iskandar63

Khamis, 5 Jun 2014

Cikgu Kolot, Tak Ikut Peredaran Zaman

Dalam tahun-tahun akhir aku mengajar, cara handling pelajar banyak berubah. Perubahan berlaku kesan dari pengalaman mengajar di Sekolah Paya Besar, Kuantan.
Apa yang ingin dikongsikan malam ini berlaku ketika megajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur....
Kelas Pendidikan Moral.... Yep I was a Cikgu Moral too....
Kelihatan dua orang murid sedang membelek majalah bergambar....
"Eh, tengok sini, majalah apa yang kamu seronok tengok tu?"
Murid menggelabah, tapi akhirnya mengalah dan pass magazine ke depan. Murid perempuan merah padam muka, murid lelaki tergelak seperti Hyena baru lepas ....
Saya belek aja muka surat depan, terpampang gambar yang saya suspek. Kalau dibawa ke depan pasti budak ni digantung sekolah.
"Cikgu nak ambil majalah ni. Bukan nak baca. Cikgu nak bakar."
Pemilik majalah melenting tanda protes.
"Cikgu kolot! Tak boleh terima perubahan zaman!"
Seperti gunung berapi yang nak meletus, murid ini seperti ingin menerpa saya. Saya hanya tersenyum sambil berfikir macamana nak handle murid sebegini. Kalau zaman Paya Besar dulu pasti budak ni kena terajang. Tapi kalau terajang, budak ni tak akan jadi budak baik nanti.
"Ok, murid-murid semua. Saya akan buktikan saya tak kolot. Kita akan kongsi gambar."
Saya mula membelek gambar-gambar tersebut.
"Wah.... cantik, saya suka perempuan ni."
Murid-murid semua ketawa.
"OK, mulai dari hari ini, kelas ni kita boleh kongsi gambar lucah. Tak mahu kolot kolot."
"Steven, oleh sebab awak yang usulkan idea modern ni, kita mulakan daripada awak. Awak ada kakak?"
"Ada, dia sudah kawin. Cikgu sudah tak ada can. Ha ha."
"Ok, kalau sudah kawin, lagi bagus. Esok awak bawak gambar kakak dengan abang ipar awak main. Kita kongsi tengok ramai-ramai."
Murid tersebut ketuk meja tanda amat marah. Tangan ketar....
"Cikgu amat kurang ajar cakap macam itu. Saya balik mau repot sama mak saya."
"Aik! Tadi awak kata saya kolot. Sekarang siapa yang kolot ni?"
"Cikgu tuduh kakak saya jahat!"
"Owh. Awak lupa ya. Perempuan dalam gambar ni juga ada adik. kalau tak ada adik pun, saya pasti dia ada mak, ada ayah. Kalau mak dan ayah dia tengok gambar ni barangkali apa rasa mereka?"
"Marah.... malu...." Jawab murid tersebut.
Dia tunduk dan ambil majalah tersebut dari tangan saya dan koyak di depan kami sekelas.
"Saya faham, Cikgu. Saya tak akan lakukannya lagi."
See? Kita tak perlu merotan untuk mendidik.

Selasa, 25 September 2012

Antara Crab Apple dan Colek

Buah ceri barbados yang ranum pada 25 September 2012


Crab Apple adalah pohon yang amat bermakna bagi saya.  25 September 2012 menanda masa yang penting dalam hidup saya kerana hari tersebut menandakan dah 30 tahun saya menikahi isteri saya, Zaitun Ismail.  Ya, semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 30.

Baru 30 tahun, kalau panjang umur, tak sabar nak tunggu 30 tahun lagi.  

Apa kaitannya dengan crab apple dan colek?  30 tahun yang lalu, sebagaimana pasangan berdarah manis yang lain, kami ada spot kami sendiri.  Bila tiba musim bunga, kami akan sentiasa menghabiskan waktu hujung minggu di bawah pokok crab apple di taman bandar tempat kami  menuntut.  Ketika hari yang cerah, kami akan hampar tikar di bawah pohon tersebut dan makan makanan bekalan yang kami bawa dari rumah sambil memerhati pasangan membawa anak-anak ke taman.  Biasanya perbualan kami berkait dengan pengunjung lain yang membawa anak ke taman, atau assignment yang kami perlu siapkan.  Zaman tu belum ada laptop.  Jadi dalam bakul bekal kami ada tupperware berisi makanan, botol air dan buku serta notepad kertas kuning.  Pohon tersebut amat istimewa kerana ia dipenuhi bunga. 

Musim bunga biasanya hujan renyai-renyai.  Kalau hujan kami akan buka payung memerhati pengunjung yang lari-lari anak mencari perlindungan.  

Pohon crab apple tersebut amat istimewa kerana ruangnya yang teduh, cozy dan dekat pula dengan pohon mulberry yang besar.  Kadang-kadang ada tupai turun meminta makanan.  Bila saya tidak berkongsi makanan ada tupai yang naik ke pohon mulberry dan membaling buah mulberry ranum ke arah kami.  Ada antara baju saya rosak kerana warna jus mulberry yang terlekat pada baju.  Kebiasaannya isteri saya akan tersenyum memerhati gelagat saya mengelak serangan tupai yang gemar bergurau.

Bila tiba musim panas, tempat ini menjadi semakin bermakna kerana buah yang memenuhi pohon telah ranum.  Kebiasaannya isteri saya akan bawa pisau kecil, colek, iaitu kicap yang ditabur gula dan cili yang dipenyet.  Kami akan makan colek sambil menikmati masa yang berlalu.  Ada juga pengunjung yang telah biasa dengan kami singgah bertanya khabar.

Pohon crab apple tersebut masih berdiri teguh dan saiznya jauh lebih besar.  Ia kelihatan jelas bila saya Google menggunakan Google Map.  Ia menjadi pohon yang istimewa untuk kami sampai bila bila pun.

Di sini, saya belum dapat pohon crab apple seperti jenis itu tapi di rumah ada pohon ceri barbados yang seakan-akan crab apple yang saya tidak keluarkan dari bekas.  Masih mencari tapak yang sesuai untuk pohon tersebut.  Ia akan ikut kami ke mana sahaja kami pergi.  Walaupun ia tidak memberi buah yang lebat atau belum mampu memberi ruang yang teduh, ia tetap istimewa kerana mengingatkan kami pada spot impian kami.

Nanti, bila jumpa spot yang serasi, pohon ini akan ditanam menjadi bukti kami telah menemui spot kami agar dapat terus menjalani masa bersama, sambil makan colek mengisi masa yang berlalu.

Hari ini hari istimewa kami. Pohon ceri barbados yang seakan-akan crab apple megah mengurniakan kami sebiji buah ranum untuk kami kongsi bersama.  Walaupun hanya sebiji, ia seperti treasure buat kami, menikmatinya di haru ulangtahun perkahwinan.  30 tahun lagi pun, crab apple dan colek tetap di hati.      

Isnin, 16 Julai 2012

This Blog Has Been Removed!

Itulah mesej yang paling menakutkan yang aku terma hari ini.  Blog tanamsendiri.com telah aku bina sejak lebih 2 tahun yang lalu dan diusahakan sepenuh masa untuk berkongsi serta menjual benih. Setiap hari aku terima antara 1500 hingga 2000 pageloads.  Kira oklah, bolehlah cari makan.  Masa, wang dan tenaga pun banyak dihabiskan untuk blog ini.

Bangun pagi, nak semak pesanan.  Buka blog, aku terima mesej ini.

"This blog has been removed."

Seperti igauan disiang hari.  Is this real? Why?

Jumaat, 2 Disember 2011

Alamak, Baik Ciao Dulu!

Dah lama tak balik kampung, santai-santai di pantai.  Semenjak akhir-akhir ni...
Ah lupakan dulu masalah yang boleh memendekkan umur tu.  Jom lepak di pantai.  Ah damn (Opps, mahap yer), maybe pantai tempat kami berkumpul pun dah jadi pantai beruk berkumpul.  Kira mudah aja, lempar aja bekas makanan dan minuman kat situ.. Bukan orang nampak.  Kan Bandaran ada.

Botol minuman, bukannya kotor.  mana tau ada orang lemas, boleh buat pelampung...


Ni barangkali orang zaman dulu yang buang ni, botol peanut butter campur jelly.


Cantikkan.  banyak sikit bahan untuk buat sandcastle nanti...

 Hah, kaca pun boleh buang.  Kat pantai semua orang pakai kasut...


Kaca botol kecil, meh baung mentol spotlight, kalau pecah besar sikit kacanya... Boleh kita piknik kat spital...


Ni sampah bila ni.  Weyyy sampah tahun 1945 pun ada?  Mana aci....  Macam MK15 jer, weiii anak-anak, jom balik.  Ini sudah lebih....


Jumaat, 14 Januari 2011

Kad Pengenalan

Kad pengenalan, tak banyak maklumat yang diperolehi darinya.  Tapi kalau ia milik insan yang kita minati, maksud saya minat giler, ia adalah segala-galanya.

Tengok sajalah kad ini dan biarkan imaginasi melayang...



Rabu, 29 Disember 2010

Free Writing

Apa-apa pun kita buat, kalau nak ditajamkan, dipolish, digilap, mesti exercise.  Pelari berlari, pelukis melukis, pelajar membuat kerja rumah, penulis... menulislah.

Ada rakan penulis yang berkata, aku letak pen dulu sebab tak ada ilham, aku kena writer's block lah.  Hmmm.... Writer's block.  Apa benda tu?  Aku yang dah menulis banyak buku ni pun tak pasti apa dia writer's block tu.  Yang aku tahu, ia adalah alasan yang direka oleh penulis sebab tak siapkan kerja dalam masa yang dijanjikan.

Apa yang aku cuba buat ni?  Apa yang ingin aku sampaikan?  Tak ada apa?  Hanya catat apa yang terlintas aja.  Free writing, exercise penulis untuk terus menulis.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Semanis Kacang Pea, bahagian 2

Lama kemudian, ketika masih belajar aku ke Price Chopper, pasaraya membeli belah yang lain untuk membeli barang dapur.  Di satu sudut bahagian sayur terdapat banyak pasu plastik berisi pokok kacang pea dengan buah (pod) nya sekali.
Aku merasa hairan mengapa jual pokok kacang pea yang rimbun dengan buah dalam pasu.  Aku bertanya seorang perempuan setengah abad yang sedang memilih pokok dan memasukkan ke dalam troli.  Dia mula memberi penjelasan.  Barulah aku tahu.  Rupa-rupanya, kacang pea memang manis rasanya.  Tetapi, sepelas dipetik kacang akan mula menukar kandungan gula di dakamnya kepada karbohidrat.  Jadi makin lama kacang yang telah dipetik tersimpan, makin kurang rasanya manisnya.
Patutlah kacang yang kami tanam ketika kecil dulu manis rasanya.  Jadi, rakan-rakan, kacang pea yang paling enak rasanya adalah kacang pea yang baru dipetik.  Ingin dapatkan yang terbaik, perlu tanam sendiri.

Pengunjung