Lama kemudian, ketika masih belajar aku ke Price Chopper, pasaraya membeli belah yang lain untuk membeli barang dapur. Di satu sudut bahagian sayur terdapat banyak pasu plastik berisi pokok kacang pea dengan buah (pod) nya sekali.
Aku merasa hairan mengapa jual pokok kacang pea yang rimbun dengan buah dalam pasu. Aku bertanya seorang perempuan setengah abad yang sedang memilih pokok dan memasukkan ke dalam troli. Dia mula memberi penjelasan. Barulah aku tahu. Rupa-rupanya, kacang pea memang manis rasanya. Tetapi, sepelas dipetik kacang akan mula menukar kandungan gula di dakamnya kepada karbohidrat. Jadi makin lama kacang yang telah dipetik tersimpan, makin kurang rasanya manisnya.
Patutlah kacang yang kami tanam ketika kecil dulu manis rasanya. Jadi, rakan-rakan, kacang pea yang paling enak rasanya adalah kacang pea yang baru dipetik. Ingin dapatkan yang terbaik, perlu tanam sendiri.
Sabtu, 9 Oktober 2010
Selasa, 28 September 2010
Menjalar
Sahabat saya (a guy) terpaksa balik kampung kerana ada tanggungjawab yg perlu diselesaikan. After a long period of struggle he boarded a bus back to metropolis. Penat, serabut, dan entah apa-apa lagi yg dirasanya kerana masalah yang perlu diselesakan masalah yang besar dan mencabar.
Dalam bas, dia berkongsi seat dengan seorang pakcik. Macam pakcik surau katanya. Macamana pakcik surau? Entahlah.
Bila bas mula bergerak, dia pun terus lena. maybe ketika terlena, dia tersandar kat paksik tu menghantar wrong signal. Tapi dia tak sedar. My sahabat ni bukan gay atau bi. Dia ada gf dan jijik tgk eksoz kereta. Bi kalau tgk eksoz kereta, air liur meleleh.
Tiba-tiba dia terasa ada benda terbang kat hidung dia, jadi dia tersedar dan ingin mengibas benda terbang tu tapi tangan dia dah tersangkut. Dia tersedar dan baru terasa, belakang tangannya dicekau oleh pakcik tu.
Bahagian depan terasa lembut-lembut keras seperti memgang suatu yang lembut panas tapi seolah-olah bertulang. Rupa-rupanya pakcik tu dah tarik tangan dia untuk pegang unicorn antara pusat dan lutut sebesar, Katanya tak pernah tau unicorn boleh membesar ke saiz itu.
Hmm... Pakcik tu tanya,
"Best tak pegang pak cik punya. Besar ke tak?"
Apa response dia saya tak pasti, tapi jika rakan-rakan lelaki berada dalam situasi sedemikian, what will you do?

Sabtu, 18 September 2010
Semanis Kacang Pea
Sebagai seorang kanak-kanak, sebelah petang aku selalu ikut ayah berkebun. Ayah aku, kalau tak bercamping dengan budak-budak pengakap, berbincang suatu isu atau persoalan dengan ustaz antara waktu magrib dan isyak, atau selepas subuh, dia akan berkebun. Aku adalah gardening partner ayah. Orang lain tak boleh ikut sebab dengan Vespa, ayah hanya mampu bawa aku dan perkakasan kebun sahaja.
Satu seksyen ayah tanam pokok saka, satu seksyen lagi ayah tanam sayur. Jenis sayur ditukar untuk mengelakkan penyakit dan mengekalkan kesuburan tanah. Satu dari tanaman ayah ialah kacang pea. Aku masih ingat lagi betapa manisnya isi kacang tersebut walaupun kacang tersebut masih muda. kadang-kadang ayah juga akan kutip pucuk kacang untuk dijadikan ulam dan sayur.
Hanya kawan-kawan yang pernah merasa sahaja yang akan faham betapa enaknya kacang pea yang baru dipetik. Kemudian, aku terpotong dari aktiviti berkebun kerana aku berjaya ke sekolah berasrama penuh. Hanya sesekali aku akan melencong ke kebun orang sekeliling ketika dibenarkan keluar ketika aktiviti merentas desa. Manisnya kacang pea tidak lagi aku rasai.
Apabila aku sambung belajar ke New York, aku ternampak sebungkus kacang pea dengan label "snowpea" terjual di Shop Rite, pasaraya tempat aku membeli barang dapur. Tanpa berfikir panjang, satu bungkus ku sambar dan masukkan ke dalam troli.
Tiba di rumah aku keluarkan paket kacang pea dan ingin menggoreng (stirfry) malam itu juga. Dengan teruja aku berniat utk makan nasi dengan banyak malam itu. Bila aku menjamah goreng kacang yang lembut itu, air muka aku berubah. Bukan kerana keriangan tetapi kerana kekecewaan. Manis kacang pea yang aku harapkan tidak dapat dirasai.
(bersambung...)

Rabu, 1 September 2010
Gula oh Gula (Bahagian 4)
Halwa kundur atau gula batu, dua-dua masih juga gula berasaskan tebu. Sebenarnya apa-apa sahaja sumber yang manis boleh menggantikan gula. Pernah cuba letakkan kismis ke dalam teh untuk menggantikan gula. Rasa manisnya halus dan memang enak, kalau kena dengan jenis teh yang dibancuh.
Kismis boleh dijadikan pemanis
Pemanis dari buah bukannya perkara baru. Aku pernah terbaca, suatu ketika dahulu, pemanis yang digunakan dibuat dari jus tembikai. Bukan buah aja yang boleh dijadikan pemanis atau gula. Aku pernah beli gula yang diproses dari rumput. Rumput dan tumbuhan lain asasnya adalah selulosa, iaitu polimer glukosa, sejenis gula ringkas.
Kalau inginkan pemanis yang lebih padat dengan tenaga, boleh juga cuba sirap jagung. Sirap jagung memang manis, tetapi rasa dia lain sedikit. Mungkin ada yang suka. Aku kurang suka sebab tiba-tiba sahaja diri tidak boleh duduk diam dan ingin melakukan berbagai aktiviti. Terlebih tenaga. Mulalah rasa nak menyangkul. Kalau ada tanah, bolehlah menyangkul. Kalau tak ada tanah, cangkul lah apa-apa yang boleh dicangkul. ;P
Sirap jagung, manis pekat dan padat dengan tenaga.
Ada juga orang yang mahu pemanis tetapi tidak mahu kalorinya. Ini golongan yang membawa tayar spare walaupun mereka bergerak tanpa tayar. Boleh juga dicuba pemanis tanpa zat aspartame. Tapi pemanis tiruan ni ada rasa pahit selepas diminum. Biasanya orang kurang senang dengan "after taste" tersebut. Rasanya seakan-akan pemanis asli dari daun stevia, yang juga ada "after taste." Aku pernah beli serbuk pemanis ni, barang tempatan, khabarnya ditanam di Melaka. Sekarang aku pun ada tanam herbal stevia ni, tapi tak cukup untuk dijadikan serbuk. Hanya sekadar untuk amazekan kawan-kawan yang berkunjung ke rumah.
Mi, bonda kesayanganku ada diabetes, sejak dulu lagi kena kawal pemakanan. Dia memang kuat makan manis. Pemanis alternatif yang digunakan ialah madu. Aku pun hairan macamana Mi yang ada diabetes boleh minum pemanis dari madu, tapi it works. Tapi bila beli madu, dia akan cerewet sebab takut terbeli madu tiruan. Madu pun ada tiruan. Pelik pelik, tapi ada benarnya. Untuk minum teh, kalau dicampur madu aku suka Manuka, iaitu madu lebah dari ladang teh manuka. Rasanya kuat sedikit, tapi puas bila minum teh dicampur madu manuka.
Madu, enak dicampur ke dalam teh.
Walau apapun, kredit patut diberikan pada orang-orang kampung yang sambil sambil minum nira mengacau kawah membuat manisan kelapa. Gula warisan nenek moyang kita ini adalah paling best. Boleh dibancuh bersama teh, kopi atau apa-apa sekali pun. Kebiasaannya aku minum teh tanpa gula, tapi kalau aku kepingin teh yang manis, manisan kelapa adalah pilihan pertama aku.
Manisan kelapa, you are the best.
Khamis, 26 Ogos 2010
Gula Oh Gula (Bagahian 3)
Kalau kawan-kawan biasa minum teh tanpa gula, pasti tahu apa yang saya maksudkan. Ia rasanya lebih puas. Gula yang terlalu banyak kadang-kadang menenggelamkan rasa teh, terutamanya jika minum teh wangi, teh bunga kekwa, perasa buah atau lain-lain. Tetapi kadang-kadang tu nak juga ditambah pemanis, tapi tak nak yang sekuat gula. Bila saya perhatikan, memang kita ada banyak opsyen. Orang melayu mungkin jarang mencuba opsyen lain, tetapi orang cina memang dah biasa.
Kalau ke Pasar Kajang di hujung minggu akan ada orang tua menjual ikatan tebu liar. Bila ditanya, untuk direbus dengan teh cina katanya. Saya pernah cuba, memang enak kalau dijadikan pemanis alternatif sebab rasanya lebih halus seakan-akan rasa gula batu.
Gula batu, satu lagi alternatif untuk dijadikan pemanis teh. Rasanya memang lebih enak jika berbanding dengan gula. Tapi jauhkan dari kanak-kanak... Atau mereka akan luruh gigi dalam masa terdekat. Saya sendiri akan memilih gula batu jika diberi pilihan kerana rasanya yang lebih halus dari gula pasir.
Gula batu... Rasanya lebih halus dari gula pasir dan lebih enak dijadikan pemanis teh.
Kalau dengan kopi? Saya lebih suka kopi tanpa gula.
Saya pernah minum di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Selain dari paket gula, mereka hidangkan halwa kundur. Pemanis ini adalah labu kundur yang diawet menggunakan gula. Ia amat enak dijadikan pemanis teh cina. Dua keping sudah cukup untuk secawan teh. Hmmmmm.... enaknya.
Bersambung...

Rabu, 25 Ogos 2010
Gula oh gula (Bahagian 2)
Ada pula yang takut dengan gula ni. Maka mereka pun mencarilah pemanis tiruan tanpa zat. Kononnya pemanis tiruan ni bagus untuk kesihatan. Macam-macam nama manis yang digunakan. Dulu mereka guna saccharin, lepas tu mereka dapat tahu saccharin penyebab kanser. Makan terasa bodohlah mereka yang fikir saccharin baik untuk kesihatan. Banyaklah bisnes yang guna Saccharin lingkup. Yang bocorkan rahsia Saccharin bahaya terasa menyesal bila tengok kilang tutup, mak saudara dan pak saudara hila pekerjaan. Kemudian mereka cari benda lain, jumpa Aspartame. Tapi tak ada siapa berani kacau Aspartame ni. Takut banyak pula kilang akan tutup nanti. Ibu-ibu mengandung minumlah minuman dengan tanpa zat, biar anak bantut...
Kalau pemanis tiruan bagus untuk kesihatan, mengapa secara universal manusia nak kan gula? Secara semulajadi manusia perlukan gula. Kalau tak percaya, jadi stranger dan tawarkan kanak-kanak gula-gula.
"Pak cik ni stranger, pak cik nak bagi gula-gula."
Mereka ambil tak? Walaupun mak bapak cakap beratus kali, jangan ambil gula-gula dari stranger, secekup gula-gula dicekupnya. Budak tu tak hilang, tapi gigi luruh sebatang sebatang....
Gula ni macam minyak juga untuk kereta. Ia menjadi fuel untuk kita bergerak cergas. Bila outing, apa yang aku buat telan sesudu aja glukosa pekat yang dibeli kat kedai kek. Satu KL boleh ronda, 10 gulung filem boleh habis ambil gambar jalanan. Yang perlu, bawa air banyak-banyak untuk ganti peluh yang hilang. Badan rasa ringan, sihat seluruh badan. Itu kalau outing sorang-sorang, kalau dengan kawan-kawan, lagi lama kat kedai mamak daripada ambil gambar jalanan. Bukan makin fit, makin buncit! Apa taknya, sekali singgah, teh tarik tiga cawan, roti telur sekeping.
Balik semula kepada kisah gula. Ketika di Amerika, orang tak ambil banyak gula. Kadang-kadang langsung tak ada gula. Itu dalam kopi atau teh. Wah bagus orang Amerika, kalau jadi rakyat Malaysia pasti tok menteri suka.
Errr pernah rasa kek dari Amerika? Donut? Devils cake? Fruitcake? Apa disiram di atas pancake?
Tak ambil gula dengan teh atau kopi, tapi... Tapi dalam makanan, masyaAllah! Mengalahkan semut!

Selasa, 24 Ogos 2010
Gula Oh Gula
Gula oh gula
Masih ingat lagi ketika belajar sekolah rendah dulu. Masa itu aku sekolah darjah 6, tahun 1975. Malaysia masa tu menghadapi krisis gula. Gula tak ada. Habis kedai kopi (walaupun pelanggan majoritinya minum teh) terpaksa bercuti, sebab tak ada gula. Bila gula boleh didapati semula, kena catu. Satu keluarga sekati gula sahaja. Sekali gula naik.
Kemudian ketika tingkatan 3 (tahun 78). Bekalan gula berkurang. Tidak lama kemudian kerajaan isytiharkan harga gula naik, 15 sen sekilo. Pok, peniaga kantin sekolah aku naikkan harga minuman, 5 sen. Kami protes, bawa secawan teh jumpa pengetua. Kalau sekilo naik 15sen, tak kan secawan teh naik 5 sen. Pok bukannya buat air, 3 cawan sekilo gula. Tapi begitulah, setiap kali harga barang asas naik, harga makanan atau minuman naik, dengan perkadaran yang tak selari. Kata omputeh naik exponentially, bukan proportionately. Bukan Pok aja yang buat begitu. Yang tak naikkan harga, kedai mamak aja, cuma gelas biasa dulu dinamakan semula jadi gelas besar sekarang. Harga lain. Gelas biasa? Besar ibu jari...
Kata mamak kedai yang biasa aku lepak.
"Orang Arab minum teh gelas besar ini juga..... Tarak tipu.... Kita moslem!"
Bila gula berkurang, biasalah TV akan pamerkan maklumat untuk patahkan selera orang supaya tidak mengambil gula. Maka berbohonglah mereka kononnya gula tidak baik untuk kesihatan. Gula pembunuh no 2, sebab orang kena kencing manis. Orang kampung aku yang tak bersekolah sebut kencing mani.... Nikmat bila ambil gula. Wei, gula bukan penyebab kencing manis (diabetes). Orang yang kena kencing manis kena kawal pengambilan gula. Berhentilah berbohong. Orang zaman sekarang pergi sekolah. Cakap aja awak nak potong subsidi gula.
Maka harga gula pun naiklah sekali lagi... Yang peliknya, pasaraya yang mencatu gula kepada 2 kilo sekeluarga tiba-tiba sahaja ada gula berlonggok-longgok selepas harga gula naik. Macam pokok tebu tau-tau aja,
"Hah kejap lagi harga gula naik, jom kita keluarkan jus banyak-banyak kat batang kita... " kata Sang Tebu.
"Kencing mani" kata orang kampung aku.

Langgan:
Catatan (Atom)