Rileks kejap, sambil hirup teh Cameron. Nikmatnya bila rasa suam-suam kelat mengalir turun dalam tekak ku. Teh tanpa gula, itu antara kesukaan aku sejak dulu lagi.
Bila tengok peket teh ni, teringat ketika aku ke Cameron Highlang bebrapa tahun yang lalu.
kali pertama aku ke tanah tinggi tu. Selepas penat memandu, akhirnya aku tiba di tanah rata. Teh berwarna hijau saujana memandang di sebelah kiri. Tiba-tiba aku ternampak booth menjual teh panas.
Aku pesan secawan teh. Aku ingat lagi, gadis berketurunan india yang serve. Entah kenapa, mungkin sebab darah aku, masih adalagi peninggalan tok ki aku, gadis india kelihatan cun gilerr... Ayooo amma apppaa....
Jadi, ulat mulalah nak naik daun. Aku teguk teh tu.... Mak oiii panasnyer, boleh melecet tekak aku. Hari itu agak panas, badan aku mula berpeluh seperti baru kerkena gerimis.
"Berapa?" Aku tanya, sampi menyeluk kocek.
Tersedak bila dengar harga teh tu, sebab ini di Cameron Highland, tak kan teh mahal kat sana kot?
"Kenapa mahal teh ni?" soalan menyakat aku.
"Mistilah! Ini teh Cameron."
"Eh apa punya jawapan ni?" bisik hati aku. Aku bertanya lagi, "Kalau teh Sabah kat Cameron ni berapa harga?"
Gadis tu berlalu melayan pelanggan yang lain. Moncong mulutnya boleh diikat ribbon untuk hiburan di hari perayaan. Soalan aku ditinggal tergantung aja. Sampai sekarang aku masih belum dapat figure out kenapa teh Cameron mahal di Cameron Highland.
Bila fikir-fikir balik, gadis Sabah tidak pula serve aku dengan teh Sabah. Gadis di Hotel Hoko serve minuman koko. Gadis di Tambunan serve tapai. Walaupun aku tidak minum koko atau tapai, layanan mereka dan cara mereka menjawab soalan aku membuatkan aku ingin ke sana lagi. Kalau larat setiap minggu aku ingin ke sana.
Teh Cameron ni? Sori, aku tukar brand. Sekarang aku kepingin teh Sabah, tanpa gula -- Sambil mengunyah buah gooseberry, beri kesukaannku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan