Memaparkan catatan dengan label gajah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gajah. Papar semua catatan

Rabu, 30 Disember 2009

Gajah gajah gajah, bahagian 2

Ceritanya begini.  aku masih ingatlah beberapa rutin Mi (mak aku) di waktu magrib.  Tangga dapur rumah guru di Seberang Tayor, Kemaman ada gap.  Ular, kala, jengking, lipan, boleh menyelinap dari situ.  Di sebabkan rumah tu tiada elektrik, Bila gelap, mana-mana sumber cahaya akan jadi tarikan.

Bila dia ternampak kala atau lipan masuk rumah, tindakan pertama ialah letak anak anak atas kerusi atau meja supaya tidak terpijak makhluk tu.  Kemudian ke dapur ambil bocong air panas, atau letakkan sedikit air ke dalam cerek dan panaskan.  Ini pasti memakan masa yang lama jugak sebab mana ada dapur gas zaman tu.  Rumah kami pakai dapur minyak.

Kemudian, Mi akan curah air panas ke atas makhluk tu.  Kesian, dosa dia hanya terceroboh masuk rumah manusia.  Hukumannya, curah air panas hingga mati.  Macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok tu, abis penyamun mati.... panas panas panas.

Hah, panjang juga proses tu, tapi makhluk penceroboh tu tak lari.  Kenapa?  Bila mak aku spot makhluk berbahaya tu, dia akan kata berulang kali, "Gajoh Gajoh Gajoh...."  Entah kenapa, bila dengar ayat tu, makhluk makluk tu berhenti merayap, dan menunggu ajal.

Kalau ular masuk rumah macamana pula, tak lah gajoh... sebab dengan Mi sekali lari keluar rumah.  Terpaksalah kami tunggu ayah pulang dan setelkan masalah tu.

Ha, kisah ular masuk rumah ni pun aku masih ingat... nanti boleh cerita.

Isnin, 28 Disember 2009

Gajah gajah gajah



Pernah tengok kala jengking secara life?  Masa aku kecil,dulu, kalau beli payung yng punyai kerangka buluh, standard lah.  It comes with seekor dua kala jengking.  Warna light brown lebih kurang saiz ibu jari.  Aku tak pernah kena sengat jengking ni tapi aku minta jauh.

Yang lebih menakutkan adalah kala, warna hitam kemerahan, saiz sebesar tapak kaki.  Kalau kena, pengsan.... Kenapa?  Tak percaya?

Masa aku kecil dulu, mak dan ayah mengajar di Sekolah Kebangsaan seberang tayor, kawasan felda yang baru dibuka.  Masa tu, rumah kami (rumah guru) tak ada elektrik.  Tiap-tiap petang ayah akan pam lampu spirit untuk terangkan malam kami.

Cahaya lampu di tengah belantara akan menarik pelbagai jenis serangga dan arachnida... lelabah sebesar tapak tangan, kala dan kadang-kadang reptilia panjang bergelar sang tedung.

Kala, kira standard lah masuk dapur waktu magrib, terutamanya hari hujan.  Apa kaitannya dengan gajah?  Kena sabar sebab bersambung...

Pengunjung