Memaparkan catatan dengan label bulih makang ke dok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulih makang ke dok. Papar semua catatan

Selasa, 11 Ogos 2009

Bulih Makang Ke Dok? Part 2

Aku dah ada duit extra seringgit lebih. Tak terfikir pun nak ganti duit mak 5 sen yang aku curi tu. Aku lebih berminat untuk kembangkan duit tu. Apa orang bandar kata? Investment.... Aku pun pergi ke lambor jiran aku, hotspot untuk orang dewasa main terup. Bila aku minta masuk main pakau, mereka suruh aku tunjuk modal dulu. Bila tunjuk duit, approve, boleh join.
Aku pun startlah main pakau.

Tengah syok kelebek daun pakau, mak aku muncul dengan kapak. Aku tengok dia masa tu macam tengok gergasi. Kecik sangat rasa. Bukan aku saja yang rasa macam tu. Ada antara pakcik-pakcik rakan pakau pun terjun lambor lari lintang pukang bila mak declare yang aku dah curi sepuluh ringgit untuk berjudi. Mungkin takut dituduh subahat. Aku masa tu baru darjah dua.

Apa-apa pun aku kena cabut dulu. Mak dengan kapak, kalau dihayun sungguh-sungguh macam tempurung kelapa kepala aku jadinya nanti. Aku lari lintang pukang. Biasanya bila sampai tahap seratus meter, mak aku berhenti kejar. Tapi kali ni dia determined, dah 200 meter aku lari dia masih tak henti kejar. Ni kira dah boleh masuk marathon ni.

Aku dah hilang arah untuk lari, jadi aku ambil keputusan untuk lari balik ke rumah. Mak masih mengejar dari belakang guna giar 5, full speed.

Sampai di rumah aku terfikir spot yang mak tak boleh capai aku. Aku lompat naik ke rumah terus tuju katil adik beradik. Katil tu Queen size dan mempunyai bawah yang sempit. Untuk aku, muatlah. Mak tak boleh masuk bawah katil. Aku ingat dah terlepas, tapi mak determine nak tangkap juga aku.

Aku ingat lagi, terasa kembali peritnya badan, bila mak aku jolok dengan batang penyapu sebab nak paksa aku keluar dari bawah katil. Berdarah muka dan badan kena batang penyapu dijolok mak, aku tak keluar juga. Aku faham benar perangai mak, kalau dia marah, kalau ada pisau di tangan pun dia akan toreh.

Aku menyorok bawah katil harapkan mak tinggalkan aku sendiri.... sambil menangis teresak-esak. Malam dekat berbuka, ayah balik. Mak bercerita versi dia pada ayah, tapi ayah aku lembut sikit bab mendidik ni. Ayah pujuk aku keluar, tak kan mak nak balun depan ayah. Jadi line clear, aku keluar dari katil. Ayah aku ni nampak jer garang tapi dengan anak-anak tak pernah jentik pun apa lagi jolok dengan batang penyapu. Ayah tak tanya apa-apa, dia cuma bawa aku pergi mandi di perigi.
Masa tu aku tengok muka dia gerun bila tengok kesan lebam dan calar penangan mak aku. Lepas lap badan, dia sapu ubat. Lepas berbuka dokong aku ke satu ruang dalam rumah dan mula memujuk aku bercerita. Aku mula menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan tunjukkan wang baki dalam laci, mercun yang aku tikam dan wang hasil jual mercun dan menang main pakau sebagai bukti.
Wang baki ayah aku pulangkan pada mak. Wang untung jual mercun dan main pakau, aku lupa siapa yang ambil. Aku rasa ayah aku ambil buat belanja kawan kat kedai kopi.
Ayah pesan, kalau perlu duit untuk beli yang tak boleh makan, minta dengan dia. Malam tu aku dengar ayah bagi ceramah kat mak (dalam bilik), bagaimana dengan cara tak sengaja mak mengajar anak (aku) jadi pencuri.

Pakcik-pakcik geng pakau tak berani ajak aku main pakau lagi. Abang pekedai dah tak berani offer tikam. Aku rasa lepas kejadian tu, dia terima warning dari mak aku. Puasa tahun tu aku kena pulau dari geng pakau. Mak aku, kalau aku minta duit untuk beli suatu yang tak boleh makan, masih tak bagi. Tapi tak kisah, aku ada ayah untuk minta duit untuk tujuan itu. Kalau ayah tak ada, aku selok kocek seluar dia yang tergantung di pintu. He he...
Mak dengan ayah aku masih sihat. Alhamdulillah aku masih dapat merasakan kasih sayang dari kedua-dua mereka. I love my mom. She is the best mom anyone could have. I was a tough son untuk kanak-kanak zaman tu. Aku dilahirkan bukannya bersama manual. Kadang-kadang mak aku tak tahu bagaimana nak handle aku ni. Tu yang dia hilang sabar guna batang penyapu.

Isnin, 10 Ogos 2009

Bulih Makang Ke Dok?

Hidup zaman dulu, susah. Mak aku dilahirkan dalam keluarga hardcore susah sebab nenek aku meninggal masa dia kecil. Datok abandoned family untuk bina keluarga baru. Mak dibesarkan oleh abang dan adik. Memang sukar, sebab bila sebut aja aku anak siapa, orang tua-tua akan mula cerita struggle mak serta adik-beradiknya.

Bila dah dewasa, mak aku jadi cikgu. Ayah pun cikgu juga, tapi motto mak semasa kecil dipegang hingga aku besar. "Kalau tak boleh makan, tak boleh beli."

Keistimewaan kampung aku, bila bulan puasa aja, wang semacam mencurah-curah. Masa tulah segala aktiviti yang terlarang di bulan lain, diterima. Satu dari aktiviti yang aku maksudkan ialah main mercun, tikam (judi budak-budak), dan pakau (judi orang tua). Semuanya pakai duit, pakai "seng" kata orang Kemamang.

Satu hari, abang pekedai kat kampung aku panggil ala org jual jam tiruan tepi pasar. "Ba'ah, sining.... nok ngecong ke dok? Abang ada ngecong besor, baki tikang, nombor rezab." Abang As, mari sini. Nak mercun atau tidak? Abang ada mercun saiz besar. Lebihan dari tikam, nombor reserved.

"Berapa seng?", aku tanya, interested. "Rege luor, lime rial, aku jual ke mung serial jer." Harga biasa lima ringgit. Abang jual satu ringgit aja.

Mercun tu satu set, saiz macam tnt. Nak letup apa pun boleh. Sapa tak interested. Aku terus berlari ke rumah. Mesti beli mercun tu.

Sampai rumah, mak sedang tidur. Bulan puasa, penat. Apa lagi sebelah pagi mak aku mengajar. Aku pun kejutkan mak. Minta duit seringgit. Soalan mak ringkas aja. "Bulih makang ke dok?" "Tak boleh," jawab aku. "Kalu dok leh makang, dok leh beli". Kalau tak boleh makan, tak boleh beli. Mana nak dapat, seringgit masa tu besar sangat. Gaji mak aku sebagai cikgu masa tu cuma lapan puluh ringgit.

Aku frust, tapi mercun tu mesti dibeli. Orang dulu-dulu cakap,

"Kalau anak minta desperately, beri. Kalau tidak, sama seperti ajar dia jadi pencuri."

Inilah yang berlaku kat aku. Beg tangan akan di hujung kaki mak aku, tapi dia sedang nyenyak. Walaupun tahu akau akan ditembak kalau ditangkap mencuri, aku nekad, sebab mercun tu saiz best giler.

Aku selak celah-celah beg tangan, ada tiga puluh ringgit. Alamak! Tiada duit pecah. Tak apa, aku ambil aje duit sepuluh, nanti pulang balik duit baki.

Aku berlari ke kedai nak beli mercun tu. Abang kedai tu terbeliak mata tengok duit sepuluh ringgit. Masa tu sepuluh ringgit amat besar.

Abang kedai sudah tamak, dia nak bolot semua duit aku. Bila aku minta mercun tu, dia tak bagi. Dia kata, aku boleh dapat mercun dengan harga lagi murah kalau menang tikam. Sebenarnya, dia nak songlap semua sepuluh ringgit tu. Dia buka tikam baru. Ada dua set mercun besar, tapi aku tahu satu set nombor reserve, hanya satu aja yang ku boleh menang. Aku tahu pasal rahsia nombor reserve ni sebab aku pun kaki jual tikam juga.

Aku siat satu keping (lima sen). Bila buka kertas tikam tu, nombor 2. Alamak aku sudah menang mercun idaman aku. Abang kedai cuba suruh aku tikam lagi, tapi aku kata aku dah dapat mercun tu, buat apa tikam lagi.

Aku hulur duit sepuluh, dia pulangkan 9.95. Aku berlari pulang, sebab nak pulangkan baki duit mak yang aku curi tu.

Alamak! Mak dah bangun. Macamana nak pulang ni.... Aku simpan dulu duit dalam laci. Ada peluang, annati aku letak balik dalam beg tangan. Macamlah mak tak dapat beza duit sepuluh ringgit sekeping dengan duit pecah 9.95. Kemudian aku keluar untuk main mercun. Ayah aku dah beri syarat, kalau mercun besar tak boleh main sendiri, kena suruh orang besar cucuhkan.

Kalau orang besar cucuhkan, baik aku jual aja mercun, masih boleh tengok mereka main. Aku offer sebatang pada seorang jiran. Dia bayar 50 sen. Sumbat mercun tu dalam busut anai-anai dan tekup dengan tin susu. Cucuh aja, Booom! mak oi, nasib baik aku tak cucuh sendiri, kalau tidak, tinggal ibu jari ajalah. Busuh tinggal separuh, tin susu hancur. Nasib baik serpihan tin tu tak kena mata. Itulah mainan orang dulu-dulu.

Bila bunyi terlalu kuat, Nik Wan, dalam 20an umurnya terkam dan marah aku main mercun, takut cedera. Dia minta tengok mercun aku. aku tunjuk, terkejut dia. Dia minta beli separuh. Aku jual dengan harga seringgit. Ada baki dalam 6 batang lagi.

(bersambung...)

Pengunjung