Selasa, 24 Ogos 2010

Gula Oh Gula

Gula oh gula

Masih ingat lagi ketika belajar sekolah rendah dulu. Masa itu aku sekolah darjah 6, tahun 1975. Malaysia masa tu menghadapi krisis gula. Gula tak ada. Habis kedai kopi (walaupun pelanggan majoritinya minum teh) terpaksa bercuti, sebab tak ada gula. Bila gula boleh didapati semula, kena catu. Satu keluarga sekati gula sahaja. Sekali gula naik.


Kemudian ketika tingkatan 3 (tahun 78). Bekalan gula berkurang. Tidak lama kemudian kerajaan isytiharkan harga gula naik, 15 sen sekilo. Pok, peniaga kantin sekolah aku naikkan harga minuman, 5 sen. Kami protes, bawa secawan teh jumpa pengetua. Kalau sekilo naik 15sen, tak kan secawan teh naik 5 sen. Pok bukannya buat air, 3 cawan sekilo gula. Tapi begitulah, setiap kali harga barang asas naik, harga makanan atau minuman naik, dengan perkadaran yang tak selari. Kata omputeh naik exponentially, bukan proportionately. Bukan Pok aja yang buat begitu. Yang tak naikkan harga, kedai mamak aja, cuma gelas biasa dulu dinamakan semula jadi gelas besar sekarang. Harga lain. Gelas biasa? Besar ibu jari...


Kata mamak kedai yang biasa aku lepak.


"Orang Arab minum teh gelas besar ini juga..... Tarak tipu.... Kita moslem!"


Bila gula berkurang, biasalah TV akan pamerkan maklumat untuk patahkan selera orang supaya tidak mengambil gula. Maka berbohonglah mereka kononnya gula tidak baik untuk kesihatan. Gula pembunuh no 2, sebab orang kena kencing manis. Orang kampung aku yang tak bersekolah sebut kencing mani.... Nikmat bila ambil gula. Wei, gula bukan penyebab kencing manis (diabetes). Orang yang kena kencing manis kena kawal pengambilan gula. Berhentilah berbohong. Orang zaman sekarang pergi sekolah. Cakap aja awak nak potong subsidi gula.


Maka harga gula pun naiklah sekali lagi... Yang peliknya, pasaraya yang mencatu gula kepada 2 kilo sekeluarga tiba-tiba sahaja ada gula berlonggok-longgok selepas harga gula naik. Macam pokok tebu tau-tau aja,


"Hah kejap lagi harga gula naik, jom kita keluarkan jus banyak-banyak kat batang kita... " kata Sang Tebu.


"Kencing mani" kata orang kampung aku.


Bersambung...

Tiada ulasan:

Pengunjung