Rabu, 30 Disember 2009

Gajah gajah gajah, bahagian 2

Ceritanya begini.  aku masih ingatlah beberapa rutin Mi (mak aku) di waktu magrib.  Tangga dapur rumah guru di Seberang Tayor, Kemaman ada gap.  Ular, kala, jengking, lipan, boleh menyelinap dari situ.  Di sebabkan rumah tu tiada elektrik, Bila gelap, mana-mana sumber cahaya akan jadi tarikan.

Bila dia ternampak kala atau lipan masuk rumah, tindakan pertama ialah letak anak anak atas kerusi atau meja supaya tidak terpijak makhluk tu.  Kemudian ke dapur ambil bocong air panas, atau letakkan sedikit air ke dalam cerek dan panaskan.  Ini pasti memakan masa yang lama jugak sebab mana ada dapur gas zaman tu.  Rumah kami pakai dapur minyak.

Kemudian, Mi akan curah air panas ke atas makhluk tu.  Kesian, dosa dia hanya terceroboh masuk rumah manusia.  Hukumannya, curah air panas hingga mati.  Macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok tu, abis penyamun mati.... panas panas panas.

Hah, panjang juga proses tu, tapi makhluk penceroboh tu tak lari.  Kenapa?  Bila mak aku spot makhluk berbahaya tu, dia akan kata berulang kali, "Gajoh Gajoh Gajoh...."  Entah kenapa, bila dengar ayat tu, makhluk makluk tu berhenti merayap, dan menunggu ajal.

Kalau ular masuk rumah macamana pula, tak lah gajoh... sebab dengan Mi sekali lari keluar rumah.  Terpaksalah kami tunggu ayah pulang dan setelkan masalah tu.

Ha, kisah ular masuk rumah ni pun aku masih ingat... nanti boleh cerita.

Tiada ulasan:

Pengunjung