Hidup zaman dulu, susah. Mak aku dilahirkan dalam keluarga hardcore susah sebab nenek aku meninggal masa dia kecil. Datok abandoned family untuk bina keluarga baru. Mak dibesarkan oleh abang dan adik. Memang sukar, sebab bila sebut aja aku anak siapa, orang tua-tua akan mula cerita struggle mak serta adik-beradiknya.
Bila dah dewasa, mak aku jadi cikgu. Ayah pun cikgu juga, tapi motto mak semasa kecil dipegang hingga aku besar. "Kalau tak boleh makan, tak boleh beli."
Keistimewaan kampung aku, bila bulan puasa aja, wang semacam mencurah-curah. Masa tulah segala aktiviti yang terlarang di bulan lain, diterima. Satu dari aktiviti yang aku maksudkan ialah main mercun, tikam (judi budak-budak), dan pakau (judi orang tua). Semuanya pakai duit, pakai "seng" kata orang Kemamang.
Satu hari, abang pekedai kat kampung aku panggil ala org jual jam tiruan tepi pasar. "Ba'ah, sining.... nok ngecong ke dok? Abang ada ngecong besor, baki tikang, nombor rezab." Abang As, mari sini. Nak mercun atau tidak? Abang ada mercun saiz besar. Lebihan dari tikam, nombor reserved.
"Berapa seng?", aku tanya, interested. "Rege luor, lime rial, aku jual ke mung serial jer." Harga biasa lima ringgit. Abang jual satu ringgit aja.
Mercun tu satu set, saiz macam tnt. Nak letup apa pun boleh. Sapa tak interested. Aku terus berlari ke rumah. Mesti beli mercun tu.
Sampai rumah, mak sedang tidur. Bulan puasa, penat. Apa lagi sebelah pagi mak aku mengajar. Aku pun kejutkan mak. Minta duit seringgit. Soalan mak ringkas aja. "Bulih makang ke dok?" "Tak boleh," jawab aku. "Kalu dok leh makang, dok leh beli". Kalau tak boleh makan, tak boleh beli. Mana nak dapat, seringgit masa tu besar sangat. Gaji mak aku sebagai cikgu masa tu cuma lapan puluh ringgit.
Aku frust, tapi mercun tu mesti dibeli. Orang dulu-dulu cakap,
"Kalau anak minta desperately, beri. Kalau tidak, sama seperti ajar dia jadi pencuri."
Inilah yang berlaku kat aku. Beg tangan akan di hujung kaki mak aku, tapi dia sedang nyenyak. Walaupun tahu akau akan ditembak kalau ditangkap mencuri, aku nekad, sebab mercun tu saiz best giler.
Aku selak celah-celah beg tangan, ada tiga puluh ringgit. Alamak! Tiada duit pecah. Tak apa, aku ambil aje duit sepuluh, nanti pulang balik duit baki.
Aku berlari ke kedai nak beli mercun tu. Abang kedai tu terbeliak mata tengok duit sepuluh ringgit. Masa tu sepuluh ringgit amat besar.
Abang kedai sudah tamak, dia nak bolot semua duit aku. Bila aku minta mercun tu, dia tak bagi. Dia kata, aku boleh dapat mercun dengan harga lagi murah kalau menang tikam. Sebenarnya, dia nak songlap semua sepuluh ringgit tu. Dia buka tikam baru. Ada dua set mercun besar, tapi aku tahu satu set nombor reserve, hanya satu aja yang ku boleh menang. Aku tahu pasal rahsia nombor reserve ni sebab aku pun kaki jual tikam juga.
Aku siat satu keping (lima sen). Bila buka kertas tikam tu, nombor 2. Alamak aku sudah menang mercun idaman aku. Abang kedai cuba suruh aku tikam lagi, tapi aku kata aku dah dapat mercun tu, buat apa tikam lagi.
Aku hulur duit sepuluh, dia pulangkan 9.95. Aku berlari pulang, sebab nak pulangkan baki duit mak yang aku curi tu.
Alamak! Mak dah bangun. Macamana nak pulang ni.... Aku simpan dulu duit dalam laci. Ada peluang, annati aku letak balik dalam beg tangan. Macamlah mak tak dapat beza duit sepuluh ringgit sekeping dengan duit pecah 9.95. Kemudian aku keluar untuk main mercun. Ayah aku dah beri syarat, kalau mercun besar tak boleh main sendiri, kena suruh orang besar cucuhkan.
Kalau orang besar cucuhkan, baik aku jual aja mercun, masih boleh tengok mereka main. Aku offer sebatang pada seorang jiran. Dia bayar 50 sen. Sumbat mercun tu dalam busut anai-anai dan tekup dengan tin susu. Cucuh aja, Booom! mak oi, nasib baik aku tak cucuh sendiri, kalau tidak, tinggal ibu jari ajalah. Busuh tinggal separuh, tin susu hancur. Nasib baik serpihan tin tu tak kena mata. Itulah mainan orang dulu-dulu.
Bila bunyi terlalu kuat, Nik Wan, dalam 20an umurnya terkam dan marah aku main mercun, takut cedera. Dia minta tengok mercun aku. aku tunjuk, terkejut dia. Dia minta beli separuh. Aku jual dengan harga seringgit. Ada baki dalam 6 batang lagi.
(bersambung...)

3 ulasan:
tak interested dengar bunyi mercun...tapi aku lebih interested nak tau kesudahan ibumu kehilangan 5 sen tu!
zaman saya main meriam buluh....selalunya orang besar yang ajar budak lelaki ni..lepas tu naksalahkan budak2 pulak bila depa buat sendiri...ayah saya yang buatkan meriam buluh untuk adik lelaki....kalua main mesti ayak ada...sekarang ni kat kampung saya di kampar perak..masih ada lagi aktiviti meriam buluh..macam zaman jepun jer ..berdentum dentam..nak tidur pun tak leh....last call jer police baru budak2 ni lari lintang pukang/....
tapi dari kecik u ni entrepenuer lar....heheheh
Is, aku pun mcm Zan, x abo nak tunggu ending cite mung ni.
Catat Ulasan