Jiran sebelah rumah aku (yang juga saudara aku) masa tu mempunyai suami yang sakit. Anaknya (Hamdan) masa tu darjah 3. Ayah ada buat kelas malam untuk tolong anak-anak kampung belajar secara percuma, jadi Hamdan adalah seorang dari anak-anak yang datang belajar di waktu malam di rumah kami. Ayah masa tu baru habis ambil kursus, jadi berkobar-kobar buat ABM (alat bantu mengajar) untuk mencari kaedah yang paling berkesan untuk anak-anak kampung kuasai kemahiran membaca. Hamdan adalah antara anak harapan ayah sebab dia cepat faham apa yang diajar. Masalahnya, ayah Hamdan sakit. Kaki kena potong sebab "kencing mani". He he, itu kata mak Hamdan, berulang kali kami perbetulkan, tetap juga "kencing mani" yang disebutnya.
Yang pasti, hidup mereka melarat sebab Mak Yah, mak si Hamdan terpaksa mengambil alih tugas ayahnya yang uzur. Suatu hari Hamdan bawa balik duit. Setelah dipersoal, Mak Yah dapat tahu Hamdan jual ketam nipah hasil membitol.
Masa tu Hamdan baru lepas peperiksaan. Keseluruhan darjah 3, hamdan dapat nombor 3. Mak Yah tak kisah Hamdan dapat nombor berapa, sebab nombor dalam periksa bukan boleh makan. Duit yang dibawa hamdan pulang, itu boleh beli makanan. Ketam nipah boleh dijual kepada orang cina. Apa-apa orang cina makan ada harga di kampung kami.
Bila persekolahan tahun berikutnya, Mak Yah announce, hamdan diberhentikan sekolah. Ayah cuba pujuk, tapi Mak Yah tetap dengan pendiriannya. Ayah kata, sayang sebab hamdan budak pintar. Pintar bukannya boleh makan. Ke sekolah memerlukan duit, pitis, "seng" kata orang Kemamang.
Jadi Hamdan pun gembiralah dengan sampan kecilnya, membitol ketam. Memabwa pulang wang hasil jualannya. Mak yah dapatlah sesuap nasi hasil titik peluh anak bongsu kesayangannya.
Suatu hari, semasa Mak Yah mematik pucuk, aku berpeluang bertanya. Mak Yah kata, abang serta kaka Hamdan semua habis sekolah sampai SPM. Tapi apa faedahnya. Nak ambil SPM pun kena pakai duit. nak sampung ke universiti,pasti tak dapat. Bukannya ada kerbau lembu nak dijual untuk bayar pendaftaran, untuk tambang ke Kuala Lumpur.
habis sekolah pun bukannya dapat kerja macam yang digembar gemburkan. setakat boleh membaca pun cukuplah. Sekurang-kurangnya Hamdan dah bawqa balik rezeki. kalau anak sebaya Hamdan dah habis sekolah, masa tu (lapan tahun dari sekarang), hamdan mungkin dah jadi jeragan.
Kita yang ada jalan untuk cari duit memang fikir kesian Hamdan terpaksa berhenti sekolah. Untuk yang perut lapar, makanan itu adalah segala-galanya. Lepas makanan, kita perlukan pakaian, lepas pakaian, tempat tinggal, lepas itu baru pendidikan. Mak yah, tahap pertama belum lepas iaitu makanan. Jadi siapalah aku masa tu nak menilai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan