Isnin, 27 Julai 2009

Burung Murai

Hari ini kereta ku buat hal. Tak mahu hidup. Start hingga bateri kong, tak juga mahu hidup. Entah apa masalahnya. Tengahari, terpaksa hantar anak ke sekolah. Hmmm, nampaknya jalan kaki lah ke sekolah. Antara rumah dan sekolah, kami terpaksa merentas sungai. Guna jambatanlah, bukan mengharung sungai. Inikat tahun 2009, bukannya 1969.


Sambil berjalan, aku disapa oleh sepasang murai. Merdu nyanyiannya. Mengingatkan aku kampung halaman. Masa aku kecil dulu, inilah satu-satunya jenis burung yang dapat terbang dekat dengan rumah kami tanpa dilastik. Sebabnya, mudah. Burung murai dianggap sial. Sesiapa membunuh atau mengurung murai dalam sangkar, pasti akan mendapat bencara. Suwei! Kata orang tua-tua.

Murai memang burung istimewa. Pagi-pagi ia akan berkucau dengan nada yang amat merdu. Makanannya, ulat. Pasti itu membawa kebaikan kerana dengan kehadiran murai, buah jambu, buah belimbing, dan entah apa-apa buah lagi tidak berulat.

The idea membuka kedai haiwan kesayangan adalah suatu yang mustahil ketika saya kecil dahulu. Orang tak beli kucing. kalau mahu, boleh minta dengan jiran yang mempunyai kucing yang hamil. Bila kucing beranak dan lepas menyusu, boleh bela anak kucing tersebut.

Bila sebuah kedai haiwan peliharaan dibuka dipekan Cukai, semua orang terkejut. Kedai itu dikenali sebagai "Kedai Burung". Siapalah yang mahu beli kucing. Mahal pulak tu. Burung? Lagilah menghairankan. Burung nuri, ada berjuta di Padang Kubu. Burung punai, ayah aku tembak, bawa balik sebesen untuk dimakan. Burung wak wak, tahan pukat aja. Burung murai? Siapa tangkap dia akan kena bencana! Suwei.

Suatu hari mata aku terbeliak. Burung murai yang telah cacat bulunya (mungkin terkena getah perangkap) terkurung dalam sangkar tergantung dalam Kedai Burung. Aku tidak dapat terima hakikat yang aku lihat. Burung murai dalam sangkar. Pasti tahun ni Banjir Besar. pasti Tokei kedai ni akan mati kemalangan dilanggar basikal (masa tu yang banyak atas jalanraya ialah basikal).

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Burung tu masih dalam sangkar di kedai burung. Tokei masih hidup. Banjir besar pun tetap hanya berlaku sepuluh tahun sekali.

Bila aku masuk sekolah menengah, barulah aku tahu burung tak der sialnya, kecuali burung yang kena selesema. Itulah orang dulu-dulu. Macamana caranya nak kekalkan sesuatu? Gunakan teknik "scare". Kalau tiada suwei, pasti burung murai dah lama pupus. Nada nyanyainnya yang merdu pasti akan membuatkan mereka disumbat ke sangkar. Patutlah sekarangni jambu depan rumah aku berulat. Ke mana perginya sang murai?

2 ulasan:

mimie berkata...

credit to this entry. i dont know much about murai.but now i do..thanx

Biah berkata...

Congrates, after no post for a few months you are blooging again. I laughed so much when reading it outloud to my daughter Nadia. You and your words. I know you have the talent to be a good writer. Keep up the good work. hahaha.........

Pengunjung