Jumaat, 23 April 2010

Abang Ada Lima Ringgit?

Kisah lama...

Aku sedang minum di sebuah warong di Ampang, seorang lelki India dengan wajah susah hati approach.  Baju kemeja, kelihatan kemas.  Wajah susah hati. 

Dia mulakan cerita,

"Abang, dunia banyak susahlah...  Saya punya kawan suruh datang, mau interview kerja bawa lori.  Saya sudah lama tada kerja, duit pun tinggal sikit saja..."

"Apa masalah awak, duduk dulu.  Minta air dulu, lepas tu baru cerita."  Aku break cerita dia dan order teh tarik dari pelayan warong tu.

"Hah, kenapa tadi?"  aku minta lelaki itu sambung cerita.

"Itu saya punya kawan, suruh datang sini tempat.  Ada kirja kosong.  Saya Semenyih mari."

"Dapat tak kerja tu?"  tanya saya.

Sambil menghirup teh tarik, dia menyambung cerita.

"Mana ada kerja, orang itu kedai cakap, lori pun tada, mau apa drebar.  ayooo, banya susah.  Sini datang mau tambang juga.  Ini tambang sudah boleh kasi anak makan.  Sekarang mau balik pun sudah tada wang.  Tak kan mau jalan kaki.  Ini saya tengok abang baik kasi masa minum teh tarik.  Abang kasi saya lima ringgit?  Tolong sama saya orang susah."

Lepas habiskan minuman, aku keluarkan dompet, tengok ada RM10.00 dan berikan pada dia. 

"Lima ringgit buat tambang balik Semenyih, lagi lima ringgit beli vadey bagi anak makan.  Lain kali jangan cepat percaya cakap orang..." 
Sebenarnya masa tu bukan banyak sangat duit di tangan, tapi kesian tengok keadaan dia, aku hulurkan bantuan, at least i make satu orang happy hari tu.

Kemudian lama aku tak ke situ.  Singgah hari tu pun sebab nak pergi jumpa klien yang ingin pesan skrip buku.  Aku ke situ dalam sebulan kemudian.  Ketika berjalan di koridor di Taman KOSAS, aku terserempak dengan lelaki yang sama keluar dari kedai arak.

"Aik, masih di sini?  Kata dari Semenyih."  Darah aku mula mendidih sebab terasa kebodohannya menolong orang yang dirasakan susah, rupanya kaki botol.

Aku cuit lelaki tu dari belakang.  Lelaki tu berpaling ke belakang, sah lelaki yang sama.

"Tak balik Semenyih?"  tanya aku untuk mempastikan aku dah kena tipu.

Barangkali lelaki tu dah lupa tentang aku.  Dia memberi jawapan yang aku harapkan. 

"Semenyih?  Tada, saya sini juga tinggal.  Itu flat sebelah belakang.  Kubur juga dekat...."

Aku teringat nasihat aku pada dia,

"Lain kali jangan cepat percaya cakap orang..."


Bodohnya aku rasa.  Aku mula hilang sabar, errr mungkin juga sebab saiz dia pun jauh lebih kecil dari aku.

Aku pegang dan pulas tangan lelaki tu.  Tanya samadia dia ingat aku.  Bila dia jawab ingat sambil minta ampun, aku keluarkan dompet dia dan ambil sepuluh ringgit dari dompet.  Sambil pulas, seorang lelaki sergah, hei rompak ker?

"Tak, ambil balik duit saya.  Dia tipu saya bulan lepas."

"Oh ok, dia tu selalu tipu orang bang, bagi dia sebiji."

Memang dalam hati nak bagi sebiji upah menipu, tapi aku ni manalah pandai pukul orang.  Rotan budak masa zaman mengajar dulu adalah.  Itu pun menyesal sampai sekarang.

Dia merayu minta dilepaskan tangannya.  Aku lepaskan dia dan minta ingat muka aku bila nak menipu. 

1 ulasan:

azmietaha berkata...

-Saya selalu kena mcm ni cikgu, sampai la ni...cukup serba salah bila datangi orang yang maukan derma...ikhlas katanya!

Pengunjung