Rabu, 12 Ogos 2009

Bulih Makang Ke Dok? (Part 3)

Sebenarnya, walaupun ada peraturan ni, mak aku tak lah sekeras yang aku ceritakan. Dia ada bagi solution untuk earn apa yang aku idamkan. Apa dia? Nanti aku cerita. Buat masa ni nak keluar ambil gambar dulu. Jari dah gatal-gatal nak ngetik kamera.

OK, dah boleh sambung cerita. Suatu pagi, hari tak sekolah (ingat-ingat aku Hari Sabtu) aku tengok kawan main mainan plastik (kera turun tangga). Harga, 20 sen. Aku teringin nak beli mainan tu. Aku balik ke rumah minta duit 20 sen. Mak tak bagi respons. tak ada yes atau no. Aku kira no lah tu. Aku pun keluar dan pergi bermain dengan kawan-kawan. Dah lupa tentang mainan tu.

Waktu tengahari mak panggil balik, time makan nasi. Makan nasi ni pun ada ceritanya yang tersendiri. OK, balik pada lepas makan. Mak aku sibuk mencau sesuatu yang berbau amat enak, manis.... Aku tanya mak, buat apa tu.

"Buat coklat nnisang." Jelas mak, pendek.

Coklat nnisang adalah gula-gula tradisi orang Terengganu. Sekarangni masih terjual di pasar Payang, Kuala Terengganu.

Aku tolong mak bungkus coklat nnisang menggunakan kertas minyak. Cara bungkus, sama seperti bungkusan gula-gula sekarang. Apabila selesai, mak isi ke dalam bakul kecil.

"Pergi jual ni. lima sen lima biji. Kalau jual dua puluh seng, Ba'ah dapat lime seng."

Aku kira dengan jari, kalau nak dua puluh sen aku kena jual 80 sen. Aku kira jumlah coklat nnisang, ada 80 biji. Tak bolehlah aku nak curi-curi makan kalau nak dapatkan 20 sen.

Aku turun aja dari rumah, mak tolong keloi jiran, offer cuklat nnisang. Mereka dengan gembiranya beli 10 sen.

Mak dah tunjuk cara nak meniaga. Aku terus bawa bakul tu. Tunjukkan merchandise aku kat jiran-jiran dan puji kelebihan coklat nnisang mak aku. Sekejap aja coklat nnisang habis terjual. Aku balik ke rumah dengan seng sejumlah 80 sen. Aku pulangkan bakul mak serta wang 80 sen. mak upah 20 sen.

Aku pun berlari ke kedai untuk beli mainan tu. Itu cara mak aku didik aku untuk dapatkan wang.

1 ulasan:

+far!hah+ berkata...

Assalam, nak tnye boleh x saudara bgtahu cara2 nak buat coklat nnisang nie??

Pengunjung