Aku dulu besar di kampung nelayan. Kampung aku masa tu (awal 70an) lebih kurang macam dalam gambar di atas. Bezanya, lumpur kat kampung aku bercampur batang nipah yang reput sebab warga nita kampung aku kerja mematik pucuk untuk dibuat rokok daun.
Masa tu pinggir sungai belum di benteng oleh gomen, jadi banyaklah haiwan jadikannya tempat berlindung. Udang, lokan, crayfish, krill (anak udang dan krustasia lain), ular, lipan pun ada.
Hari ni aku nak highlightkan lipan. Lipan air ni, kecil sedikit dari lipan tanah. Orang tua-tua kata, gigitan lipan air tak sakit. Hulurlah jari kat lipan, biar gigit kalau nak tahu sakit atau tidak. Aku taulah macamana rasanya sebab... (teruskan membaca).
Petang tu air pasang besar. Lipan yang sedang migrate lemas air, jadi semua mencari perlindungan. Mana-mana tiang akan dikerabatnya untuk lari dari air. Bukan seekor, atau sepuluh ekor. Bukan seribu ekor. Laluan lipan tu kira-kira 6 inci lebar, dan lipan bergerak berlapis-lapis dalam tiga inci tunggi sepanjang lumpur di tepi sungai.
Kalau zaman sekarang, orang yang mengutip pasti dapat durian runtuh sebab harga lipan di pet shop dalam RM75 sekilo untuk dijadikan makan ikan arowana dan umpan mancing.
Aku sebagai budding biologist memang minat benda-benda macamni. Aku pun mencangkung memerhati lipan-lipan tu bergerak sepantasnya untuk selamatkan diri sebelum lumpur tenggelam pasang besar. Di hujung sungai beberapa ekor bangau (egret) menikmati hidangan istimewa, lipan migrate hingga bengkak tembolok.
Sedang asyik memerhati lipan, Awi jiran sebelah rumah, senior sikit dari aku mencabar. Sepuluh rial sapa tahang paling lama tahang kaki dalang jalan lipang. Maksudnya, jom kita letak kaki dalam laluan lipan ni. RM10 jadi wang taruhan.
Aku senyap jer. Tak berani sahut cabaran anak jantan warisan pendekar tu. Gila, RM10 walaupun besar, tak berbaloi kalau kena sengat.
Awi masa tu pakai seluar pendek. Aku pakai seluar panjang. Seluar panjang ni kira disadvantagelah sebab tu Awi berani cabar.
Ceh, anak jantan apa, lipan pun takut. Bulu roma aku meremang, adrenalin menembak ke paras gila kerana dicabar. OK, RM10.
Awi senyum, perangkap dia mengena. Aku ingat masa tu aku dalam darjah 4 gitulah. Dia mula hulur kaki ke dalam laluan lipan. Lipan yang tersekat mula memanjat kakinya. Bila naik sampai ke paras paha, dia mula tepis dan tampar lipan. Lipan pun terkejut sebab mana ada orang gila tahan kaki dalam laluannya, apalagi ketika berjuta lipan berpindah randah macam lari dari peperangan. Selepas dalam 30 saat dia lompat keluar dari laluan lipan. Bangga, survived.
Aku tak berfikir panjang, terus hulur kaki dalam laluan lipan tu. Setakat 30 saat, aku yakin boleh beat. Alamak, aku pakai seluar panjang. Lipan dah masuk ke dalam seluar. Aku cuba tepis, mana boleh jatuh. Awi melaung suruh aku lompat keluar, mana boleh, lepas 30 saat baru aku akan lompat keluar. Tak, aku rasa lebih lagi sebab aku tak lompat langsung.
Bila lipan dah naik pampai takat pangkal paha, aku tarik seluar supaya ketat dan lipan tak boleh sengat aku punya b**u. Alamak, bila lipan terkepit dipangkal paha aku dia mula menyengat.
"Alamak, lipan sengat aku". Itu yang aku beritahu Awi.
"Cepat lompat keluar," rayu Awi.
Apa taknya, kalau ayah dia tahu dia cabar aku masuk laluan lipan, pasti kena penampar sulong.
Aku dapat rasakan lipan terkepit mula menyengat aku bertalu-talu. Yang bawah terus memanjat kaki aku. Seluar aku kembang sebab penuh dengan lipan lemas. Awi tolak aku keluar dari laluan lipan. Aku terjatuh dan dia cepat-cepat bukak seluar panjang aku.
Ada lipan yang bertempiaran lari. Yang degil terus menyengat. Ada yang putus tinggal kepala aja, tapi sengat masih terbenam dalam daging paha aku.
Masa tu aku mula rasa sakit, dan air mata mula keluar. Tapi aku ni jenis yang menangis dalam senyap. Awi minta tolong akak dia. Mereka asah akar apa aku pun tak tahu dan sapu kat paha aku. Mata sengatan kat pangkal paha kanan entah berapa ratus aku pun tak tahu. Punyalah banyaknya sengatan hingga tak terasa dah sakitnya. Tak ada ruang yang tak ada tanda sepasang lubang kesan sengatan.
Akak Awi pujuk aku supaya tak beritahu Mi (mak aku), kalau tidak pasti Mi aku report kat ayah dia. Aku angguk tanda setuju. Balik rumah, paha aku mula berdenyut-denyut. Racun lipan mula berkesan dan paha aku mula bengkak. Macam biasalah bila aku kesakitan aku akan pakai kain batik dan berselubung. Bila akau pakai macam tu Mi akan aku tahu ada sesuatu yang tak kena, tapi dia monitor dari jauh aja. Pakai remote, selagi aku hidup, barangkali bagi dia kira aku ok.
Malam tu ayah tanya, kenapa aku tak join makan. Aku dengar mi bagitahu ayah yang ada sesuatu yg tak kena sebab aku berkelubung dalam kain batik. Ayah suruh mi tanya. Lepas makan, mi datang tanya... (bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan