Isnin, 19 Oktober 2009

Batu Belah Batu Bertangkup, Kau...






Sewaktu merakam imej kg nelayan di Melaka tempohari, ada banyak ikan tembakul bermain di lumpur. Ikan ni memang special untuk aku sebab kg aku pun mempunyai sungai air payau dipenuhi bakau, dan pastinya ada banyak ikan tembakul atau yang kecil sedikit, ikan belukur.
Budak-budak sekarang dah jarang melihat ikan ajaib ni, tapi kalau mereka tonton filem melayu klasik, mungkin pernah bertembung dengan ikan ni.
Cerita "Batu Belah" mengisahkan seorang ibu tunggal yang mengidam nak makan ikan telur tembakul. Bila dah dapat telur tu, sianak pula lah yang makan. Ibu merajuk dan membunuh diri dengan terjun ke dalam batu yang menghimpitnya hingga mati.
Aku adalah juga tanya mak aku, kenapa merajuk sampai bunuh diri. Kalau bunuh diri, mak aku kata masuk neraka. Kenapa pula dalam cerita tu mak dia muncul semula pakai telekung, macam ahli syurga aja.
Point aku di sini ialah wayang dulu-dulu adalah satu-satunya sumber maklumat orang zaman itu. Tapi mak oi banyaknya benda-benda yang berlawanan dengan kepercayaan kita yang ditonjolkan. Misalnya, movie melayu pertama, kisah Laila dan Majnun. Majnun tak tumpu belajar kerana nak kan Laila. Bapa Laila sekat sebab Majnun tak kerja dan jadi gila sebab syokkan Laila. Dalam cerita ni, guru dan bapak Laila pula yang jadi jahat. Majnun yang malas belajar, kacau anak dara orang diglamourkan sebagai hero.
Perasan tak cerita orang dulu-dulu, orang kaya dan berjaya diwatakkan sebagai sebagai jahat, kedekut, bodoh, bengis dan macam-macam sifat negatif. Tengok cerita Penarik Beca, Labu Labi, Antara Dua Darjat... Seolah-olah ada orang yang cuba mendidik kaum melayu supaya membenci orang yang berjaya. Semua yang mempunyai sifat negatif sebagai hero. Njum Pak Belalang, malas bekerja hingga anak tanggung dia, menipu pula tu, dikatakan jujur hingga dapat kawin tuan puteri...
Entahlah...

Tiada ulasan:

Pengunjung