang istimewa untuk kami sampai bila bila pun.

Di sini, saya belum dapat pohon crab apple seperti jenis itu tapi di
rumah ada pohon ceri barbados yang seakan-akan crab apple yang saya tidak keluarkan dari bekas. Masih
mencari tapak yang sesuai untuk pohon tersebut. Ia akan ikut kami ke
mana sahaja kami pergi. Walaupun ia tidak memberi buah yang lebat atau
belum mampu memberi ruang yang teduh, ia tetap istimewa kerana
mengingatkan kami pada spot impian kami.

Nanti, bila jumpa spot yang serasi, pohon ini akan ditanam menjadi bukti
kami telah menemui spot kami agar dapat terus menjalani masa bersama,
sambil makan colek mengisi masa yang berlalu.

Hari ini hari istimewa kami. Pohon ceri barbados yang seakan-akan crab apple megah mengurniakan kami
sebiji buah ranum untuk kami kongsi bersama. Walaupun hanya sebiji, ia
seperti treasure buat kami, menikmatinya di haru ulangtahun
perkahwinan. 30 tahun lagi pun, crab apple dan colek tetap di hati.

Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-33973470543746727092012-07-16T17:11:00.003-07:002012-07-16T17:11:35.205-07:00This Blog Has Been Removed!

Itulah mesej yang paling menakutkan yang aku terma hari ini. Blog tanamsendiri.com telah aku bina sejak lebih 2 tahun yang lalu dan diusahakan sepenuh masa untuk berkongsi serta menjual benih. Setiap hari aku terima antara 1500 hingga 2000 pageloads. Kira oklah, bolehlah cari makan. Masa, wang dan tenaga pun banyak dihabiskan untuk blog ini.

Bangun pagi, nak semak pesanan. Buka blog, aku terima mesej ini.

"This blog has been removed."

Seperti igauan disiang hari. Is this real? Why?Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-85305860127304384432011-12-02T01:41:00.001-08:002011-12-18T10:27:03.461-08:00Alamak, Baik Ciao Dulu!Dah lama tak balik kampung, santai-santai di pantai. Semenjak akhir-akhir ni...

Ah lupakan dulu masalah yang boleh memendekkan umur tu. Jom lepak di pantai. Ah damn (Opps, mahap yer), maybe pantai tempat kami berkumpul pun dah jadi pantai beruk berkumpul. Kira mudah aja, lempar aja bekas makanan dan minuman kat situ.. Bukan orang nampak. Kan Bandaran ada.

Botol minuman, bukannya kotor. mana tau ada orang lemas, boleh buat pelampung...

Ni barangkali orang zaman dulu yang buang ni, botol peanut butter campur jelly.

Cantikkan. banyak sikit bahan untuk buat sandcastle nanti...

Hah, kaca pun boleh buang. Kat pantai semua orang pakai kasut...

Kaca botol kecil, meh baung mentol spotlight, kalau pecah besar sikit kacanya... Boleh kita piknik kat spital...

Ni sampah bila ni. Weyyy sampah tahun 1945 pun ada? Mana aci.... Macam MK15 jer, weiii anak-anak, jom balik. Ini sudah lebih....

Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-14783301501963632122011-01-14T07:51:00.000-08:002011-01-14T07:52:36.961-08:00Kad PengenalanKad pengenalan, tak banyak maklumat yang diperolehi darinya. Tapi kalau ia milik insan yang kita minati, maksud saya minat giler, ia adalah segala-galanya.

Tengok sajalah kad ini dan biarkan imaginasi melayang...

Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-80575803073539429802010-12-29T15:26:00.000-08:002010-12-29T15:26:01.654-08:00Free WritingApa-apa pun kita buat, kalau nak ditajamkan, dipolish, digilap, mesti exercise. Pelari berlari, pelukis melukis, pelajar membuat kerja rumah, penulis... menulislah.

Ada rakan penulis yang berkata, aku letak pen dulu sebab tak ada ilham, aku kena writer's block lah. Hmmm.... Writer's block. Apa benda tu? Aku yang dah menulis banyak buku ni pun tak pasti apa dia writer's block tu. Yang aku tahu, ia adalah alasan yang direka oleh penulis sebab tak siapkan kerja dalam masa yang dijanjikan.

Apa yang aku cuba buat ni? Apa yang ingin aku sampaikan? Tak ada apa? Hanya catat apa yang terlintas aja. Free writing, exercise penulis untuk terus menulis.Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-43798123342920947182010-10-09T01:10:00.000-07:002010-10-09T01:10:50.183-07:00Semanis Kacang Pea, bahagian 2Lama kemudian, ketika masih belajar aku ke Price Chopper, pasaraya membeli belah yang lain untuk membeli barang dapur. Di satu sudut bahagian sayur terdapat banyak pasu plastik berisi pokok kacang pea dengan buah (pod) nya sekali.

Aku merasa hairan mengapa jual pokok kacang pea yang rimbun dengan buah dalam pasu. Aku bertanya seorang perempuan setengah abad yang sedang memilih pokok dan memasukkan ke dalam troli. Dia mula memberi penjelasan. Barulah aku tahu. Rupa-rupanya, kacang pea memang manis rasanya. Tetapi, sepelas dipetik kacang akan mula menukar kandungan gula di dakamnya kepada karbohidrat. Jadi makin lama kacang yang telah dipetik tersimpan, makin kurang rasanya manisnya.

Patutlah kacang yang kami tanam ketika kecil dulu manis rasanya. Jadi, rakan-rakan, kacang pea yang paling enak rasanya adalah kacang pea yang baru dipetik. Ingin dapatkan yang terbaik, perlu tanam sendiri.Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-54552845359235141342010-09-28T23:59:00.000-07:002010-09-28T23:59:17.384-07:00MenjalarSahabat saya (a guy) terpaksa balik kampung kerana ada tanggungjawab yg perlu diselesaikan. After a long period of struggle he boarded a bus back to metropolis. Penat, serabut, dan entah apa-apa lagi yg dirasanya kerana masalah yang perlu diselesakan masalah yang besar dan mencabar.

Dalam bas, dia berkongsi seat dengan seorang pakcik. Macam pakcik surau katanya. Macamana pakcik surau? Entahlah.

Bila bas mula bergerak, dia pun terus lena. maybe ketika terlena, dia tersandar kat paksik tu menghantar wrong signal. Tapi dia tak sedar. My sahabat ni bukan gay atau bi. Dia ada gf dan jijik tgk eksoz kereta. Bi kalau tgk eksoz kereta, air liur meleleh.

Tiba-tiba dia terasa ada benda terbang kat hidung dia, jadi dia tersedar dan ingin mengibas benda terbang tu tapi tangan dia dah tersangkut. Dia tersedar dan baru terasa, belakang tangannya dicekau oleh pakcik tu.

Bahagian depan terasa lembut-lembut keras seperti memgang suatu yang lembut panas tapi seolah-olah bertulang. Rupa-rupanya pakcik tu dah tarik tangan dia untuk pegang unicorn antara pusat dan lutut sebesar, Katanya tak pernah tau unicorn boleh membesar ke saiz itu.

Hmm... Pakcik tu tanya,

"Best tak pegang pak cik punya. Besar ke tak?"

Apa response dia saya tak pasti, tapi jika rakan-rakan lelaki berada dalam situasi sedemikian, what will you do?

Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-33789351853800792562010-09-18T00:20:00.000-07:002011-10-12T06:52:09.299-07:00Semanis Kacang PeaSebagai seorang kanak-kanak, sebelah petang aku selalu ikut ayah berkebun. Ayah aku, kalau tak bercamping dengan budak-budak pengakap, berbincang suatu isu atau persoalan dengan ustaz antara waktu magrib dan isyak, atau selepas subuh, dia akan berkebun. Aku adalah gardening partner ayah. Orang lain tak boleh ikut sebab dengan Vespa, ayah hanya mampu bawa aku dan perkakasan kebun sahaja.

Satu seksyen ayah tanam pokok saka, satu seksyen lagi ayah tanam sayur. Jenis sayur ditukar untuk mengelakkan penyakit dan mengekalkan kesuburan tanah. Satu dari tanaman ayah ialah kacang pea. Aku masih ingat lagi betapa manisnya isi kacang tersebut walaupun kacang tersebut masih muda. kadang-kadang ayah juga akan kutip pucuk kacang untuk dijadikan ulam dan sayur.

Hanya kawan-kawan yang pernah merasa sahaja yang akan faham betapa enaknya kacang pea yang baru dipetik. Kemudian, aku terpotong dari aktiviti berkebun kerana aku berjaya ke sekolah berasrama penuh. Hanya sesekali aku akan melencong ke kebun orang sekeliling ketika dibenarkan keluar ketika aktiviti merentas desa. Manisnya kacang pea tidak lagi aku rasai.

Apabila aku sambung belajar ke New York, aku ternampak sebungkus kacang pea dengan label "snowpea" terjual di Shop Rite, pasaraya tempat aku membeli barang dapur. Tanpa berfikir panjang, satu bungkus ku sambar dan masukkan ke dalam troli.

Tiba di rumah aku keluarkan paket kacang pea dan ingin menggoreng (stirfry) malam itu juga. Dengan teruja aku berniat utk makan nasi dengan banyak malam itu. Bila aku menjamah goreng kacang yang lembut itu, air muka aku berubah. Bukan kerana keriangan tetapi kerana kekecewaan. Manis kacang pea yang aku harapkan tidak dapat dirasai.

(bersambung...)Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-53516619101812974982010-09-01T21:31:00.000-07:002010-09-01T21:31:56.595-07:00Gula oh Gula (Bahagian 4)
Halwa kundur atau gula batu, dua-dua masih juga gula berasaskan tebu. Sebenarnya apa-apa sahaja sumber yang manis boleh menggantikan gula. Pernah cuba letakkan kismis ke dalam teh untuk menggantikan gula. Rasa manisnya halus dan memang enak, kalau kena dengan jenis teh yang dibancuh.

Kismis boleh dijadikan pemanis

Pemanis dari buah bukannya perkara baru. Aku pernah terbaca, suatu ketika dahulu, pemanis yang digunakan dibuat dari jus tembikai. Bukan buah aja yang boleh dijadikan pemanis atau gula. Aku pernah beli gula yang diproses dari rumput. Rumput dan tumbuhan lain asasnya adalah selulosa, iaitu polimer glukosa, sejenis gula ringkas.

Kalau inginkan pemanis yang lebih padat dengan tenaga, boleh juga cuba sirap jagung. Sirap jagung memang manis, tetapi rasa dia lain sedikit. Mungkin ada yang suka. Aku kurang suka sebab tiba-tiba sahaja diri tidak boleh duduk diam dan ingin melakukan berbagai aktiviti. Terlebih tenaga. Mulalah rasa nak menyangkul. Kalau ada tanah, bolehlah menyangkul. Kalau tak ada tanah, cangkul lah apa-apa yang boleh dicangkul. ;P

Sirap jagung, manis pekat dan padat dengan tenaga.

Ada juga orang yang mahu pemanis tetapi tidak mahu kalorinya. Ini golongan yang membawa tayar spare walaupun mereka bergerak tanpa tayar. Boleh juga dicuba pemanis tanpa zat aspartame. Tapi pemanis tiruan ni ada rasa pahit selepas diminum. Biasanya orang kurang senang dengan "after taste" tersebut. Rasanya seakan-akan pemanis asli dari daun stevia, yang juga ada "after taste." Aku pernah beli serbuk pemanis ni, barang tempatan, khabarnya ditanam di Melaka. Sekarang aku pun ada tanam herbal stevia ni, tapi tak cukup untuk dijadikan serbuk. Hanya sekadar untuk amazekan kawan-kawan yang berkunjung ke rumah.

Mi, bonda kesayanganku ada diabetes, sejak dulu lagi kena kawal pemakanan. Dia memang kuat makan manis. Pemanis alternatif yang digunakan ialah madu. Aku pun hairan macamana Mi yang ada diabetes boleh minum pemanis dari madu, tapi it works. Tapi bila beli madu, dia akan cerewet sebab takut terbeli madu tiruan. Madu pun ada tiruan. Pelik pelik, tapi ada benarnya. Untuk minum teh, kalau dicampur madu aku suka Manuka, iaitu madu lebah dari ladang teh manuka. Rasanya kuat sedikit, tapi puas bila minum teh dicampur madu manuka.

Madu, enak dicampur ke dalam teh.

Walau apapun, kredit patut diberikan pada orang-orang kampung yang sambil sambil minum nira mengacau kawah membuat manisan kelapa. Gula warisan nenek moyang kita ini adalah paling best. Boleh dibancuh bersama teh, kopi atau apa-apa sekali pun. Kebiasaannya aku minum teh tanpa gula, tapi kalau aku kepingin teh yang manis, manisan kelapa adalah pilihan pertama aku.

Manisan kelapa, you are the best.
Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-28326006288768409372010-08-26T00:36:00.000-07:002010-09-01T16:33:36.295-07:00Gula Oh Gula (Bagahian 3)Kalau kawan-kawan biasa minum teh tanpa gula, pasti tahu apa yang saya maksudkan. Ia rasanya lebih puas. Gula yang terlalu banyak kadang-kadang menenggelamkan rasa teh, terutamanya jika minum teh wangi, teh bunga kekwa, perasa buah atau lain-lain. Tetapi kadang-kadang tu nak juga ditambah pemanis, tapi tak nak yang sekuat gula. Bila saya perhatikan, memang kita ada banyak opsyen. Orang melayu mungkin jarang mencuba opsyen lain, tetapi orang cina memang dah biasa.

Kalau ke Pasar Kajang di hujung minggu akan ada orang tua menjual ikatan tebu liar. Bila ditanya, untuk direbus dengan teh cina katanya. Saya pernah cuba, memang enak kalau dijadikan pemanis alternatif sebab rasanya lebih halus seakan-akan rasa gula batu.

Gula batu, satu lagi alternatif untuk dijadikan pemanis teh. Rasanya memang lebih enak jika berbanding dengan gula. Tapi jauhkan dari kanak-kanak... Atau mereka akan luruh gigi dalam masa terdekat. Saya sendiri akan memilih gula batu jika diberi pilihan kerana rasanya yang lebih halus dari gula pasir.

Gula batu... Rasanya lebih halus dari gula pasir dan lebih enak dijadikan pemanis teh.

Kalau dengan kopi? Saya lebih suka kopi tanpa gula.

Saya pernah minum di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Selain dari paket gula, mereka hidangkan halwa kundur. Pemanis ini adalah labu kundur yang diawet menggunakan gula. Ia amat enak dijadikan pemanis teh cina. Dua keping sudah cukup untuk secawan teh. Hmmmmm.... enaknya.

Bersambung...Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-62568237536887051542010-08-25T02:00:00.000-07:002010-08-25T02:00:02.954-07:00Gula oh gula (Bahagian 2)Ada pula yang takut dengan gula ni. Maka mereka pun mencarilah pemanis tiruan tanpa zat. Kononnya pemanis tiruan ni bagus untuk kesihatan. Macam-macam nama manis yang digunakan. Dulu mereka guna saccharin, lepas tu mereka dapat tahu saccharin penyebab kanser. Makan terasa bodohlah mereka yang fikir saccharin baik untuk kesihatan. Banyaklah bisnes yang guna Saccharin lingkup. Yang bocorkan rahsia Saccharin bahaya terasa menyesal bila tengok kilang tutup, mak saudara dan pak saudara hila pekerjaan. Kemudian mereka cari benda lain, jumpa Aspartame. Tapi tak ada siapa berani kacau Aspartame ni. Takut banyak pula kilang akan tutup nanti. Ibu-ibu mengandung minumlah minuman dengan tanpa zat, biar anak bantut...

Kalau pemanis tiruan bagus untuk kesihatan, mengapa secara universal manusia nak kan gula? Secara semulajadi manusia perlukan gula. Kalau tak percaya, jadi stranger dan tawarkan kanak-kanak gula-gula.

"Pak cik ni stranger, pak cik nak bagi gula-gula."

Mereka ambil tak? Walaupun mak bapak cakap beratus kali, jangan ambil gula-gula dari stranger, secekup gula-gula dicekupnya. Budak tu tak hilang, tapi gigi luruh sebatang sebatang....

Gula ni macam minyak juga untuk kereta. Ia menjadi fuel untuk kita bergerak cergas. Bila outing, apa yang aku buat telan sesudu aja glukosa pekat yang dibeli kat kedai kek. Satu KL boleh ronda, 10 gulung filem boleh habis ambil gambar jalanan. Yang perlu, bawa air banyak-banyak untuk ganti peluh yang hilang. Badan rasa ringan, sihat seluruh badan. Itu kalau outing sorang-sorang, kalau dengan kawan-kawan, lagi lama kat kedai mamak daripada ambil gambar jalanan. Bukan makin fit, makin buncit! Apa taknya, sekali singgah, teh tarik tiga cawan, roti telur sekeping.

Balik semula kepada kisah gula. Ketika di Amerika, orang tak ambil banyak gula. Kadang-kadang langsung tak ada gula. Itu dalam kopi atau teh. Wah bagus orang Amerika, kalau jadi rakyat Malaysia pasti tok menteri suka.

Errr pernah rasa kek dari Amerika? Donut? Devils cake? Fruitcake? Apa disiram di atas pancake?

Tak ambil gula dengan teh atau kopi, tapi... Tapi dalam makanan, masyaAllah! Mengalahkan semut!

Bersambung...Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-35223603363173848382010-08-24T00:27:00.000-07:002010-08-24T00:27:52.834-07:00Gula Oh GulaGula oh gula

Masih ingat lagi ketika belajar sekolah rendah dulu. Masa itu aku sekolah darjah 6, tahun 1975. Malaysia masa tu menghadapi krisis gula. Gula tak ada. Habis kedai kopi (walaupun pelanggan majoritinya minum teh) terpaksa bercuti, sebab tak ada gula. Bila gula boleh didapati semula, kena catu. Satu keluarga sekati gula sahaja. Sekali gula naik.

Kemudian ketika tingkatan 3 (tahun 78). Bekalan gula berkurang. Tidak lama kemudian kerajaan isytiharkan harga gula naik, 15 sen sekilo. Pok, peniaga kantin sekolah aku naikkan harga minuman, 5 sen. Kami protes, bawa secawan teh jumpa pengetua. Kalau sekilo naik 15sen, tak kan secawan teh naik 5 sen. Pok bukannya buat air, 3 cawan sekilo gula. Tapi begitulah, setiap kali harga barang asas naik, harga makanan atau minuman naik, dengan perkadaran yang tak selari. Kata omputeh naik exponentially, bukan proportionately. Bukan Pok aja yang buat begitu. Yang tak naikkan harga, kedai mamak aja, cuma gelas biasa dulu dinamakan semula jadi gelas besar sekarang. Harga lain. Gelas biasa? Besar ibu jari...

Kata mamak kedai yang biasa aku lepak.

"Orang Arab minum teh gelas besar ini juga..... Tarak tipu.... Kita moslem!"

Bila gula berkurang, biasalah TV akan pamerkan maklumat untuk patahkan selera orang supaya tidak mengambil gula. Maka berbohonglah mereka kononnya gula tidak baik untuk kesihatan. Gula pembunuh no 2, sebab orang kena kencing manis. Orang kampung aku yang tak bersekolah sebut kencing mani.... Nikmat bila ambil gula. Wei, gula bukan penyebab kencing manis (diabetes). Orang yang kena kencing manis kena kawal pengambilan gula. Berhentilah berbohong. Orang zaman sekarang pergi sekolah. Cakap aja awak nak potong subsidi gula.

Maka harga gula pun naiklah sekali lagi... Yang peliknya, pasaraya yang mencatu gula kepada 2 kilo sekeluarga tiba-tiba sahaja ada gula berlonggok-longgok selepas harga gula naik. Macam pokok tebu tau-tau aja,

"Hah kejap lagi harga gula naik, jom kita keluarkan jus banyak-banyak kat batang kita... " kata Sang Tebu.

"Kencing mani" kata orang kampung aku.

Bersambung...Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-90985492420578645192010-06-28T06:50:00.000-07:002010-06-28T06:50:37.017-07:00Melindungi Diri Dari Kerosakan Diabetes, bahagian 3Bagaimana nak mengatasinya?

Mungkin anda ada mendengarnya. Kita kongsi bersama...

Pernah dengar OPC? Ia diekstrak dari kulit pokok pine dan juga diektrak dari biji anggur. Mungkin ada juga ekstrak dari bahan tempatan, kena tanya Dr kita.

OPC adalah singkatan Oligomeric proanthocyanidin, sejenis falavonoid antioksidan. Minyak ekstrak kulit pine dan minyak biji angggur dipasarkan dengan nama komersial pycnogenols.

Kalau dulu, doktor memfokuskan tentang masalah insulin dan kerosakan akibat dari kekurangannya. Kini ahli sains berpendapat, kerosakan yang berlaku pada sel badan adalah disebabkan oleh molekul radikal yang bebas yang menyerang sel dan tisu badan. Jadi mereka menukar perspektif pencegahan. Pengambilan insulin masih diteruskan, tetapi mereka memikirkan cara lain untuk mengurangkan kerosakan badan akibat diabetes.

Mereka dapati OPC berupaya membersihkan molekul radikal bebas, dengan itu mengurangkan kerosakan sel dan tisu badan akibat diabetes. Dari kajian yang mereka lakukan, mereka dapati OPC dapat megukuhkan saluran darah, dengan itu dapat membantu

Mengurangkan kerosakan retina (bahagian belakang mata yang mengesan cahaya) dengan mengurangkan bilangan kapilari darah yang pecah.

Kelancaran edaran darah ke bahagian kaki dan tangan.

Mengurang kerosakan buah pinggang.

Yang jelas, pesakit yang memakan OPC dapat mengurangkan bilangan kapilari darah pecah kerana OPC menguatkan salur darah.

Oooo nak guna petua orang tua-tua juga. Saya tak tahu kat Malaysia sebab tiada bahan rujukan, tapi orang asal amerika (red indian) kunyah kulit pine untuk mengelakkan dari penyakit skurvi ketika musim dingin. Kulit pine terbukti kaya dengan OPC.

Dalam tahun 1950an, orang eropah juga menggunakannya untuk mengukuhkan salur darah. Saintis Perancis telah mengesyorkan pesakit memakan OPC untuk mengelakkan diabetic retinopathy, iaitu kehilangan pengelihatan akibat diabetes. Kat Malaysia, OPC bukannya perkara baru. Banyak produk yang mengandungi OPC dijual di farmasi untuk mengukuhkan salur darah.

Berikut adalah antara penemuan kajian.

1. Pesakit diabetes yang memakan OPC setiap hari dapat mengurangkan risiko buta. Khabarnya sehingga 90% kadar risiko dikurangkan.

2. Seorang pesakit diabetes mengatakan dia tidak lagi merasa kebas di tangan dan kaki sejak mengamalkan memakan OPC setiap hari. Doktor yang merawatnya mendapati terdapat kapilari baru muncul di kaki dan suhu kaki juga meningkat, menandakan darah mula beredar dengan lebih lancar. Wan jazlina ada mengatakan ayahnya ada masalah tangan dan kaki kebas, saya syorkan ayah memakan OPC setiap hari. Tapi saya bukan doktor, he he... Kena tanya Doktor dulu.

3. Pesakit diabetes lazimnya mempunyai kencing yang banyak albumin, tanda berlaku kerosakan buah pinggang. Kajian juga menunjukkan orang yang memakan OPC setiap hari mempunyai air kencing yang kurang albumin, membuktikan keadaan buah pinggang semakin baik.

Jika anda beli OPC di kedai farmasi, pasti harganya mahal. Saya pernah membeli minyak biji anggur di Carrefour. Harganya murah. Tesco juga ada menjualnya. Mungkin kedai lain ada menjualnya.

Alaaa, Iskandar ni sebut aja nak makan apa, tapi tak sebut cara memakannya.

OK, ok...Sabarrrr....

Kalau dalam bentuk tablet, telan aja. Kalau dalam bentuk minyak, tarok dalam sudu dan minum aja.

Dose? Dari maklumat yang saya baca, pengeluar mengesyorkan 80 hingga 100 mg kandungan OPC (kandungan 85% bahan aktif) dimakan setiap hari.

Adakah ia selamat? Setakat ini tiada laporan keburukan memakannya. Walaupun begitu, sebagaimana makanan lain, ada orang mungkin tidak serasi memakannya. Kalau ada tanda rash atau gatal gatal selepas memakannya, berhenti makan.

Bersambung ke bahagian 4Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-42928801518346519192010-06-27T18:05:00.000-07:002010-06-27T18:05:44.076-07:00Melindungi Diri Dari Kerosakan Diabetes, bahagian 2Ada kawan yang kena diabetes merungut.... Kenapa dia, tak orang lain? Saya tak dapat jawab soalan sebegitu. Dan tidak mungkin saya akan dapat jawab soalan sebegitu. Itu ketentuan Allah. Dia Maha Mengetahui. Yang pasti, Dia tidak akan aniaya kita, kerana dia maha pengasih lagi penyayang. Kan kita baca Bismillah... setiap kali makan, minum dan melakukan apa-apa perbuatan yang baik.

Diabetes adalah penyakit yang kompleks, sekompleks remaja, atau orang tua macam aku. Sebagai bekas cikgu kimia, aku boleh cakap, ia penyakit yang berkait dengan perubahan kimia secara berterusan, berubah tiap-tiap hari. Sebab itu kalau mengidap diabetes, kena hati-hati.... Kena jadi spy. Makan kena jaga, darah kena jaga. Darah kena jaga? Macam jaga kat bank darah plak ni....

Tekanan yang disebabkan oleh diabetes akan bertambah jika anda tidak menjaganya.

Apa yang menyebabkan diabetes? Doktor kata ada 4 faktor.

1. Sejarah keluarga. Ada orang kata kerajaan Malaysia tidak menilai sejarah, mereka talah buktikan bila kerajaan membuktikannya minggu lepas, waktu angin kuskus meniup sepoi-sepoi kat Pudu, Kuala Lumpur. Maaf ya datok datok, tan sri tan sri. Walaupun begitu, sejarah tetap penting. He he... Kalau ada ibu atau bapa atau datok atau nenek, atau adik beradik yang ada diabetes, anda mungkin juga mengidapnya atau akan mengidapnya. Maksudnya, anda berisiko tinggi.

2. Kumpulan etnik. Oooo mungkin sebab tu kita labelkan sesama manusia mengikut bangsa, nak tahu siapa yang berisiko tinggi untuk mengidap diabetes. Aku yang paling teruk sebab datok dan moyang dari dua-dua belah adalah perantau. Orang kampung yang celupar bagi remark... "cucu keling", so aku boleh masuk UMNO, MIC atau MCA kot.... 1Mlaysia maaa....Diabetes, sure masuk. Kabarnya, setengah kaum lebih berisiko dari kaum yang lain.

3. Berat badan. Ada yang berpendapat orang yang mempunyai berat badan sederhana atau terlbih berisiko tinggi. Aku kurang yakin sebab ramai dari kawan aku yang kena, dari kategori Ana.... Ana who? Anaroksia.... Yeah we all rok! Kalau dah masuk rok group Ana, mungkin dah kena.

4. Umur. Orang muda biasanya yang kena diabetes, tandanya muncul ketika remaja (Jenis I). Diabetes yang biasa biasanya kena apabila dewasa, iaitu ketika umur masuk 30 tahun (Jenis II).

Apa tandanya?

Tandanya? Eyyy apa punya soalan ni? Macam mak anda cari tanda kat cadar pengantin dalam citer kelasik "Anak Dara". Jumpa Dr Ana (my doctor love) kalau anda ada tanda-tanda berikut.

1. Dahaga yang berlebihan. Dahaga air. Dahaga aku ni, dahaga cinta, it's different.

2. Hilang berat badan secara berlebihan.... Oooo sebab tu kawan aku yang kena sakit ni tiba-tiba jadi Ana Rock (anaroxia). Gurau aja, jangang ambik ati...

3. Mata jadi kabur secara berulang-ulang, iaitu secara berkala. Jadi kalau laki suka meraba malam-malam tu.... Bawak dia gi klinik, check darah. Ada ker kawan aku tiba-tiba kabur, orang tuduh dia kaki skodeng! Tak patut-tak patut....

4. Penat berlebihan, walaupun cukup tidur. Alamak, aku ada tanda ni....

Jadi, ingat tanda ni....

Dahaga berlebihan, kurus, kabur, penat... Jumpa doktor.

Diabetes Jenis I, yang kena masa remaja adalah paling serious sebab kena uruskan pemakanan dan ambil ubat sepanjang hayat. Jenis II (yang kena pada orang dewasa) lebih mudah diurus kerana ia lebih responsive pada langkah pencegahan. Jika anda kena dari Jenis II, keadaan menjadi lebih baik jika anda jaga berat badan, jada makan, dan ubah gaya hidup.

Apa-apa pun, kena pastikan sama ada anda bebas atau mengidap diabetes. Pergilah check kalau ada tandanya.

Bersambung, bahagian 3....Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-57341008667143245632010-06-27T17:08:00.000-07:002010-06-27T17:08:59.943-07:00Melindungi Diri Dari Kerosakan Diabetes, bahagian 1Jika anda atau saudara mara mengidap disbetes, pasti rakan telah sedar akan masalah yang disebabkannya. Tapi ada cara yang boleh diikhtiar bersama ubat yang disediakan oleh doktor serta pengurusan pemakanan.

Diabetes adalah penyakit yang dihidapi oleh ramai orang di negara kita. Salah seorang pengidap diabetes adalah ibu saya sendiri. Diabetes boleh dihidapi awal dalam kehidupan (adik ipar saya) atau dari jenis yang tiba-tiba muncul ketika ketika masuk umur akhir 30an (sahabat saya) atau kemudian dalam kehidupan (ayah editor saya). Ia adalah suatu masalah kesihatan yang tidak boleh dipandang ringan.

Pengurusan perubatan adalah suatu kemestian. Walaupun begitu, tidaklah bermakna anda tidak boleh membuat sesuatu untuk mengurangkan masalah kesihatan ini. Boleh... Dengan mengubah cara makan, ambil vitamin (ayah saya suka ni, macam-macam vitamin ditelannya), InsyaAllah anda dapat kurangkan masalah yang timbul akibat diabetes.

Meh kita cerita tentang masalah terlebih dahulu. Kalau anda mengidap diabetes, pasti rakan tahu ia lebih dari jaga makan sahaja. Mi (my mom) dikawal makan oleh adik-adik. Dalam bilik dia, saya perhatikan always ada gula-gula tersorok kat mana-mana yang boleh relaikan gigi hingga ke tunggul, nasib baik gigi memang tinggal gigi palsu aja. Bila tanya, dia kata dia simpan gula-gula untuk umpan cucu. Hah tengok, ibu-ibu menasihat anak2nya untuk yg terbaik, belakang belakang dia sendiri pun sometime breaks the code.

Balik semula kepada masalah diabetes. Diabetes melemahkan salur darah, salur nadi dan kapilari (urat-urat darah yang halus). Kalau kerkena jangkitan kuman (makhluk halus) ke bahagian kaki, dalam kes yang teruk boleh menyebabkan gangrene (mati bahagian kaki tersebut) kerana darah tak sampai ke kaki kerana salur darah, salur nadi dan kapilari dah lemah dan oksigen (gas yang diperlukan untuk pernafasan) tidak sampai ke bahagian kaki.

Dalam mata, boleh berlaku hemorrhage (pendarahan) dalam urat-urat darah halus (kapilari) boleh menyebabkan pesakit hilang deria pengelihatan.

Buah pinggang pun boleh rosak, kalau teruk hinggakan perlu rawatan dialisis. Dalam dunia perubatan, orang telah dapat cara untuk uruskan masalah diabetes. Namun begitu, ubat untuk menghalang diabetes belum ditemui, (setakat yang saya tahu, wallahuaAlam). Sebab itulah ramai orang merasa kecewa bila menghadapi masalah diabetes. Ada yang marah bila disuruh atau dilarang oleh doktor untuk makan itu dan ini. Bila diikut tidak juga baik. Jangan begitu.

Kena redha dan uruskan pemakanan agar dapat hidup tanpa komplikasi. Tujuan saya tulis ni sebagai saranan supaya tugas mengawal masalah diabetes lebih mudah dan tidak merasa tertekan.Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-65510759324652155552010-05-28T00:31:00.001-07:002010-05-28T00:31:11.200-07:00Papa Zalim

Ketam Nipah, Live Crab
Originally uploaded by iskandar63
Incik Incik hari ni ada manyak ketam ilup. Itu kempen penjaja kat pasar hari ni. Aku pilih 3 ekor untuk dinner malam ni. Hari ni Muhammad dan Akasyah ikut sekali ke pasar. Tolong bawa barang. mama tak ikut.... keracunan makanan, lepas makan nasi lemak dari warong di Seksyen 4 Tambahan.

Tiba di rumah, Muhammad minta kotak kasut. Aku bagi. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya dia dengan Akasyah dah ada rancangan. Kotak tu dah jadi rumah untuk pet baru mereka.

Habislah ramuan dinner aku malam ni, dah jadi pet mereka. Kalau dimasak, sah aku akan dicop papa yang zalim.
Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-12536789253307955102010-05-01T21:27:00.001-07:002010-05-01T21:27:56.447-07:00Recycler

Recycler
Originally uploaded by iskandar63
A recycle cylcing into Kajang town scavenging the garbage bins for recyclable items. What a way to spend the last years of life in a prosperous nation.
Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-84923680083707658452010-04-27T16:43:00.001-07:002010-04-27T16:44:00.088-07:00Puteri in revesed mode

Puteri in revesed mode
Originally uploaded by iskandar63
Pon pon, jaga jaga. Putwi go a stand ni... Pon pooon. Puteri cuba ganggu tumpuan papa menulis.
Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-57610554131658989502010-04-24T18:22:00.000-07:002010-04-24T18:25:15.075-07:00Kesidang, kembangnya harum di waktu malam
Kesidang, aku pernah pos tentangnya bila membawa pulang dulu. Aku tak biarkan kesidang aku merayap sebab tak mahu dia merayap menghala ke arah rumah jiran yang bencikan pokok. Jadi pohon kesidang aku maintain pendek seperti rekrut kena crew cut. Walau apapun kesidang aku tetap berbudi. Tak putus putus memberikan kembang penyeri malam. Baunya harum menukar ruang depan rumah menjadi taman aroma terapi.

Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-52861521133117802332010-04-23T17:37:00.000-07:002010-04-23T17:37:00.296-07:00Abang Ada Lima Ringgit?Kisah lama...

Aku sedang minum di sebuah warong di Ampang, seorang lelki India dengan wajah susah hati approach. Baju kemeja, kelihatan kemas. Wajah susah hati.

Dia mulakan cerita,

"Abang, dunia banyak susahlah... Saya punya kawan suruh datang, mau interview kerja bawa lori. Saya sudah lama tada kerja, duit pun tinggal sikit saja..."

"Apa masalah awak, duduk dulu. Minta air dulu, lepas tu baru cerita." Aku break cerita dia dan order teh tarik dari pelayan warong tu.

"Hah, kenapa tadi?" aku minta lelaki itu sambung cerita.

"Itu saya punya kawan, suruh datang sini tempat. Ada kirja kosong. Saya Semenyih mari."

"Dapat tak kerja tu?" tanya saya.

Sambil menghirup teh tarik, dia menyambung cerita.

"Mana ada kerja, orang itu kedai cakap, lori pun tada, mau apa drebar. ayooo, banya susah. Sini datang mau tambang juga. Ini tambang sudah boleh kasi anak makan. Sekarang mau balik pun sudah tada wang. Tak kan mau jalan kaki. Ini saya tengok abang baik kasi masa minum teh tarik. Abang kasi saya lima ringgit? Tolong sama saya orang susah."

Lepas habiskan minuman, aku keluarkan dompet, tengok ada RM10.00 dan berikan pada dia.

"Lima ringgit buat tambang balik Semenyih, lagi lima ringgit beli vadey bagi anak makan. Lain kali jangan cepat percaya cakap orang..."

Sebenarnya masa tu bukan banyak sangat duit di tangan, tapi kesian tengok keadaan dia, aku hulurkan bantuan, at least i make satu orang happy hari tu.

Kemudian lama aku tak ke situ. Singgah hari tu pun sebab nak pergi jumpa klien yang ingin pesan skrip buku. Aku ke situ dalam sebulan kemudian. Ketika berjalan di koridor di Taman KOSAS, aku terserempak dengan lelaki yang sama keluar dari kedai arak.

"Aik, masih di sini? Kata dari Semenyih." Darah aku mula mendidih sebab terasa kebodohannya menolong orang yang dirasakan susah, rupanya kaki botol.

Aku cuit lelaki tu dari belakang. Lelaki tu berpaling ke belakang, sah lelaki yang sama.

"Tak balik Semenyih?" tanya aku untuk mempastikan aku dah kena tipu.

Barangkali lelaki tu dah lupa tentang aku. Dia memberi jawapan yang aku harapkan.

"Semenyih? Tada, saya sini juga tinggal. Itu flat sebelah belakang. Kubur juga dekat...."

Aku teringat nasihat aku pada dia,

"Lain kali jangan cepat percaya cakap orang..."

Bodohnya aku rasa. Aku mula hilang sabar, errr mungkin juga sebab saiz dia pun jauh lebih kecil dari aku.

Aku pegang dan pulas tangan lelaki tu. Tanya samadia dia ingat aku. Bila dia jawab ingat sambil minta ampun, aku keluarkan dompet dia dan ambil sepuluh ringgit dari dompet. Sambil pulas, seorang lelaki sergah, hei rompak ker?

"Tak, ambil balik duit saya. Dia tipu saya bulan lepas."

"Oh ok, dia tu selalu tipu orang bang, bagi dia sebiji."

Memang dalam hati nak bagi sebiji upah menipu, tapi aku ni manalah pandai pukul orang. Rotan budak masa zaman mengajar dulu adalah. Itu pun menyesal sampai sekarang.

Dia merayu minta dilepaskan tangannya. Aku lepaskan dia dan minta ingat muka aku bila nak menipu. Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-73883759491343897222010-04-20T06:00:00.000-07:002010-04-23T00:10:12.848-07:00Teh CameronRileks kejap, sambil hirup teh Cameron. Nikmatnya bila rasa suam-suam kelat mengalir turun dalam tekak ku. Teh tanpa gula, itu antara kesukaan aku sejak dulu lagi.

Bila tengok peket teh ni, teringat ketika aku ke Cameron Highlang bebrapa tahun yang lalu.

kali pertama aku ke tanah tinggi tu. Selepas penat memandu, akhirnya aku tiba di tanah rata. Teh berwarna hijau saujana memandang di sebelah kiri. Tiba-tiba aku ternampak booth menjual teh panas.

Aku pesan secawan teh. Aku ingat lagi, gadis berketurunan india yang serve. Entah kenapa, mungkin sebab darah aku, masih adalagi peninggalan tok ki aku, gadis india kelihatan cun gilerr... Ayooo amma apppaa....

Jadi, ulat mulalah nak naik daun. Aku teguk teh tu.... Mak oiii panasnyer, boleh melecet tekak aku. Hari itu agak panas, badan aku mula berpeluh seperti baru kerkena gerimis.

"Berapa?" Aku tanya, sampi menyeluk kocek.

Tersedak bila dengar harga teh tu, sebab ini di Cameron Highland, tak kan teh mahal kat sana kot?

"Kenapa mahal teh ni?" soalan menyakat aku.

"Mistilah! Ini teh Cameron."

"Eh apa punya jawapan ni?" bisik hati aku. Aku bertanya lagi, "Kalau teh Sabah kat Cameron ni berapa harga?"

Gadis tu berlalu melayan pelanggan yang lain. Moncong mulutnya boleh diikat ribbon untuk hiburan di hari perayaan. Soalan aku ditinggal tergantung aja. Sampai sekarang aku masih belum dapat figure out kenapa teh Cameron mahal di Cameron Highland.

Bila fikir-fikir balik, gadis Sabah tidak pula serve aku dengan teh Sabah. Gadis di Hotel Hoko serve minuman koko. Gadis di Tambunan serve tapai. Walaupun aku tidak minum koko atau tapai, layanan mereka dan cara mereka menjawab soalan aku membuatkan aku ingin ke sana lagi. Kalau larat setiap minggu aku ingin ke sana.

Teh Cameron ni? Sori, aku tukar brand. Sekarang aku kepingin teh Sabah, tanpa gula -- Sambil mengunyah buah gooseberry, beri kesukaannku.

Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-90946382990144570592010-04-19T08:14:00.000-07:002010-04-19T08:19:27.278-07:00Malberi

Hari ini agak puas. Pohon malberi kesayanganku dah mula belajar berbuah. Warna merah yang aku tatap hari ini adalah antara merah yang paling indah di akhir-akhir ini. Harap-harap tupai, lalat buah, pipit dan merbah putih simpankan aku sedikit apabila malberi dah ranum kelak.

Aku cuba sebiji. Masih belum sedia. masih masam, tapi inilah masam yang paling sedap yang aku rasa. nanti kalau menjadi banyak, bolehlah dibuat jem, atau diambil jus dan dibuat memasak.

Pasti best. Itu pun kalau penguatkuasa tempatan tak kacau. Last time dia datang nak kompaun sebab jiran komplen aku banyak tanam pokok. Aku persoal, tanam pokok banyak salah ker? Dia kata salah sebab banyak nyamuk. Aku soal lagi, "Pokok punca nyamuk atau air bertakung punca nyamuk, sebab jiran aku yang jahat tu yang terang-terang menakung air kat luar." Dia balik dengan amaran sahaja tapi sudah cukup untuk membuat aku tension.

Tidak lama kemudian mereka datang lagi, aku tiada di rumah. Anak aku yang terima notis amaran. Isu pokok tak menjadi, jadi kompaun kali ini atas tuduhan "Kacau ganggu..." Menyebabkan jiran merana kerana aku tanam banyak pokok.

Masalah kalau berjiran dengan orang yang bencikan kehidupan, bencikan tumbuhan. Bagi aku, orang yang bencikan kehidupan adalah orang yang jahat. Sebab itu dulu aku kata jiran aku jahat, sebab mengikut penguatkuasa yang datang, "Jiran komplen, kami hanya menjalankan tugas." Oooo, jadi kalau orang suruh kau terjun dalam lubang jamban, kau terjunlah. Ya lah, pisau di tangan kau, mentimun di tangan aku... Apa-apa pun kau yang menang.Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1563250604755622970.post-74955063155585900202010-04-13T18:44:00.000-07:002010-04-13T18:44:02.794-07:00Minyak LintahHari itu memang penat. Selepas empat hari tiga malam mengadap skrip buku bersama penilai, aku rasa betul-betul "pooped out." Bukan sebab mengadap manuskrip dan menambah-baik kualiti buku yang memenatkan aku. Alah, bukannya tak biasa memulun manuskrip. Aku dah buat kerja ni sejak 10 tahun yang lalu.

Dalam banyak-banyak workflow buat buku, aku rasa kerja dengan kumpulan ni paling selesa. Semua orang memberi sumbangan yang berguna. Tiada dolak dalik "beating around the bush." Tiada yang curi tulang. Memang puas.

Tempat pun selesa, makanan pun kira OK. Aku pernah kerja dengan penerbit yang ciput. Cowriter yang jauh diberi toto aja, hanya kerana cowriter segan nak demand, mereka terus ambil kesempatan. Bila time royalti, sama juga potongnya dengan syarikat yang memberikan keselesaan. Time memotong mereka memang kreatif; kiri kanan belakang depan potong. Habis semua didedeh, macam melapah lembu time raya korban.

Kalau kerja teratur, tempat tidur selesa, makan selesa, kenapa pula pooped out? Mungkin itu yang terlintas difikiran kawan-kawan.

Hmmm, mungkin darah aku "shoots high". Dah empat hari berturut-turut aku tuang kopi kafeina ke dalam sistem badan aku, macam tuang minyak ke dalam Volvo lama aku tu. Tuang sebanyak mana pun macam tak cukup. Bukannya tak tahu, 80% dari orang yang ambil kafeina mendapat risiko strok. Bukan aku yang kata, itu fakta mengikut kajian. Entah betul entahkan tidak. Hmmmm fakta sains pun boleh dipersoal ker? Bukan persoal. Dulu aku pun telan bulat-bulat fakta sains macam baca tafsir Quran, tak banyak soal. Bila aku dengar pengakuan seorang kenalan bagaimana dia trim data supaya hipotesisnya mengena, aku dah jadi waswas dengan orang yang mengaku buat kajian ni.

Hah tu kan tanda orang yang darah shoots high. Orang lain serba tak kena, aku aja yang kena... Dah empat hari mengadap manuskrip, aku dah tak sabar nak pelawa bini nombor empat aku, sang Leica dan pergi bersiar-siar entah ke lubuk mana. Errr, bini nombor dua sang FM2, nombor 3, sang TLR. Leica nombor 4, sebab tu aku manjakan sikit.

Yang pasti, cowriter aku mesti perasan yang aku pun dah pooped out. Sambil mengheret beg menghala ke counter reception, kami melintas meja promoter. Perempuan yang jaga booth tu aku kira dalam 30an. Melihatkan agresifnya dia menjaja barangan tu, dan saiz k***knya, aku kira dia mesti ada anak kecil yang masih meng***k dan beberapa orang anak lagi. Bela anak-anak di zaman sekarang perlu perbelanjaan yang tinggi. Kena suami isteri kerja kuat kalau nak bagi yang terbaik pada anak-anak... Itu pun ada anak-anak yang tak tahu berterima kasih. Masih nak menjawab cakap mak bapak.

Balik pada barang yang hendak dijaja...

"Bang mari singgah kejap, banyak nak cerita ni..."

Aku pun tak sampai hati nak tolak lamaran perempuan tu. Kalau lelaki, aku tepis aja. Tapi bila perempuan... lentok sikit.

Dia pun mulalah buka cerita. Aku dengar putih mata aja, cuba memahami apa yang dia nak jaja, sebab yang ditunjuk hanya sekepin kertas fotostat. Manalah nampak jelas, dah tua. Spek pun dah lama tak tukar...

Laaa, rupanya jual minyak lintah.

"Kenapa pulak nak minum minyak lintah? Kan minyak sawit dah ok buat menggoreng. Tiada kolesterol, kaya dengan vitamin E, bagus untuk orang tua-tua macam saya ni... yang dah gugur rambut."

"Sebab umur abanglah saya nak bantu abangni... Orang tak minum obat ni. Orang gosok. Sapu, sapu...." kata perempuan tu dengan aksi tangan sekali.

Alamak, siap dengan aksi sekali. "Gosok kat situ? Gosoklah dengan minyak apa-apa pun memanglah bangun si awang tu, kalau dengan minyak cili padi pun dia bangun..." bentak fikiran aku.

Ceh.... bila pulak aku perlukan benda-benda ni. Mek aku kat umah, walaupun umur dah hampir setengah abad masih memberikan aku puteri yang comel mongel. Mentang-mentanglah aku nampak pooped out dan nampak tak teurus, dia ingat aku o.k.u. Ego aku dah tersentuh...

"Dah berapa lama abang tak dapat?"

Soalan yang memecah lamunan aku.

"Huh, dah empat hari" jawab aku dalam hati. Yerlah dah empat hari aku bertapa di hotel ni sama-sama memulun buku.

"Haaa.... saya dah agak. Mesti dah lama tu. Kalau abang pakai minyak ni, tiap-tiap malam asyik nak aja. Kena pulak dengan teh ni, teh mak dara."

Bila pula aku cakap aku lama dah tak dapat ni? Am I that predictable? Dia boleh baca expression di wajah ku ker? Alamaaaaak.....

Woit, empat hari aku tak dapat bukannya sebab aku dah o.k.u. Aku kat sini meeting, mek tinggal kat umah. Apa yang best sangat dengan teh mak dara tu. Kalau teh tu betul-betul bagi lelaki tenaga, kenapa mak dara masih dara sampai ke tua. Nak juga aku menjawab. Tapi aku dah betul-betul penat....

Aku nak balik lah, nak outing, nak ambik gambar. Engkau ni mengganggu flow masa aku. Nak aku shove away aja perempuan tu, tapi tak sampai hati.

Perempuan tu masih lagi mengayat dengan ayat-ayat seolah-olah perlu sangat disapu dengan minyak lintah dan minum teh mak dara tu. Macamana aku nak patahkan ayat-ayat perempuan tu. Bukan nak menghampakan usaha perempuan yang nak memberi makan anak-anak, cuma tak nak beli yang pelik-pelik. Silap-silap makan atau sapu, takut terus kojol. Dahlah tekanan darah aku rasa macam nak mletup dada aku... selepas empat hari menyuap kafeina.

"Mek, Pakcik dah tua... dah o.k.u. Kalau pakcik beli minyak tu, Mek kena tolong sapukan kat Pak cik kat situ, sebab nak sapu dan gosok sendiri pun dah tak larat."

Perempuan tu tenung wajah aku dengan putih mata. Satu sale sudah hilang.Iskandar Ab. Rashidhttp://www.blogger.com/profile/02283627228179653945noreply@blogger.com0