Orang dulu tak mahu pikul biawak hidup ni. Sebab bila kita pikul, kaki dia bergerak-gerak mencakar belakang hingga berdarah. Aku pikul ni saja aja, nak posing. Bayar tau, RM5 sekali pikul untuk bergambar.
Simpulan bahasa ni megingatkan aku pada satu keluarga. Ada jiran berkunjung ikut pintu belakang, seperti maling. Masuk tanpa diundang, salam tidak diberi. Sedangkan kalau diberi salam dari depan, salam masih terjawab. Walaupun begitu, masih juga tuan rumah memberi makan, mungkin kerana keluarga itu berperikemanusiaan, kerana mungkin jirannya lapar. Dengan rezeki yang diperolehi dapatlah jirannya memberi makan pada anak bini mereka di kampung. Bila pulang, lain pula jadinya. Orang yang memberi makan pakai untuk anak bininya pula yang ingin diganyang. Hmmm... Barangkali beginilah agaknya yang dimaksudkan biawak hidup. Perumpamaan hanya rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.
Fotografi: Nazir Safari, 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan