Selasa, 11 Ogos 2009

Bulih Makang Ke Dok? Part 2

Aku dah ada duit extra seringgit lebih. Tak terfikir pun nak ganti duit mak 5 sen yang aku curi tu. Aku lebih berminat untuk kembangkan duit tu. Apa orang bandar kata? Investment.... Aku pun pergi ke lambor jiran aku, hotspot untuk orang dewasa main terup. Bila aku minta masuk main pakau, mereka suruh aku tunjuk modal dulu. Bila tunjuk duit, approve, boleh join.
Aku pun startlah main pakau.

Tengah syok kelebek daun pakau, mak aku muncul dengan kapak. Aku tengok dia masa tu macam tengok gergasi. Kecik sangat rasa. Bukan aku saja yang rasa macam tu. Ada antara pakcik-pakcik rakan pakau pun terjun lambor lari lintang pukang bila mak declare yang aku dah curi sepuluh ringgit untuk berjudi. Mungkin takut dituduh subahat. Aku masa tu baru darjah dua.

Apa-apa pun aku kena cabut dulu. Mak dengan kapak, kalau dihayun sungguh-sungguh macam tempurung kelapa kepala aku jadinya nanti. Aku lari lintang pukang. Biasanya bila sampai tahap seratus meter, mak aku berhenti kejar. Tapi kali ni dia determined, dah 200 meter aku lari dia masih tak henti kejar. Ni kira dah boleh masuk marathon ni.

Aku dah hilang arah untuk lari, jadi aku ambil keputusan untuk lari balik ke rumah. Mak masih mengejar dari belakang guna giar 5, full speed.

Sampai di rumah aku terfikir spot yang mak tak boleh capai aku. Aku lompat naik ke rumah terus tuju katil adik beradik. Katil tu Queen size dan mempunyai bawah yang sempit. Untuk aku, muatlah. Mak tak boleh masuk bawah katil. Aku ingat dah terlepas, tapi mak determine nak tangkap juga aku.

Aku ingat lagi, terasa kembali peritnya badan, bila mak aku jolok dengan batang penyapu sebab nak paksa aku keluar dari bawah katil. Berdarah muka dan badan kena batang penyapu dijolok mak, aku tak keluar juga. Aku faham benar perangai mak, kalau dia marah, kalau ada pisau di tangan pun dia akan toreh.

Aku menyorok bawah katil harapkan mak tinggalkan aku sendiri.... sambil menangis teresak-esak. Malam dekat berbuka, ayah balik. Mak bercerita versi dia pada ayah, tapi ayah aku lembut sikit bab mendidik ni. Ayah pujuk aku keluar, tak kan mak nak balun depan ayah. Jadi line clear, aku keluar dari katil. Ayah aku ni nampak jer garang tapi dengan anak-anak tak pernah jentik pun apa lagi jolok dengan batang penyapu. Ayah tak tanya apa-apa, dia cuma bawa aku pergi mandi di perigi.
Masa tu aku tengok muka dia gerun bila tengok kesan lebam dan calar penangan mak aku. Lepas lap badan, dia sapu ubat. Lepas berbuka dokong aku ke satu ruang dalam rumah dan mula memujuk aku bercerita. Aku mula menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan tunjukkan wang baki dalam laci, mercun yang aku tikam dan wang hasil jual mercun dan menang main pakau sebagai bukti.
Wang baki ayah aku pulangkan pada mak. Wang untung jual mercun dan main pakau, aku lupa siapa yang ambil. Aku rasa ayah aku ambil buat belanja kawan kat kedai kopi.
Ayah pesan, kalau perlu duit untuk beli yang tak boleh makan, minta dengan dia. Malam tu aku dengar ayah bagi ceramah kat mak (dalam bilik), bagaimana dengan cara tak sengaja mak mengajar anak (aku) jadi pencuri.

Pakcik-pakcik geng pakau tak berani ajak aku main pakau lagi. Abang pekedai dah tak berani offer tikam. Aku rasa lepas kejadian tu, dia terima warning dari mak aku. Puasa tahun tu aku kena pulau dari geng pakau. Mak aku, kalau aku minta duit untuk beli suatu yang tak boleh makan, masih tak bagi. Tapi tak kisah, aku ada ayah untuk minta duit untuk tujuan itu. Kalau ayah tak ada, aku selok kocek seluar dia yang tergantung di pintu. He he...
Mak dengan ayah aku masih sihat. Alhamdulillah aku masih dapat merasakan kasih sayang dari kedua-dua mereka. I love my mom. She is the best mom anyone could have. I was a tough son untuk kanak-kanak zaman tu. Aku dilahirkan bukannya bersama manual. Kadang-kadang mak aku tak tahu bagaimana nak handle aku ni. Tu yang dia hilang sabar guna batang penyapu.

1 ulasan:

mizadgreat berkata...

hahahhahaha...seronoknya ingat kisah silam...anak jantan kalau tak nakal bukan jantan namanya....saya ada 2 anak lelaki ....berasapnya bolehlah tahan..tapi belum pernahlah bab-bab ambil duit ..or maybe l ker yang tak sedar depa ambik..coz kalau depa ada duit sendiri( saudara/orang beri) depa tak mau ambik duit mama untuk belanja sekolah....l ni pun kadang-kadang ada juga genetic mcm yr mum..esp bila dah penat....anyway i hope they will label me as super duper mama ..one day..

Pengunjung