Isnin, 26 Oktober 2009

Kisah Cabar Mencabar (Bahagian 2)

Mi aku tanya aku kenapa aku selubung. Aku beritahu kena sengat lipan. Dia tanya aku kena di mana. Aku jawab di sungai. Dia tak check pun, cuma bagi this remark, "Padan muka, kan Mi dah kata jangan main di sungai."

Malam tu aku tidur dalam kesakitan.

Pagi keesokannya, mak saudara aku datang ke rumah. Mi mesti dah beritahu dia supaya tengokkan aku.

Mak saudara tanya, "Kemaring kena sengat lipan? Kat mana?"

Aku pun tunjukkan paha aku. Terbeliak mata dia. "Kesiannyer... kesiannyer," itu aja yang keluar dari mulut dia. Aku dah semalaman kesakitan.

Dia asah kayu manis dan sapu paha aku. Like miracle, sakit sengatan lipan makin kurang dan hilang.


2 ulasan:

mizadgreat berkata...

wahhh...hebatnya kena gigit lipan beratus-ratus pun masih boleh bernafas...u really great man...

Iskandar Ab. Rashid berkata...

Lipan air, bukannya ular. Untuk budak kampung, perkara kicik tu.

Pengunjung