Jumaat, 28 Mei 2010

Papa Zalim


Ketam Nipah, Live Crab
Originally uploaded by iskandar63
Incik Incik hari ni ada manyak ketam ilup. Itu kempen penjaja kat pasar hari ni. Aku pilih 3 ekor untuk dinner malam ni. Hari ni Muhammad dan Akasyah ikut sekali ke pasar. Tolong bawa barang. mama tak ikut.... keracunan makanan, lepas makan nasi lemak dari warong di Seksyen 4 Tambahan.

Tiba di rumah, Muhammad minta kotak kasut. Aku bagi. Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya dia dengan Akasyah dah ada rancangan. Kotak tu dah jadi rumah untuk pet baru mereka.

Habislah ramuan dinner aku malam ni, dah jadi pet mereka. Kalau dimasak, sah aku akan dicop papa yang zalim.

Sabtu, 1 Mei 2010

Recycler


Recycler
Originally uploaded by iskandar63
A recycle cylcing into Kajang town scavenging the garbage bins for recyclable items. What a way to spend the last years of life in a prosperous nation.

Selasa, 27 April 2010

Puteri in revesed mode


Puteri in revesed mode
Originally uploaded by iskandar63
Pon pon, jaga jaga. Putwi go a stand ni... Pon pooon. Puteri cuba ganggu tumpuan papa menulis.

Sabtu, 24 April 2010

Kesidang, kembangnya harum di waktu malam

Kesidang, aku pernah pos tentangnya bila membawa pulang dulu.  Aku tak biarkan kesidang aku merayap sebab tak mahu dia merayap menghala ke arah rumah jiran yang bencikan pokok.  Jadi pohon kesidang aku maintain pendek seperti rekrut kena crew cut.  Walau apapun kesidang aku tetap berbudi.  Tak putus putus memberikan kembang penyeri malam.  Baunya harum menukar ruang depan rumah menjadi taman aroma terapi.

Jumaat, 23 April 2010

Abang Ada Lima Ringgit?

Kisah lama...

Aku sedang minum di sebuah warong di Ampang, seorang lelki India dengan wajah susah hati approach.  Baju kemeja, kelihatan kemas.  Wajah susah hati. 

Dia mulakan cerita,

"Abang, dunia banyak susahlah...  Saya punya kawan suruh datang, mau interview kerja bawa lori.  Saya sudah lama tada kerja, duit pun tinggal sikit saja..."

"Apa masalah awak, duduk dulu.  Minta air dulu, lepas tu baru cerita."  Aku break cerita dia dan order teh tarik dari pelayan warong tu.

"Hah, kenapa tadi?"  aku minta lelaki itu sambung cerita.

"Itu saya punya kawan, suruh datang sini tempat.  Ada kirja kosong.  Saya Semenyih mari."

"Dapat tak kerja tu?"  tanya saya.

Sambil menghirup teh tarik, dia menyambung cerita.

"Mana ada kerja, orang itu kedai cakap, lori pun tada, mau apa drebar.  ayooo, banya susah.  Sini datang mau tambang juga.  Ini tambang sudah boleh kasi anak makan.  Sekarang mau balik pun sudah tada wang.  Tak kan mau jalan kaki.  Ini saya tengok abang baik kasi masa minum teh tarik.  Abang kasi saya lima ringgit?  Tolong sama saya orang susah."

Lepas habiskan minuman, aku keluarkan dompet, tengok ada RM10.00 dan berikan pada dia. 

"Lima ringgit buat tambang balik Semenyih, lagi lima ringgit beli vadey bagi anak makan.  Lain kali jangan cepat percaya cakap orang..." 
Sebenarnya masa tu bukan banyak sangat duit di tangan, tapi kesian tengok keadaan dia, aku hulurkan bantuan, at least i make satu orang happy hari tu.

Kemudian lama aku tak ke situ.  Singgah hari tu pun sebab nak pergi jumpa klien yang ingin pesan skrip buku.  Aku ke situ dalam sebulan kemudian.  Ketika berjalan di koridor di Taman KOSAS, aku terserempak dengan lelaki yang sama keluar dari kedai arak.

"Aik, masih di sini?  Kata dari Semenyih."  Darah aku mula mendidih sebab terasa kebodohannya menolong orang yang dirasakan susah, rupanya kaki botol.

Aku cuit lelaki tu dari belakang.  Lelaki tu berpaling ke belakang, sah lelaki yang sama.

"Tak balik Semenyih?"  tanya aku untuk mempastikan aku dah kena tipu.

Barangkali lelaki tu dah lupa tentang aku.  Dia memberi jawapan yang aku harapkan. 

"Semenyih?  Tada, saya sini juga tinggal.  Itu flat sebelah belakang.  Kubur juga dekat...."

Aku teringat nasihat aku pada dia,

"Lain kali jangan cepat percaya cakap orang..."


Bodohnya aku rasa.  Aku mula hilang sabar, errr mungkin juga sebab saiz dia pun jauh lebih kecil dari aku.

Aku pegang dan pulas tangan lelaki tu.  Tanya samadia dia ingat aku.  Bila dia jawab ingat sambil minta ampun, aku keluarkan dompet dia dan ambil sepuluh ringgit dari dompet.  Sambil pulas, seorang lelaki sergah, hei rompak ker?

"Tak, ambil balik duit saya.  Dia tipu saya bulan lepas."

"Oh ok, dia tu selalu tipu orang bang, bagi dia sebiji."

Memang dalam hati nak bagi sebiji upah menipu, tapi aku ni manalah pandai pukul orang.  Rotan budak masa zaman mengajar dulu adalah.  Itu pun menyesal sampai sekarang.

Dia merayu minta dilepaskan tangannya.  Aku lepaskan dia dan minta ingat muka aku bila nak menipu. 

Selasa, 20 April 2010

Teh Cameron

Rileks kejap, sambil hirup teh Cameron. Nikmatnya bila rasa suam-suam kelat mengalir turun dalam tekak ku. Teh tanpa gula, itu antara kesukaan aku sejak dulu lagi.

Bila tengok peket teh ni, teringat ketika aku ke Cameron Highlang bebrapa tahun yang lalu.
kali pertama aku ke tanah tinggi tu. Selepas penat memandu, akhirnya aku tiba di tanah rata. Teh berwarna hijau saujana memandang di sebelah kiri. Tiba-tiba aku ternampak booth menjual teh panas.

Aku pesan secawan teh. Aku ingat lagi, gadis berketurunan india yang serve. Entah kenapa, mungkin sebab darah aku, masih adalagi peninggalan tok ki aku, gadis india kelihatan cun gilerr... Ayooo amma apppaa....

Jadi, ulat mulalah nak naik daun. Aku teguk teh tu.... Mak oiii panasnyer, boleh melecet tekak aku. Hari itu agak panas, badan aku mula berpeluh seperti baru kerkena gerimis.

"Berapa?" Aku tanya, sampi menyeluk kocek.

Tersedak bila dengar harga teh tu, sebab ini di Cameron Highland, tak kan teh mahal kat sana kot?

"Kenapa mahal teh ni?" soalan menyakat aku.
"Mistilah! Ini teh Cameron."

"Eh apa punya jawapan ni?" bisik hati aku. Aku bertanya lagi, "Kalau teh Sabah kat Cameron ni berapa harga?"

Gadis tu berlalu melayan pelanggan yang lain. Moncong mulutnya boleh diikat ribbon untuk hiburan di hari perayaan.  Soalan aku ditinggal tergantung aja. Sampai sekarang aku masih belum dapat figure out kenapa teh Cameron mahal di Cameron Highland.

Bila fikir-fikir balik, gadis Sabah tidak pula serve aku dengan teh Sabah. Gadis di Hotel Hoko serve minuman koko. Gadis di Tambunan serve tapai. Walaupun aku tidak minum koko atau tapai, layanan mereka dan cara mereka menjawab soalan aku membuatkan aku ingin ke sana lagi. Kalau larat setiap minggu aku ingin ke sana.

Teh Cameron ni? Sori, aku tukar brand. Sekarang aku kepingin teh Sabah, tanpa gula -- Sambil mengunyah buah gooseberry, beri kesukaannku.

Isnin, 19 April 2010

Malberi

Hari ini agak puas. Pohon malberi kesayanganku dah mula belajar berbuah. Warna merah yang aku tatap hari ini adalah antara merah yang paling indah di akhir-akhir ini. Harap-harap tupai, lalat buah, pipit dan merbah putih simpankan aku sedikit apabila malberi dah ranum kelak.


Aku cuba sebiji. Masih belum sedia. masih masam, tapi inilah masam yang paling sedap yang aku rasa. nanti kalau menjadi banyak, bolehlah dibuat jem, atau diambil jus dan dibuat memasak.

Pasti best. Itu pun kalau penguatkuasa tempatan tak kacau. Last time dia datang nak kompaun sebab jiran komplen aku banyak tanam pokok. Aku persoal, tanam pokok banyak salah ker? Dia kata salah sebab banyak nyamuk. Aku soal lagi, "Pokok punca nyamuk atau air bertakung punca nyamuk, sebab jiran aku yang jahat tu yang terang-terang menakung air kat luar." Dia balik dengan amaran sahaja tapi sudah cukup untuk membuat aku tension.

Tidak lama kemudian mereka datang lagi, aku tiada di rumah. Anak aku yang terima notis amaran. Isu pokok tak menjadi, jadi kompaun kali ini atas tuduhan "Kacau ganggu..." Menyebabkan jiran merana kerana aku tanam banyak pokok.

Masalah kalau berjiran dengan orang yang bencikan kehidupan, bencikan tumbuhan. Bagi aku, orang yang bencikan kehidupan adalah orang yang jahat. Sebab itu dulu aku kata jiran aku jahat, sebab mengikut penguatkuasa yang datang, "Jiran komplen, kami hanya menjalankan tugas." Oooo, jadi kalau orang suruh kau terjun dalam lubang jamban, kau terjunlah. Ya lah, pisau di tangan kau, mentimun di tangan aku... Apa-apa pun kau yang menang.

Pengunjung