Hari ini agak puas. Pohon malberi kesayanganku dah mula belajar berbuah. Warna merah yang aku tatap hari ini adalah antara merah yang paling indah di akhir-akhir ini. Harap-harap tupai, lalat buah, pipit dan merbah putih simpankan aku sedikit apabila malberi dah ranum kelak.
Aku cuba sebiji. Masih belum sedia. masih masam, tapi inilah masam yang paling sedap yang aku rasa. nanti kalau menjadi banyak, bolehlah dibuat jem, atau diambil jus dan dibuat memasak.
Pasti best. Itu pun kalau penguatkuasa tempatan tak kacau. Last time dia datang nak kompaun sebab jiran komplen aku banyak tanam pokok. Aku persoal, tanam pokok banyak salah ker? Dia kata salah sebab banyak nyamuk. Aku soal lagi, "Pokok punca nyamuk atau air bertakung punca nyamuk, sebab jiran aku yang jahat tu yang terang-terang menakung air kat luar." Dia balik dengan amaran sahaja tapi sudah cukup untuk membuat aku tension.
Tidak lama kemudian mereka datang lagi, aku tiada di rumah. Anak aku yang terima notis amaran. Isu pokok tak menjadi, jadi kompaun kali ini atas tuduhan "Kacau ganggu..." Menyebabkan jiran merana kerana aku tanam banyak pokok.
Masalah kalau berjiran dengan orang yang bencikan kehidupan, bencikan tumbuhan. Bagi aku, orang yang bencikan kehidupan adalah orang yang jahat. Sebab itu dulu aku kata jiran aku jahat, sebab mengikut penguatkuasa yang datang, "Jiran komplen, kami hanya menjalankan tugas." Oooo, jadi kalau orang suruh kau terjun dalam lubang jamban, kau terjunlah. Ya lah, pisau di tangan kau, mentimun di tangan aku... Apa-apa pun kau yang menang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan