Rabu, 26 Ogos 2009

Selera Ramadan

Kebanyakan dari kita, kalau di bulan puasa ialah Gerai atau Pasar Ramadan. Makanan yang biasa-biasa di bulan lain, di bulan ini bagaikan pisang goreng panas.

Kesukaan saya pula, bukannya dari gerai ni, kecuali kalau gerai tu ada jual rojak kateh. Lazimnya kalau di Kuala Terengganu, saya akan ke Pasar Payang dalam pukul 3.00 petang. Satu dari gerai menjual cendawan liar yang dikutip oleh orang ulu. Kalau kebetulan cendawan tiba, saya akan borong semua. Cendawan yang dijual, yang pelik-pelik. Bukan yang warna putih aja, yang kelabu, yang merah pun dijual. Maklumlah, orang Ganu bukannya pandai bagi nama yang sedap-sedap. Semua nama, membunuh selera, misalnya cendawan telinga kera, b*** p**** (mencarut tu) pak pandir, dan entah apa-apa lagi. Bagi saya cendawan adalah satu dari makanan yang mmmph.

Tapi di Lembah Kelang, mana nak dapat semua tu? God I miss Pasar Payang. Di Lembah Kelang, yang ada hanyalah cendawan komersial yang tidak mempunyai rasa yang kuat. Kalau bernasib baik, mungkin terjumpa orang menjual cendawan busut di Pasar Kajang. Hah, kalau nak dapat cendawan yang ummph, kena cari sendiri.

Yang ini, puffball, kutip tepi-tepi semak aja. Saiznya agak besar, sebesar bola takraw. Rasanya kuat, lemak berkrim. Kalau dipotong, keluar aroma seperti rencah mee segera Maggi. Enak kalau digoreng bersama bawang putih. Meleleh air liur. Rasanya kuat. Enak. Tak boleh tahan.




Atau kalau inginkan yang rasa kurang kuat, boleh cuba cendawan payung ni. Tapi awas, mesti betul-betul kenal jenis cendawan. Kalau tidak... tak sempat raya.



Fotografi: Maisarah Ainul Diana

1 ulasan:

wadi noah berkata...

hi uncle,
cendawan puffball ni boleh mkn rupanya..
masa kecik2 dulu slalu ikut abah maen golf n slalu jugak maen pijak2 cendawan ni kat padang golf..xtau pulak ia edible..i learn new thing today..thanks ya.. done follow uncle.. ^_^

Pengunjung