Sabtu, 14 November 2009

penat berjalan


penat berjalan
Originally uploaded by iskandar63
Kalau zaman kanak-kanak dulu, hampir semua orang berkaki ayam. Ada jiran datang ke rumah sebab nak pinjam kasuk sebab nak ke pekan. Kasut was a luxury. Tapak kaki masing-masing pada masa tu mungkin lebih tebal dari tapak kasut zaman sekarang. Pijak duri, kaca, teritip macam tak ada apa. Kaki aku sendiri pun beberapa kali terdedah isinya kerana terpijak teritip ketika bermain dalam teritip. Cuma sekali sekala bila ayah aku discover, dia akan mengamuk sebab aku sememangnya ada kasut, cuma malas pakai.

Kalau waktu main bola, semua orang mesti berkaki ayam. Pakai kasut tak aci sebab ramai yang tak ada kasut. Lagipun untuk mengelakkan diri dari tercedera, sebab zaman tu main bola adalah waktunya kita lepaskan rasa tidak puas hati. Faham-faham ajalah.

One thing yang aku discover bila tua-tua ni. Kasut yang selesa amat penting. Ada kawan bila keluar outing foto dengan aku pakau capai aja. Itu hak masing-masing. Hak untuk dapat penyakit. Aku kalau outing yang perlu banyak berjalan, prefer kasut ni. Berat sikit tapi kalau berjalan seharian pun tak rasa penat pada kaki. Pijak batu yang licin pun masih grip dan kalau terpijak kaca, taklah cedera.

Kalau lagi tua, lagi penting kasut yang selesa, sebab isi pada tapak kaki dah tak ada. Tulang kaki pun dah tak bersendi lagi, semua dah bersambung. Masalah ini dialami oleh mak dan mertua aku, sebab tulah aku tahu. Kalau rakan punyai mak atau ayah yang masih sihat dan komplen sakit kaki bila berjalan, ingatlah. Orang tua itulah menatih rakan hingga pandai berjalan. Why not, give them back the gift of walking.

Aku bawa Mi (my mom) ke kedai kasut custom-made, Foot Solutions. Mereka scan kaki mi dan suggest suruh pakai kasut dengan tapak yang dibuat khas sepadan dengan kaki Mi. Selepas tu, pilih kasut untuk fitkan tapak tersebut.

Mi gigit jari sebab katanya kasut tu mahal. Tak nak menyusahkan aku lah tu. Tapi bila dia tak boleh berjalan dengan selesa, aku lagi susah hati. Aku buat tak faham je. Bila dah dapat kasut tu, dia macam sayang nak pakai. Takut haus kot. Aku pesan adik-adik supaya pastikan Mi pakai kasut tu.

Bila balik Kemaman, Mi mula pakai kasut baru custom-made tu dan rasa selesa. Kalau dulu asyik melepek aja sebab sakit bila berdiri, kini dah cergas untuk berjalan. Mi mula cergas memasak, menyapu sampah dan ke kelas agama tanpa sakit kaki.

Di Ganu, ada funding untuk perubatan, disebabkan kasutni di kira kasuk khas yang berkait dengan kesihatan (medical), Mi pun telefon, minta aku kirimkan resit. Dia bawaklah resit tu ke Pejabat UMNO kat Kemaman, dan claim duit harga kasut tu.

Lepas dapat check tu, Mi senyum aja, dapat kasut mahal, dapat duit semahal kasut, dapat gi kelas agama tanpa sakit badan.

Aku bukan nak promote Foot Solutions tu, tapi untuk rakan-rakan yang masih ada Mak Ayah, why not give them a gift of walk. Kan mereka yang menatih kita berjalan dulu. Keupayaan untuk berjalan tu adalah anugerah. Rakan tidak akan menyedarinya hinggalah berlaku sesuatu dan tidak lagi dapat berjalan.

Tiada ulasan:

Pengunjung