Ahad, 27 Jun 2010

Melindungi Diri Dari Kerosakan Diabetes, bahagian 1

Jika anda atau saudara mara mengidap disbetes, pasti rakan telah sedar akan masalah yang disebabkannya. Tapi ada cara yang boleh diikhtiar bersama ubat yang disediakan oleh doktor serta pengurusan pemakanan.

Diabetes adalah penyakit yang dihidapi oleh ramai orang di negara kita. Salah seorang pengidap diabetes adalah ibu saya sendiri. Diabetes boleh dihidapi awal dalam kehidupan (adik ipar saya) atau dari jenis yang tiba-tiba muncul ketika ketika masuk umur akhir 30an (sahabat saya) atau kemudian dalam kehidupan (ayah editor saya). Ia adalah suatu masalah kesihatan yang tidak boleh dipandang ringan.

Pengurusan perubatan adalah suatu kemestian. Walaupun begitu, tidaklah bermakna anda tidak boleh membuat sesuatu untuk mengurangkan masalah kesihatan ini. Boleh... Dengan mengubah cara makan, ambil vitamin (ayah saya suka ni, macam-macam vitamin ditelannya), InsyaAllah anda dapat kurangkan masalah yang timbul akibat diabetes.

Meh kita cerita tentang masalah terlebih dahulu. Kalau anda mengidap diabetes, pasti rakan tahu ia lebih dari jaga makan sahaja. Mi (my mom) dikawal makan oleh adik-adik. Dalam bilik dia, saya perhatikan always ada gula-gula tersorok kat mana-mana yang boleh relaikan gigi hingga ke tunggul, nasib baik gigi memang tinggal gigi palsu aja. Bila tanya, dia kata dia simpan gula-gula untuk umpan cucu. Hah tengok, ibu-ibu menasihat anak2nya untuk yg terbaik, belakang belakang dia sendiri pun sometime breaks the code.

Balik semula kepada masalah diabetes. Diabetes melemahkan salur darah, salur nadi dan kapilari (urat-urat darah yang halus). Kalau kerkena jangkitan kuman (makhluk halus) ke bahagian kaki, dalam kes yang teruk boleh menyebabkan gangrene (mati bahagian kaki tersebut) kerana darah tak sampai ke kaki kerana salur darah, salur nadi dan kapilari dah lemah dan oksigen (gas yang diperlukan untuk pernafasan) tidak sampai ke bahagian kaki.

Dalam mata, boleh berlaku hemorrhage (pendarahan) dalam urat-urat darah halus (kapilari) boleh menyebabkan pesakit hilang deria pengelihatan.

Buah pinggang pun boleh rosak, kalau teruk hinggakan perlu rawatan dialisis. Dalam dunia perubatan, orang telah dapat cara untuk uruskan masalah diabetes. Namun begitu, ubat untuk menghalang diabetes belum ditemui, (setakat yang saya tahu, wallahuaAlam). Sebab itulah ramai orang merasa kecewa bila menghadapi masalah diabetes. Ada yang marah bila disuruh atau dilarang oleh doktor untuk makan itu dan ini. Bila diikut tidak juga baik. Jangan begitu.

Kena redha dan uruskan pemakanan agar dapat hidup tanpa komplikasi. Tujuan saya tulis ni sebagai saranan supaya tugas mengawal masalah diabetes lebih mudah dan tidak merasa tertekan.

Tiada ulasan:

Pengunjung