Bagaimana nak mengatasinya?
Mungkin anda ada mendengarnya. Kita kongsi bersama...
Pernah dengar OPC? Ia diekstrak dari kulit pokok pine dan juga diektrak dari biji anggur. Mungkin ada juga ekstrak dari bahan tempatan, kena tanya Dr kita.
OPC adalah singkatan Oligomeric proanthocyanidin, sejenis falavonoid antioksidan. Minyak ekstrak kulit pine dan minyak biji angggur dipasarkan dengan nama komersial pycnogenols.
Kalau dulu, doktor memfokuskan tentang masalah insulin dan kerosakan akibat dari kekurangannya. Kini ahli sains berpendapat, kerosakan yang berlaku pada sel badan adalah disebabkan oleh molekul radikal yang bebas yang menyerang sel dan tisu badan. Jadi mereka menukar perspektif pencegahan. Pengambilan insulin masih diteruskan, tetapi mereka memikirkan cara lain untuk mengurangkan kerosakan badan akibat diabetes.
Mereka dapati OPC berupaya membersihkan molekul radikal bebas, dengan itu mengurangkan kerosakan sel dan tisu badan akibat diabetes. Dari kajian yang mereka lakukan, mereka dapati OPC dapat megukuhkan saluran darah, dengan itu dapat membantu
Mengurangkan kerosakan retina (bahagian belakang mata yang mengesan cahaya) dengan mengurangkan bilangan kapilari darah yang pecah.
Kelancaran edaran darah ke bahagian kaki dan tangan.
Mengurang kerosakan buah pinggang.
Yang jelas, pesakit yang memakan OPC dapat mengurangkan bilangan kapilari darah pecah kerana OPC menguatkan salur darah.
Oooo nak guna petua orang tua-tua juga. Saya tak tahu kat Malaysia sebab tiada bahan rujukan, tapi orang asal amerika (red indian) kunyah kulit pine untuk mengelakkan dari penyakit skurvi ketika musim dingin. Kulit pine terbukti kaya dengan OPC.
Dalam tahun 1950an, orang eropah juga menggunakannya untuk mengukuhkan salur darah. Saintis Perancis telah mengesyorkan pesakit memakan OPC untuk mengelakkan diabetic retinopathy, iaitu kehilangan pengelihatan akibat diabetes. Kat Malaysia, OPC bukannya perkara baru. Banyak produk yang mengandungi OPC dijual di farmasi untuk mengukuhkan salur darah.
Berikut adalah antara penemuan kajian.
1. Pesakit diabetes yang memakan OPC setiap hari dapat mengurangkan risiko buta. Khabarnya sehingga 90% kadar risiko dikurangkan.
2. Seorang pesakit diabetes mengatakan dia tidak lagi merasa kebas di tangan dan kaki sejak mengamalkan memakan OPC setiap hari. Doktor yang merawatnya mendapati terdapat kapilari baru muncul di kaki dan suhu kaki juga meningkat, menandakan darah mula beredar dengan lebih lancar. Wan jazlina ada mengatakan ayahnya ada masalah tangan dan kaki kebas, saya syorkan ayah memakan OPC setiap hari. Tapi saya bukan doktor, he he... Kena tanya Doktor dulu.
3. Pesakit diabetes lazimnya mempunyai kencing yang banyak albumin, tanda berlaku kerosakan buah pinggang. Kajian juga menunjukkan orang yang memakan OPC setiap hari mempunyai air kencing yang kurang albumin, membuktikan keadaan buah pinggang semakin baik.
Jika anda beli OPC di kedai farmasi, pasti harganya mahal. Saya pernah membeli minyak biji anggur di Carrefour. Harganya murah. Tesco juga ada menjualnya. Mungkin kedai lain ada menjualnya.
Alaaa, Iskandar ni sebut aja nak makan apa, tapi tak sebut cara memakannya.
OK, ok...Sabarrrr....
Kalau dalam bentuk tablet, telan aja. Kalau dalam bentuk minyak, tarok dalam sudu dan minum aja.
Dose? Dari maklumat yang saya baca, pengeluar mengesyorkan 80 hingga 100 mg kandungan OPC (kandungan 85% bahan aktif) dimakan setiap hari.
Adakah ia selamat? Setakat ini tiada laporan keburukan memakannya. Walaupun begitu, sebagaimana makanan lain, ada orang mungkin tidak serasi memakannya. Kalau ada tanda rash atau gatal gatal selepas memakannya, berhenti makan.
Bersambung ke bahagian 4
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan