Oh ya, masa kecil dulu, ada dua air buih yang aku suka minum. Selain sarsi aku minum Coca Cola. Aku tak ingat bila aku mula dapat tabiat ni. Tapi aku minum Coca Cola sekerap Prof Ungku Aziz makan pisang. Kalau Prof Ungku Aziz pergi Jepun makan pisang, pergi California makan pisang, sebab ia baik untuk otak, aku pula kalau balik sekolah minum Coca Cola, sebab ia melegakan otak aku. Nak tahu kenapa? Terus baca.
Aku ke sekolah, balik sekolah, naik beca. Trip kedua. Trip pertama, datok sedara aku (Tok Su) ambil cikgu dulu. Lepas tu baru ambil aku. Jadi, time balik sekolah aku terpaksa menunggu sorang-sorang kat bawah pokok setapi bercakap dengan semut dan kerengge di perkarangan sekolah SIS, Kemamang. Masa tu, sekolah rendah dan menengah gabung satu sekolah aja. Barangkali sebab tu aku boleh faham bahasa semut dan kerengge.
Aku ke sekolah berbekal makanan dan air teh. Biasanya 4 biji jjepuk bawang (cucor kodok). Aku makan sebiji, yang lain kongsi dengan kawan sebab ada kawan aku tak sarapan dan tidak dibekalkan dengan wang saku. Jadi, ada antara mereka akan datang minta bekalan aku, kata mereka aku anak cikgu pasti makan best. Alhamdullillah, mak ayah aku ada kerja tetap, jadi dapatlah aku supply tiga biji jjepuk bawang untuk dua rakan aku sarapan hampir setiap hari persekolahan. Satu lagi aku makan.
Mak aku bekalkan 20 sen sehari, kira besar untuk standard kawan-kawan aku. Tapi aku tak membeli di kantin waktu rehat. 20 minit, mana cukup masa. Lagi pula saiz aku kecik, asyik kena kutok aja. Jadi duit tu aku simpan untuk belanja di kantin ketika habis waktu persekolahan. Sebelum tunggu Tok Su dengan becanya, aku singgah di kantin dulu. Ini pecahan perbelanjaan aku.
5 sen, nasi lemak, sambal, seekor ikan dan sekerat keropok lekor goreng.
15 sen, Coca Cola dalam botol bercekik.
Masa tu aku tak tahu kenapa, aku mesti minum Coca Cola. Bukannya best sangat, banyak angin dan buat sendawa. Warna hitam, tak menarik langsung untuk kanak-kanak. Tapi aku mesti juga minum Coca Cola.
Lepas makan, aku minum Coca Cola sambil memerhati pelajar sekolah menengah pulang. Yang aku suka perhati, seorang akak yang gelemer masa tu. Cara dia berjalan, melayan cikgu... Pandai sungguh akak tu bercakap. Kalau aku besar nanti, apa yang akan aku bualkan dengan cikgu aku ya?
Ada juga abang sekolah menengah datang menegur, minta air soda hitam aku tu. Dengan tak rela aku tuanglah sikit. Satu hari, ada abang pakai songkok usang datang depan aku.
Dia kata,
“Dik abang nok kabor ning.”
“Amende bang?” Aku tanya.
“Mung kecik-kecik minung air buih, besor bila-bila minung arok.” Nasihat abang tu.
Maksudnya lebih kurang,
“Awak kecil minum soda, besar nanti minum arak.”
Pandai lah engko. Jeles lah tu. Bro ‘ustaz’ songkok ni masih hidup lagi. Aku jumpa bro ni masa aku outing ambil gambar kat kl waktu malam, keluar dari pub. Rupanya dia yang bila tua-tua ni “minung arok”. Tu lah, kata kat orang.
Mengetuk dulang paku yang serpih.
Mengutuk orang, dia yang lebih.
Sorry bro. Nasihat kau tu bagus, tapi pakai sendirilah.
Balik semula kisah Coca Cola. Tabiat minum Coca Cola ni padam bila rasa Coca Cola tidak sama lagi. Aku ingat ketika aku darjah 5. Aku dah tak dapat rasa kepuasan atau kick yang aku ketagihkan setiap hari.
Bila aku dah pergi jauh belajar, aku ambil lah subjek Organic Chemistry. Dalam satu kelas, aku didedahkan dengan ramuan istimewa dalam beberapa jenis minuman. Barulah aku tahu, apa itu ramuan rahsia yang aku tak boleh tinggalkan tu. Rupa-rupanya, ramuan istimewa Coca Cola tahun 70an ialah cocaine dan caffeine. Sekitar pertengahan 70an barulah ramuan tu dikeluarkan dari Coca Cola kerana Cocaine tidak dibenarkan lagi diletakkan dalam minuman komersial. Ohh sebab itu lah aku dah tak rasa kick bila minum Coca Cola. Aku tersenyum aja bila baca case study yang pensyarah aku persembahkan hari tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan