Rabu, 29 Julai 2009

Setin Root Beer, Segelas Sarsaparilla

Malam tadi, aku melanguk di kedai mamak. Sekarang agak sukar minum berdua. Dengan kehadiran anak kecil, mem dah tak dapat temankan aku ke kedai mamak meneguk teh tarik sekerap mungkin.
Jadi, malam tadi aku tak mau minum seperti biasa. Aku capai aja setin Root Beer dan tenung tin tu sampai dapat ilham untuk buku berikutnya. Di tangan adalah buku latihan yang sering aku gunakan untuk catatan.
Kali ini aku minum terus dari tin. Kalau zaman kecil-kecil dulu, ini adalah taboo yang paling dasyat. Silap-silap kena penampar bisu dari bapa saudara.
"Kalau nak minum, tuang ke dalam gelas dulu!" herdik bapa saudara aku. Selepas penampar singgah ke pipi.
Itu dulu. Dulu tak ada minuman dalam tin. Yang ada, dalam botol.
Masa kecil dulu aku suka dua jenis air, Coca Cola dan Sarsaparilla. Rasanya, seakan-akan root beer sekarang. Yalah, benda yang sama.
Kali pertama aku beli air tin, aku beli Root Beer. Jenama aku dah lupa. Aku buka tin tu rumah mak saudara, tengok TV warna. TV di rumah tak best, hitam putih. Malam tu aku nak tonton tv warna. Bila aku buka tin tu, wiiiizzzzz bunyi. Semua orang (separuh warga kampung yang pergi menumpang tengok tv) menjeling kat aku. Kurang ajar ini budak. Bukak satu tin, mana cukup untuk kongsi dengan semua orang.
Gup gup gup aku tunggang terus kedalam tengkuk yang haus. Mata kaka sepupu aku terbeliak, tak percaya apa yang dilihatnya. "Kurang ajar adik aku ni, minum terus dari bekas. Pergi ambil cawan." Oops, maaf. Terlupa.
Aku letakkan tin root beer tu dan ke dapur ambil cawan. Dua kali silap langkah. Sekarang semua boleh lihat air apa yang aku minum. Air beer! Alamak!
Habis separuh movie aku miss kerana cuba jelaskan pada orang kampung air yang aku minum tu bukannya beer. "Kencing setan!" kata mereka. Root beer tu nama lain dia sarsaparilla. Tak ada yang percaya. Malam tu, telinga aku merah dijentik oleh warga desa kerana "nakal" minum air root beer dan biadap minum terus dari tin. Aku ingat kata salah seorang dari mereka.
"Hah tengok, baru seteguk masuk arak ke dalam mulut, dah biadap minum tak pakai cawan. Kalau minum setin hentah apa jadinya nanti!"
Suwei sungguh nasib aku di malam itu.

5 ulasan:

cm berkata...

kita belajar dari pengalaman...
orang yang menjentik tu mungkin sekarang dah jadi peminat setia rootbeer!

mizadgreat berkata...

Hey,,,root beer dari A@B dulu pun mensuspenkan orang kampun ...yerlar masa tu kat kampung mana biasa benda ni semua....how about white wine (kalau tak silap lar nama dia)...pernah cuba tak...white wine bukan memabukkan..l tak tau pulak apa hukumnya....tapi masa kat langkawi memang selalu minum...Pak Engku ayah Tengku Adnan (menteri apa ntah skrg ni) kata halal...pak engku tu tiap2 tahun gi Mekah...so i pun percaya lar benda tu tak haram....what is yr opinion...

mizadgreat berkata...

Aha ..dalam international business we discuss this issue under cross culture....

Iskandar Ab. Rashid berkata...

White wine adalah jus anggur yang diperah dari anggur putih, iaitu anggur yang telah dikupas kulit. Jus tersebut diperam hingga menjadi alkohol. Arak lah tu. Orang Islam, tak kira orang kampung, orang bandar, menteri, tengku, semua dilarang minum.
Kalau minum juga, kat Pahang kena sebat. Kat kampung aku kena pasung. Di selek dengan sarang kerengga.

mizadgreat berkata...

aduh haram ker...mak oiiii i dah minum tapi tak mabuk pun mcm jus ajer...tapi kalau tak tahu tak aper kan...kat luar botol tu tulis..non alcohol..huwaaaaa.....so mati-mati lah ingat dia bukan arak.....

Pengunjung