Penambang, walaupun hanya bot bot kecil berkelajuan siput, memberikan kesan yang besar dalam hidup aku. Ni penambang di Kuala Terengganu. Penambang yang aku maksudkan adalah di Kuala Dungun, yang digunakan untuk ke Seberang Pintasan. Penambang tu lain dari gambar yang aku pilih ni, kerana penambang tu adalah perahu layar.
Jurumudi gunakan buluh panjang utk kawal perahu. Di Seberang Pintasan tu ada apa? Oh banyak. Tapi yang penting bagi aku ialah rumah arwah nenek aku.
Nenek aku ni ada perangai kelasik yang ada hampir semua wanita bergelar nenek; suka membebel. Apa-apa yang dia tak puas hati tentang ayah aku, akulah yang dijadikan sasaran.
Ayah memang tidak akan mendengar apa-apa leteran, sebab bila sampai aja umah nenek, dia akan tinggalkan kami adik beradik dan berkunjung ke rumah kawan-kawan.
Akulah yang jadi mangsa leterannya. Tapi kalau arwah datuk aku ada kat umah, dia akan marahkan arwah nenek aku sebab membebel, dan datuk akan bawa aku keluar.
(bersambung...)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan