Jumaat, 28 Mei 2010

Papa Zalim


Ketam Nipah, Live Crab
Originally uploaded by iskandar63
Incik Incik hari ni ada manyak ketam ilup. Itu kempen penjaja kat pasar hari ni. Aku pilih 3 ekor untuk dinner malam ni. Hari ni Muhammad dan Akasyah ikut sekali ke pasar. Tolong bawa barang. mama tak ikut.... keracunan makanan, lepas makan nasi lemak dari warong di Seksyen 4 Tambahan.

Tiba di rumah, Muhammad minta kotak kasut. Aku bagi. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya dia dengan Akasyah dah ada rancangan. Kotak tu dah jadi rumah untuk pet baru mereka.

Habislah ramuan dinner aku malam ni, dah jadi pet mereka. Kalau dimasak, sah aku akan dicop papa yang zalim.

2 ulasan:

Biah berkata...

Aku pernah sekali Mail wat balik ketam hidup ni, x sampai hati nak bunuh utk masak. Last aku suruh dia bg org lain aje.

Iskandar Abdul Rashid berkata...

Lain kali bagi kat saya.

Pengunjung