Khamis, 3 Disember 2009

You have won a zillion dollar!

You have won a zillion dollar! Begitulah lebih kurangnya beberapa e-mel yang memenuhi inbox aku hari ni. Menang loteri.... eh bukankah kalau nak menang loteri, kena beli tiket dulu.

Kisah menang besar ni aku teringat kat ayah dan mi (mak) aku masa aku kecil-kecil dulu. Mister posto hantar surat dengan lace reben warna emas. You have won... terpampang besar gambar BMW, kereta impian ayah aku. Ketar tangan ayah buka sampul tu. Ada pula kotak terukir bentuk kunci kereta. Ayah buka surat tu, baca dengan penuh semangat bersama kamus di tangan, maklum sajalah bahasa orang putih yang tinggi tinggi, ayah kenalah rujuk kamus dulu.

Itulah permainan Reader's Digest untuk memancing orang supaya berlanggan. You don't have to subscribe to win... itulah katanya. tadi kata dah won, rupa-rupanya baru eligible to win. Mana boleh take chances, mesti subscribe ni. Mi, walaupun Reader's Digest dok buleh makang, akur... manalah tahu dapat BMW sebiji.

Maka tahun tu dapatlah aku baca majalah Reader's Digest selama setahun hasil langganan ayah. Kereta BMW yang dinantikan tak kunjung jelma. Tapi kira OKlah, majalah tu artikelnya taklah panjang sangat. Bolehlah aku improvekan sikit tahap pengetahuan English aku....

4 ulasan:

cm berkata...

ha..ha..ha..
aku pun kena masa dok kat u. tapi alhamdulillah..still berlanggan hingga hari ni wp tak ada masa nak baca!Dah bersusun dalam almari.
Anak-anak hampeh...komik juga yang dia cari!!

Iskandar Ab. Rashid berkata...

Di rumah pun ada satu almari. Majalah ni tak puas baca walaupun naskah lama.
Komik pun ada juga satu almari...

Khairi Mohd berkata...

Terlalu byk peraduan, berantai-rantai kena buat, beli itu, beli ini. last sekali dah beli byk2 fed up pulak huhu. mcm mana la nak menang. nasib je le.

Iskandar Ab. Rashid berkata...

Hah, masuk pertandingan fotografi yang kami anjurkan. Kcil-kecilan aja untuk perkenalkan site tu. Tak perlu beli apa-apa, just be the follower.

Gelanggangfoto.com

Pengunjung