Sebagai seorang kanak-kanak, sebelah petang aku selalu ikut ayah berkebun. Ayah aku, kalau tak bercamping dengan budak-budak pengakap, berbincang suatu isu atau persoalan dengan ustaz antara waktu magrib dan isyak, atau selepas subuh, dia akan berkebun. Aku adalah gardening partner ayah. Orang lain tak boleh ikut sebab dengan Vespa, ayah hanya mampu bawa aku dan perkakasan kebun sahaja.
Satu seksyen ayah tanam pokok saka, satu seksyen lagi ayah tanam sayur. Jenis sayur ditukar untuk mengelakkan penyakit dan mengekalkan kesuburan tanah. Satu dari tanaman ayah ialah kacang pea. Aku masih ingat lagi betapa manisnya isi kacang tersebut walaupun kacang tersebut masih muda. kadang-kadang ayah juga akan kutip pucuk kacang untuk dijadikan ulam dan sayur.
Hanya kawan-kawan yang pernah merasa sahaja yang akan faham betapa enaknya kacang pea yang baru dipetik. Kemudian, aku terpotong dari aktiviti berkebun kerana aku berjaya ke sekolah berasrama penuh. Hanya sesekali aku akan melencong ke kebun orang sekeliling ketika dibenarkan keluar ketika aktiviti merentas desa. Manisnya kacang pea tidak lagi aku rasai.
Apabila aku sambung belajar ke New York, aku ternampak sebungkus kacang pea dengan label "snowpea" terjual di Shop Rite, pasaraya tempat aku membeli barang dapur. Tanpa berfikir panjang, satu bungkus ku sambar dan masukkan ke dalam troli.
Tiba di rumah aku keluarkan paket kacang pea dan ingin menggoreng (stirfry) malam itu juga. Dengan teruja aku berniat utk makan nasi dengan banyak malam itu. Bila aku menjamah goreng kacang yang lembut itu, air muka aku berubah. Bukan kerana keriangan tetapi kerana kekecewaan. Manis kacang pea yang aku harapkan tidak dapat dirasai.
(bersambung...)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan