Ahad, 4 April 2010

Papa Hidup Zaman Mammoth?

Anak aku (Muhammad) thought aku dilahirkan sezaman dengan mammoth. Mungkin sebab aku selalu refer zaman ketika aku membesar sebagai zaman dulu.

What do you expect? Tok Teh aku were born long before abad ke 20 dan dia always refer zaman sebelum radio transistor as "zaman dulu". Jadi aku terbawa-bawa dengan istilah yang Tok Teh aku pakai.

Dia lalui kedua-dua zaman perang dunia, walaupun perang yang pertama dia tak terlibat, pernah dunia kedua, Jepun mengheret dia ke kancah peperangan, dan dia tak tahu apa dosa dia terhadap Jepun. Tok Teh aku hingga akhir hayat dia nak sangat khenyek Jepun.

Aku tak nak bawak kita jauh hingga ke zaman mammoth, atau zaman Tok Teh aku. Hanya setakat 5 hingga 10 tahun sebelum aku dilahirkan, iaitu zaman 50an. Bukan sebab aku kenal siapa-siapa pada zaman tu, tapi sebab movie yang Cikgu aku sewa untuk kelab wayang gambar masa aku form one mempunyai heroine dari era tersebut.

Banyak alasan untuk orang zaman tu menari bagai lepas habis.  "Perang" telah berakhir.  Gambar bukan aku punya. 

Semasa aku masih lurus tentang "the bird and the bees" sekolah aku (masa tu SMS, dah bertukar nama ke SESMA) tayangkan "Sunflower." Maka ramailah senior aku yang jadi blues teringatkan Sophia Lorenz.

Err, walaupun aku masa tu baru 12 tahun. Sophia tinggalkan kesan yang mendalam bagi aku. Bukan sebab Sophia, tapi mak saudara aku. Dia macam tak percaya aku tengok Sunflower. Dua tiga kali dia soal, macam kena interrogate oleh Gestapo. "Sekolah ada tayang cerita tu?" Dia macam tak percaya. Dia bawa aku belanja makan satay, asalkan aku share apa yang aku tengok. Mak saudara aku masa tu baru bertunang. Mana ada video untuk buat rujukan. Kalau ada pun eksperimen sendiri-sendiri... Mungkinlah, aku punya assumption.


Maaf yer Sophia, awak bukan dream gurl saya....  Gambar bukan aku punya.


So dia tanya aku beberapa soalan cepu emas tentang apa yang Sophia lakukan dalam cerita tu. Oleh kerana aku dapat menjawab soalan cepu emas tersebut, sebab Mrs Poh did a good job mengajar aku tentang how babies were made, maka mak saudara aku tidak lagi sorok perkara-perkara yang patut hanya orang tua tahu. Kanak-kanak zaman tu juga tahu tentang the birds and the bees tetapi terpaksa act macam tak tahu to make orang tua happy. In fact mereka lebih tahu dari Ustazah aku pada masa tu, sebab Ustazah aku tu masa tu masih anak dara, dan dia selalu memberikan jawapan yang salah bila kawan-kawan yang nakal memberikan soalan cepu emas lepas kelas.

Aku tak thrill sangat dengan Sopia dengan keberanian dia beraksi depan kamera pada zaman tu. Aku lebih thrill dengan Marilyn, walaupun dia meninggal dunia beberapa hari sebelum aku dilahirkan.


Yep, ini lah "My gurl"... Gambar bukan aku punya.



Aku tak tahu what really happened, sebab aku belum lagi dilahirkan. Lagipun aku tak ada di rumah Marilyn waktu dia meninggal. Yang aku tahu, I love watching her photos. I bet the photographer yang tangkap gambar dia loved even more making those photos.

I love the way she (Marilyn) challenged orang tua-tua di negaranya pada zaman itu. Sejak 40 tahun lebih aku hidup, one thing I learn, good women didn't make it in history, well mungkin ada menang Nobel prize (mungkin sebab discover bahan radioactive, tapi mereka juga mati disebabkan oleh radioactive tersebut). It were those women (like Marilyn), yang made it into the history.

Setiap gambar dari era tersebut yang aku tatap, aku akan bertanya dalam hati, siapa yang ambil gambar tersebut. Kebanyakan gambar yang beredar zaman tu adalah gambar perang, dan gambar artis.

Aku kurang berminat tentang perang ni. Sampai sekarang aku masih lagi kehairanan kenapa manusia mesti berperang. Mungkin tabii manusia begitu, ada kick bila dapat bunuh orang yang rupa atau kepercayaan lain dari diri mereka. Kita berprasangka dengan orang yang lain dari kita.

Balik semula gambar in the 50s. Yang aku nak share ialah gambar yang ini. Sebab ia looks familiar untuk aku dan kawan-kawan masa sekolah menengah dulu. Cikgu Mang (Cif Worden hostel) selalu round bawa gunting dan mengubahsuai fesyen rambut kawan-kawan. Dia cukup suka kerjakan fesyen rambut kawan-kawan yang punyai rambut kerinting. Jadi adalah kawan-kawan yang kena gunting walaupun semalam, Cikgu Mang dah gunting rambut dia.

Ya, bukan kita aja yang bengang bila kena gunting. Gambar ni diambil dalam tahun 1956. Elvis Presley nak masuk TV dalam rancangan the Ed Sullivan Show. Manager dia (Colonel Tom Parker)terus panggil tukang gunting untuk gunting rambut Elvis sebab Ed Sullivan suruh dia sopanlah sikit. Kan nak masuk TV. Tengok muka Elvis yang macam tak puas hati kena gunting rambut... Ha ha...

Elvis bengang... rambut kena gunting.  Kalau Cikgu mang yang gunting sure paroh lagi.  Gambar bukan aku punya.


2 ulasan:

cm berkata...

Is, sekarang ni aku yg gunting rambut budak.... termasuk kuku sekali!! Biar budak-budak ni rasa apa yang you all rasa dulu!

Iskandar Ab. Rashid berkata...

Atau sebagaimana elvis rasa dulu....

Pengunjung