Siapa lahir bulan satu yer....
oh yer, Happy Birthday Badrul Hisham Ahaari, dan Narizan Husin, our cikgu math.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan happy selalu.
Rabu, 30 Disember 2009
Gajah gajah gajah, bahagian 2
Ceritanya begini. aku masih ingatlah beberapa rutin Mi (mak aku) di waktu magrib. Tangga dapur rumah guru di Seberang Tayor, Kemaman ada gap. Ular, kala, jengking, lipan, boleh menyelinap dari situ. Di sebabkan rumah tu tiada elektrik, Bila gelap, mana-mana sumber cahaya akan jadi tarikan.
Bila dia ternampak kala atau lipan masuk rumah, tindakan pertama ialah letak anak anak atas kerusi atau meja supaya tidak terpijak makhluk tu. Kemudian ke dapur ambil bocong air panas, atau letakkan sedikit air ke dalam cerek dan panaskan. Ini pasti memakan masa yang lama jugak sebab mana ada dapur gas zaman tu. Rumah kami pakai dapur minyak.
Kemudian, Mi akan curah air panas ke atas makhluk tu. Kesian, dosa dia hanya terceroboh masuk rumah manusia. Hukumannya, curah air panas hingga mati. Macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok tu, abis penyamun mati.... panas panas panas.
Hah, panjang juga proses tu, tapi makhluk penceroboh tu tak lari. Kenapa? Bila mak aku spot makhluk berbahaya tu, dia akan kata berulang kali, "Gajoh Gajoh Gajoh...." Entah kenapa, bila dengar ayat tu, makhluk makluk tu berhenti merayap, dan menunggu ajal.
Kalau ular masuk rumah macamana pula, tak lah gajoh... sebab dengan Mi sekali lari keluar rumah. Terpaksalah kami tunggu ayah pulang dan setelkan masalah tu.
Ha, kisah ular masuk rumah ni pun aku masih ingat... nanti boleh cerita.

Isnin, 28 Disember 2009
Gajah gajah gajah
Pernah tengok kala jengking secara life? Masa aku kecil,dulu, kalau beli payung yng punyai kerangka buluh, standard lah. It comes with seekor dua kala jengking. Warna light brown lebih kurang saiz ibu jari. Aku tak pernah kena sengat jengking ni tapi aku minta jauh.
Yang lebih menakutkan adalah kala, warna hitam kemerahan, saiz sebesar tapak kaki. Kalau kena, pengsan.... Kenapa? Tak percaya?
Masa aku kecil dulu, mak dan ayah mengajar di Sekolah Kebangsaan seberang tayor, kawasan felda yang baru dibuka. Masa tu, rumah kami (rumah guru) tak ada elektrik. Tiap-tiap petang ayah akan pam lampu spirit untuk terangkan malam kami.
Cahaya lampu di tengah belantara akan menarik pelbagai jenis serangga dan arachnida... lelabah sebesar tapak tangan, kala dan kadang-kadang reptilia panjang bergelar sang tedung.
Kala, kira standard lah masuk dapur waktu magrib, terutamanya hari hujan. Apa kaitannya dengan gajah? Kena sabar sebab bersambung...
Rabu, 23 Disember 2009
Isnin, 21 Disember 2009
Kucing Belon
.:The Black Cat II:. by =moroka323 on deviantART
Di kampung aku masa aku kecil dulu, ada banyak kepercayaan yang pelik-pelik. Biasanya kepercayaan tu berkisar dengan supernatural, Apa-apa saja yang tak dapat dijelaskan pasti berkait dengan supernatural.
Satu dari benda yang ditakuti ialah "kucing belon". Khabarnya kucing belon adalah kucing hitam yang mengeluarkan bunyi seram di waktu malam. Ia dijadikan senjata oleh ibu-ibu untuk takutkan anak-anak jika anak terbangun di waktu malam. Itu perkara biasa, tiada kaitan dengan supernatural.
Yang aku nak highlightkan di sini ialah kaitan orang mati dan kucing. Masa tu orang kampung aku percaya kalau ada saudara yang meninggal, mesti dipastikan tiada kucing melompat jenazah. Kalau berlaku, mayat akan tersentak bangun.
Ketika arwah Tok Teh aku meninggal, rumah mak saudara aku ada banyak kucing. Orang-orang tua nervous takut kalau-kalau kucing melangkah mayat Tok Teh. Aku tanya mak saudara aku, kenapa... dia jelaskan pada aku, ada orang yang dah mati, masa mayat terbujur di atas katil, ada kucing melompat terjatuh atas mayat, mayat terbingkas seolah-olah terduduk. Aku soal mak saudara aku, aku tak nak Tok Teh mati lagi. Kalau boleh biarlah kucing melompat atas Tok Teh, sebab aku nak Tok Teh bangun. Aku tak nak Tok Teh kesayangan aku tu mati lagi.
Orang tua-tua tertawa dengan request aku tu, tapi mereka jelaskan, masa Tok Teh dah sampai untuk naik ke atas sana. Kalau time mereka pun, mereka tak nak aku suruh kucing melompat atas mereka...
Sabtu, 19 Disember 2009
Ketam O Ketam, Bahagian 3
Jiran sebelah rumah aku (yang juga saudara aku) masa tu mempunyai suami yang sakit. Anaknya (Hamdan) masa tu darjah 3. Ayah ada buat kelas malam untuk tolong anak-anak kampung belajar secara percuma, jadi Hamdan adalah seorang dari anak-anak yang datang belajar di waktu malam di rumah kami. Ayah masa tu baru habis ambil kursus, jadi berkobar-kobar buat ABM (alat bantu mengajar) untuk mencari kaedah yang paling berkesan untuk anak-anak kampung kuasai kemahiran membaca. Hamdan adalah antara anak harapan ayah sebab dia cepat faham apa yang diajar. Masalahnya, ayah Hamdan sakit. Kaki kena potong sebab "kencing mani". He he, itu kata mak Hamdan, berulang kali kami perbetulkan, tetap juga "kencing mani" yang disebutnya.
Yang pasti, hidup mereka melarat sebab Mak Yah, mak si Hamdan terpaksa mengambil alih tugas ayahnya yang uzur. Suatu hari Hamdan bawa balik duit. Setelah dipersoal, Mak Yah dapat tahu Hamdan jual ketam nipah hasil membitol.
Masa tu Hamdan baru lepas peperiksaan. Keseluruhan darjah 3, hamdan dapat nombor 3. Mak Yah tak kisah Hamdan dapat nombor berapa, sebab nombor dalam periksa bukan boleh makan. Duit yang dibawa hamdan pulang, itu boleh beli makanan. Ketam nipah boleh dijual kepada orang cina. Apa-apa orang cina makan ada harga di kampung kami.
Bila persekolahan tahun berikutnya, Mak Yah announce, hamdan diberhentikan sekolah. Ayah cuba pujuk, tapi Mak Yah tetap dengan pendiriannya. Ayah kata, sayang sebab hamdan budak pintar. Pintar bukannya boleh makan. Ke sekolah memerlukan duit, pitis, "seng" kata orang Kemamang.
Jadi Hamdan pun gembiralah dengan sampan kecilnya, membitol ketam. Memabwa pulang wang hasil jualannya. Mak yah dapatlah sesuap nasi hasil titik peluh anak bongsu kesayangannya.
Suatu hari, semasa Mak Yah mematik pucuk, aku berpeluang bertanya. Mak Yah kata, abang serta kaka Hamdan semua habis sekolah sampai SPM. Tapi apa faedahnya. Nak ambil SPM pun kena pakai duit. nak sampung ke universiti,pasti tak dapat. Bukannya ada kerbau lembu nak dijual untuk bayar pendaftaran, untuk tambang ke Kuala Lumpur.
habis sekolah pun bukannya dapat kerja macam yang digembar gemburkan. setakat boleh membaca pun cukuplah. Sekurang-kurangnya Hamdan dah bawqa balik rezeki. kalau anak sebaya Hamdan dah habis sekolah, masa tu (lapan tahun dari sekarang), hamdan mungkin dah jadi jeragan.
Kita yang ada jalan untuk cari duit memang fikir kesian Hamdan terpaksa berhenti sekolah. Untuk yang perut lapar, makanan itu adalah segala-galanya. Lepas makanan, kita perlukan pakaian, lepas pakaian, tempat tinggal, lepas itu baru pendidikan. Mak yah, tahap pertama belum lepas iaitu makanan. Jadi siapalah aku masa tu nak menilai.

Khamis, 17 Disember 2009
Barang Yang Dihargai
setiap orang ada barang yang amat dihargai. Barang ini tak semestinya mahal, tapi pada orang yang menghargainya, ia amat berharga. Apakah barang yang anda hargai, yang anda treasured the most? Sila response melalui Comments.
Selasa, 15 Disember 2009
Ketam O Ketam, Bahagian 2
Kehidupan di kampung aku di awal 70an amatlah susah. Keluarga yang ada suami susah kerana pada masa itu nelayan naik perahu layar, manalah mampu pergi jauh. Kelar pula menangkul, lima atau nam bot sekali keluar, berkongsi satu pukat. Bayangkan, hasil terpaksa dibahagi kepada berapa orang.
Kalau balu, lagilah susah. Mana nak jaga anak, mana nak keluar cari rezeki. Tapi yang lebih melarat ialah keluarga yang ada suami yang uzur. Apa tidaknya, suami kena jaga dengan tumpuan sepenuhnya, ubat, kalau ke hospitalpun, belanja lagi, anak-anak perlu makan, pakaian, tempat tinggal, isteri kena jadi nurse, nanny, dan keluar cari rezeki. bukan macam sekarang, kalau kerja, malas pun hujung bulan dapat gaji.... Kalau dulu, kerja tak ada, duit, makanan kena keluar cari sendiri. kais pagi makan bukan lepas.
Bersambung...
Isnin, 14 Disember 2009
Ketam O Ketam
Last week ke Kuantan. Hujan lebat sepanjang hari... Aku tersadai di Peramu. Sambil lalu di tepi jalan, tergantung ketam nipah di bangsal ikan fresh. Sekilo masuk periuk steamer jadi habuan malam tu. Ketam nipah ada cerita dalam hidup aku sebagai budak kampung. Nanti cerita panjang. Kuar ambil gambar dulu...
By the way, isi ketam ni.... manis....
Jumaat, 11 Disember 2009
Lena
Umur 6 bulan, susah nak ambil gambar kalau tak tidur. Puteri sangat aktif terutamanya bila excited. Ni sedang tidur, bolehlah curi-curi snap.
Khamis, 10 Disember 2009
StarBuck Blues
Bercelaru, tiada fokus, dan StarBuck Blues. Inilah keadaan penulis di penghujung tahun. Masih banyak kerja penulisan yang terhutang, masih banyak idea yang terbengkalai. Semuanya harus disiapkan supaya tahun depan dapat mulakan lembaran baru, idea baru, segalanya baru....
Mana harmonika ni, lagu StarBuck Blues terngiang di telinga.
Khamis, 3 Disember 2009
You have won a zillion dollar!
You have won a zillion dollar! Begitulah lebih kurangnya beberapa e-mel yang memenuhi inbox aku hari ni. Menang loteri.... eh bukankah kalau nak menang loteri, kena beli tiket dulu.
Kisah menang besar ni aku teringat kat ayah dan mi (mak) aku masa aku kecil-kecil dulu. Mister posto hantar surat dengan lace reben warna emas. You have won... terpampang besar gambar BMW, kereta impian ayah aku. Ketar tangan ayah buka sampul tu. Ada pula kotak terukir bentuk kunci kereta. Ayah buka surat tu, baca dengan penuh semangat bersama kamus di tangan, maklum sajalah bahasa orang putih yang tinggi tinggi, ayah kenalah rujuk kamus dulu.
Itulah permainan Reader's Digest untuk memancing orang supaya berlanggan. You don't have to subscribe to win... itulah katanya. tadi kata dah won, rupa-rupanya baru eligible to win. Mana boleh take chances, mesti subscribe ni. Mi, walaupun Reader's Digest dok buleh makang, akur... manalah tahu dapat BMW sebiji.
Maka tahun tu dapatlah aku baca majalah Reader's Digest selama setahun hasil langganan ayah. Kereta BMW yang dinantikan tak kunjung jelma. Tapi kira OKlah, majalah tu artikelnya taklah panjang sangat. Bolehlah aku improvekan sikit tahap pengetahuan English aku....

Langgan:
Catatan (Atom)