Hari itu memang penat. Selepas empat hari tiga malam mengadap skrip buku bersama penilai, aku rasa betul-betul "pooped out." Bukan sebab mengadap manuskrip dan menambah-baik kualiti buku yang memenatkan aku. Alah, bukannya tak biasa memulun manuskrip. Aku dah buat kerja ni sejak 10 tahun yang lalu.
Dalam banyak-banyak workflow buat buku, aku rasa kerja dengan kumpulan ni paling selesa. Semua orang memberi sumbangan yang berguna. Tiada dolak dalik "beating around the bush." Tiada yang curi tulang. Memang puas.
Tempat pun selesa, makanan pun kira OK. Aku pernah kerja dengan penerbit yang ciput. Cowriter yang jauh diberi toto aja, hanya kerana cowriter segan nak demand, mereka terus ambil kesempatan. Bila time royalti, sama juga potongnya dengan syarikat yang memberikan keselesaan. Time memotong mereka memang kreatif; kiri kanan belakang depan potong. Habis semua didedeh, macam melapah lembu time raya korban.
Kalau kerja teratur, tempat tidur selesa, makan selesa, kenapa pula pooped out? Mungkin itu yang terlintas difikiran kawan-kawan.
Hmmm, mungkin darah aku "shoots high". Dah empat hari berturut-turut aku tuang kopi kafeina ke dalam sistem badan aku, macam tuang minyak ke dalam Volvo lama aku tu. Tuang sebanyak mana pun macam tak cukup. Bukannya tak tahu, 80% dari orang yang ambil kafeina mendapat risiko strok. Bukan aku yang kata, itu fakta mengikut kajian. Entah betul entahkan tidak. Hmmmm fakta sains pun boleh dipersoal ker? Bukan persoal. Dulu aku pun telan bulat-bulat fakta sains macam baca tafsir Quran, tak banyak soal. Bila aku dengar pengakuan seorang kenalan bagaimana dia trim data supaya hipotesisnya mengena, aku dah jadi waswas dengan orang yang mengaku buat kajian ni.
Hah tu kan tanda orang yang darah shoots high. Orang lain serba tak kena, aku aja yang kena... Dah empat hari mengadap manuskrip, aku dah tak sabar nak pelawa bini nombor empat aku, sang Leica dan pergi bersiar-siar entah ke lubuk mana. Errr, bini nombor dua sang FM2, nombor 3, sang TLR. Leica nombor 4, sebab tu aku manjakan sikit.
Yang pasti, cowriter aku mesti perasan yang aku pun dah pooped out. Sambil mengheret beg menghala ke counter reception, kami melintas meja promoter. Perempuan yang jaga booth tu aku kira dalam 30an. Melihatkan agresifnya dia menjaja barangan tu, dan saiz k***knya, aku kira dia mesti ada anak kecil yang masih meng***k dan beberapa orang anak lagi. Bela anak-anak di zaman sekarang perlu perbelanjaan yang tinggi. Kena suami isteri kerja kuat kalau nak bagi yang terbaik pada anak-anak... Itu pun ada anak-anak yang tak tahu berterima kasih. Masih nak menjawab cakap mak bapak.
Balik pada barang yang hendak dijaja...
"Bang mari singgah kejap, banyak nak cerita ni..."
Aku pun tak sampai hati nak tolak lamaran perempuan tu. Kalau lelaki, aku tepis aja. Tapi bila perempuan... lentok sikit.
Dia pun mulalah buka cerita. Aku dengar putih mata aja, cuba memahami apa yang dia nak jaja, sebab yang ditunjuk hanya sekepin kertas fotostat. Manalah nampak jelas, dah tua. Spek pun dah lama tak tukar...
Laaa, rupanya jual minyak lintah.
"Kenapa pulak nak minum minyak lintah? Kan minyak sawit dah ok buat menggoreng. Tiada kolesterol, kaya dengan vitamin E, bagus untuk orang tua-tua macam saya ni... yang dah gugur rambut."
"Sebab umur abanglah saya nak bantu abangni... Orang tak minum obat ni. Orang gosok. Sapu, sapu...." kata perempuan tu dengan aksi tangan sekali.
Alamak, siap dengan aksi sekali. "Gosok kat situ? Gosoklah dengan minyak apa-apa pun memanglah bangun si awang tu, kalau dengan minyak cili padi pun dia bangun..." bentak fikiran aku.
Ceh.... bila pulak aku perlukan benda-benda ni. Mek aku kat umah, walaupun umur dah hampir setengah abad masih memberikan aku puteri yang comel mongel. Mentang-mentanglah aku nampak pooped out dan nampak tak teurus, dia ingat aku o.k.u. Ego aku dah tersentuh...
"Dah berapa lama abang tak dapat?"
Soalan yang memecah lamunan aku.
"Huh, dah empat hari" jawab aku dalam hati. Yerlah dah empat hari aku bertapa di hotel ni sama-sama memulun buku.
"Haaa.... saya dah agak. Mesti dah lama tu. Kalau abang pakai minyak ni, tiap-tiap malam asyik nak aja. Kena pulak dengan teh ni, teh mak dara."
Bila pula aku cakap aku lama dah tak dapat ni? Am I that predictable? Dia boleh baca expression di wajah ku ker? Alamaaaaak.....
Woit, empat hari aku tak dapat bukannya sebab aku dah o.k.u. Aku kat sini meeting, mek tinggal kat umah. Apa yang best sangat dengan teh mak dara tu. Kalau teh tu betul-betul bagi lelaki tenaga, kenapa mak dara masih dara sampai ke tua. Nak juga aku menjawab. Tapi aku dah betul-betul penat....
Aku nak balik lah, nak outing, nak ambik gambar. Engkau ni mengganggu flow masa aku. Nak aku shove away aja perempuan tu, tapi tak sampai hati.
Perempuan tu masih lagi mengayat dengan ayat-ayat seolah-olah perlu sangat disapu dengan minyak lintah dan minum teh mak dara tu. Macamana aku nak patahkan ayat-ayat perempuan tu. Bukan nak menghampakan usaha perempuan yang nak memberi makan anak-anak, cuma tak nak beli yang pelik-pelik. Silap-silap makan atau sapu, takut terus kojol. Dahlah tekanan darah aku rasa macam nak mletup dada aku... selepas empat hari menyuap kafeina.
"Mek, Pakcik dah tua... dah o.k.u. Kalau pakcik beli minyak tu, Mek kena tolong sapukan kat Pak cik kat situ, sebab nak sapu dan gosok sendiri pun dah tak larat."
Perempuan tu tenung wajah aku dengan putih mata. Satu sale sudah hilang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan