Ahad, 27 Jun 2010

Melindungi Diri Dari Kerosakan Diabetes, bahagian 2

Ada kawan yang kena diabetes merungut.... Kenapa dia, tak orang lain? Saya tak dapat jawab soalan sebegitu. Dan tidak mungkin saya akan dapat jawab soalan sebegitu. Itu ketentuan Allah. Dia Maha Mengetahui. Yang pasti, Dia tidak akan aniaya kita, kerana dia maha pengasih lagi penyayang. Kan kita baca Bismillah... setiap kali makan, minum dan melakukan apa-apa perbuatan yang baik.

Diabetes adalah penyakit yang kompleks, sekompleks remaja, atau orang tua macam aku. Sebagai bekas cikgu kimia, aku boleh cakap, ia penyakit yang berkait dengan perubahan kimia secara berterusan, berubah tiap-tiap hari. Sebab itu kalau mengidap diabetes, kena hati-hati.... Kena jadi spy. Makan kena jaga, darah kena jaga. Darah kena jaga? Macam jaga kat bank darah plak ni....

Tekanan yang disebabkan oleh diabetes akan bertambah jika anda tidak menjaganya.

Apa yang menyebabkan diabetes? Doktor kata ada 4 faktor.

1.  Sejarah keluarga. Ada orang kata kerajaan Malaysia tidak menilai sejarah, mereka talah buktikan bila kerajaan membuktikannya minggu lepas, waktu angin kuskus meniup sepoi-sepoi kat Pudu, Kuala Lumpur.  Maaf ya datok datok, tan sri tan sri.  Walaupun begitu, sejarah tetap penting. He he... Kalau ada ibu atau bapa atau datok atau nenek, atau adik beradik yang ada diabetes, anda mungkin juga mengidapnya atau akan mengidapnya. Maksudnya, anda berisiko tinggi.

2.  Kumpulan etnik. Oooo mungkin sebab tu kita labelkan sesama manusia mengikut bangsa, nak tahu siapa yang berisiko tinggi untuk mengidap diabetes. Aku yang paling teruk sebab datok dan moyang dari dua-dua belah adalah perantau. Orang kampung yang celupar bagi remark... "cucu keling", so aku boleh masuk UMNO, MIC atau MCA kot.... 1Mlaysia maaa....Diabetes, sure masuk. Kabarnya, setengah kaum lebih berisiko dari kaum yang lain.

3. Berat badan. Ada yang berpendapat orang yang mempunyai berat badan sederhana atau terlbih berisiko tinggi. Aku kurang yakin sebab ramai dari kawan aku yang kena, dari kategori Ana.... Ana who?   Anaroksia.... Yeah we all rok!  Kalau dah masuk rok group Ana, mungkin dah kena.

4.  Umur. Orang muda biasanya yang kena diabetes, tandanya muncul ketika remaja (Jenis I). Diabetes yang biasa biasanya kena apabila dewasa, iaitu ketika umur masuk 30 tahun (Jenis II).

Apa tandanya?
Tandanya? Eyyy apa punya soalan ni? Macam mak anda cari tanda kat cadar pengantin dalam citer kelasik "Anak Dara". Jumpa Dr Ana (my doctor love) kalau anda ada tanda-tanda berikut.

1.  Dahaga yang berlebihan. Dahaga air. Dahaga aku ni, dahaga cinta, it's different.

2.  Hilang berat badan secara berlebihan.... Oooo sebab tu kawan aku yang kena sakit ni tiba-tiba jadi Ana Rock (anaroxia). Gurau aja, jangang ambik ati...

3.  Mata jadi kabur secara berulang-ulang, iaitu secara berkala. Jadi kalau laki suka meraba malam-malam tu.... Bawak dia gi klinik, check darah.  Ada ker kawan aku tiba-tiba kabur, orang tuduh dia kaki skodeng!  Tak patut-tak patut....

4.  Penat berlebihan, walaupun cukup tidur. Alamak, aku ada tanda ni....

Jadi, ingat tanda ni....

Dahaga berlebihan, kurus, kabur, penat... Jumpa doktor.

Diabetes Jenis I, yang kena masa remaja adalah paling serious sebab kena uruskan pemakanan dan ambil ubat sepanjang hayat. Jenis II (yang kena pada orang dewasa) lebih mudah diurus kerana ia lebih responsive pada langkah pencegahan. Jika anda kena dari Jenis II, keadaan menjadi lebih baik jika anda jaga berat badan, jada makan, dan ubah gaya hidup.

Apa-apa pun, kena pastikan sama ada anda bebas atau mengidap diabetes. Pergilah check kalau ada tandanya.

Bersambung, bahagian 3....

Tiada ulasan:

Pengunjung