Hmmmm... Salah satu aktiviti masa kecil aku ialah melukis sendiri kad ucapan hari raya untuk cikgu-cikgu. Tiap-tiap tahun memang itulah yang aku buat. Kad tak pernah beli sebab masa darjah satu, cikgu aku pesan, kad yang paling dia suka ialah kad yang dibuat sendiri.
Ayat ucapan aku, rasanya samalah setiap tahun. Budak-budak, mana terfikir ayat lain. Ayat aku begini (kalau tak silap);
Selamat hari raya cikgu, puasa penuh atau tidak?
Belah dalam kad, aku tulis ayat ni, bersama kartun orang lidi sedang kencing...
"Kalau cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari..."
Sekarang jarang dah main kirim-kirim kad ni. Kebanyakan pakai kirim e-kad aja. Kirim pakai pos, silap2 tak sampai terus,macam kes beberapa tahun dulu, mr posto longgok kat dalam longkang aja. Penat puasa kot.
Cara baru aku, pakai harmonika. Bila lagi nak lepas gian. So, selamat hari raya semua... Yang puasa penuh dan puasa yam yok, tak kisah, ucapan tetap diberi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan