Jumaat, 31 Julai 2009

Soda dan Raya

Sebenarnya, tabiat aku minum soda tu mak aku tak tahu langsung. My mom adalah mak yang paling penyayang dan paling strict dalam dunia. Bila dia set satu rule, tak ada orang boleh veto. Not even my dad.

So, satu dari rule dia, "Air bergas untuk hari raya saja. Kalau minum hari lain, kurang satu keistimewaan hari raya."

Kadir, mamak kedai runcit tempat mak aku hutang barang pun tahu rule ni. Pagi raya dia akan kelek dua kotak sarsi buatan Kuantan (ntah haper brand) untuk kami nikmati.

Masalah soda dan hari raya ni, tapai pun dijamu hari raya juga. And my mom also believed, sesetengah makanan tak boleh bercampur. Soda dan betik tak boleh bercampur. Mabuk katanya. Betik dan panadol pun tak boleh. Mabuk. Madu dan timung cina (tembikai), racun. Banyaklah lagi. Yang itu semua tak menjadi masalah. Yang menjadi masalah, dia juga percaya tapai dan soda tak boleh bercampur.

Bila mak letak aja tapai ke atas meja. Naturally aku akan buka bungkusan daun bbaru tu dan suap isi kandungannya (tapai pulut) ke dalam mulut. Mmmm best manis. Lepas makan aja, Kadir pun datang deliver soda dengan basikal Nortonnya. Alamak! Aku capai aja botol soda, mak tampar tangan. Ba'ah (my kampung name) dok leh minung. Kang baru lepah makang tapey.

Habis spoil soda di hari raya aku.

Khamis, 30 Julai 2009

Coca Cola, Kick Untuk Aku

Oh ya, masa kecil dulu, ada dua air buih yang aku suka minum. Selain sarsi aku minum Coca Cola. Aku tak ingat bila aku mula dapat tabiat ni. Tapi aku minum Coca Cola sekerap Prof Ungku Aziz makan pisang. Kalau Prof Ungku Aziz pergi Jepun makan pisang, pergi California makan pisang, sebab ia baik untuk otak, aku pula kalau balik sekolah minum Coca Cola, sebab ia melegakan otak aku. Nak tahu kenapa? Terus baca.

Aku ke sekolah, balik sekolah, naik beca. Trip kedua. Trip pertama, datok sedara aku (Tok Su) ambil cikgu dulu. Lepas tu baru ambil aku. Jadi, time balik sekolah aku terpaksa menunggu sorang-sorang kat bawah pokok setapi bercakap dengan semut dan kerengge di perkarangan sekolah SIS, Kemamang. Masa tu, sekolah rendah dan menengah gabung satu sekolah aja. Barangkali sebab tu aku boleh faham bahasa semut dan kerengge.

Aku ke sekolah berbekal makanan dan air teh. Biasanya 4 biji jjepuk bawang (cucor kodok). Aku makan sebiji, yang lain kongsi dengan kawan sebab ada kawan aku tak sarapan dan tidak dibekalkan dengan wang saku. Jadi, ada antara mereka akan datang minta bekalan aku, kata mereka aku anak cikgu pasti makan best. Alhamdullillah, mak ayah aku ada kerja tetap, jadi dapatlah aku supply tiga biji jjepuk bawang untuk dua rakan aku sarapan hampir setiap hari persekolahan. Satu lagi aku makan.

Mak aku bekalkan 20 sen sehari, kira besar untuk standard kawan-kawan aku. Tapi aku tak membeli di kantin waktu rehat. 20 minit, mana cukup masa. Lagi pula saiz aku kecik, asyik kena kutok aja. Jadi duit tu aku simpan untuk belanja di kantin ketika habis waktu persekolahan. Sebelum tunggu Tok Su dengan becanya, aku singgah di kantin dulu. Ini pecahan perbelanjaan aku.

5 sen, nasi lemak, sambal, seekor ikan dan sekerat keropok lekor goreng.
15 sen, Coca Cola dalam botol bercekik.

Masa tu aku tak tahu kenapa, aku mesti minum Coca Cola. Bukannya best sangat, banyak angin dan buat sendawa. Warna hitam, tak menarik langsung untuk kanak-kanak. Tapi aku mesti juga minum Coca Cola.

Lepas makan, aku minum Coca Cola sambil memerhati pelajar sekolah menengah pulang. Yang aku suka perhati, seorang akak yang gelemer masa tu. Cara dia berjalan, melayan cikgu... Pandai sungguh akak tu bercakap. Kalau aku besar nanti, apa yang akan aku bualkan dengan cikgu aku ya?

Ada juga abang sekolah menengah datang menegur, minta air soda hitam aku tu. Dengan tak rela aku tuanglah sikit. Satu hari, ada abang pakai songkok usang datang depan aku.

Dia kata,
“Dik abang nok kabor ning.”

“Amende bang?” Aku tanya.

“Mung kecik-kecik minung air buih, besor bila-bila minung arok.” Nasihat abang tu.
Maksudnya lebih kurang,
“Awak kecil minum soda, besar nanti minum arak.”

Pandai lah engko. Jeles lah tu. Bro ‘ustaz’ songkok ni masih hidup lagi. Aku jumpa bro ni masa aku outing ambil gambar kat kl waktu malam, keluar dari pub. Rupanya dia yang bila tua-tua ni “minung arok”. Tu lah, kata kat orang.

Mengetuk dulang paku yang serpih.
Mengutuk orang, dia yang lebih.

Sorry bro. Nasihat kau tu bagus, tapi pakai sendirilah.

Balik semula kisah Coca Cola. Tabiat minum Coca Cola ni padam bila rasa Coca Cola tidak sama lagi. Aku ingat ketika aku darjah 5. Aku dah tak dapat rasa kepuasan atau kick yang aku ketagihkan setiap hari.

Bila aku dah pergi jauh belajar, aku ambil lah subjek Organic Chemistry. Dalam satu kelas, aku didedahkan dengan ramuan istimewa dalam beberapa jenis minuman. Barulah aku tahu, apa itu ramuan rahsia yang aku tak boleh tinggalkan tu. Rupa-rupanya, ramuan istimewa Coca Cola tahun 70an ialah cocaine dan caffeine. Sekitar pertengahan 70an barulah ramuan tu dikeluarkan dari Coca Cola kerana Cocaine tidak dibenarkan lagi diletakkan dalam minuman komersial. Ohh sebab itu lah aku dah tak rasa kick bila minum Coca Cola. Aku tersenyum aja bila baca case study yang pensyarah aku persembahkan hari tu.

Rabu, 29 Julai 2009

Setin Root Beer, Segelas Sarsaparilla

Malam tadi, aku melanguk di kedai mamak. Sekarang agak sukar minum berdua. Dengan kehadiran anak kecil, mem dah tak dapat temankan aku ke kedai mamak meneguk teh tarik sekerap mungkin.
Jadi, malam tadi aku tak mau minum seperti biasa. Aku capai aja setin Root Beer dan tenung tin tu sampai dapat ilham untuk buku berikutnya. Di tangan adalah buku latihan yang sering aku gunakan untuk catatan.
Kali ini aku minum terus dari tin. Kalau zaman kecil-kecil dulu, ini adalah taboo yang paling dasyat. Silap-silap kena penampar bisu dari bapa saudara.
"Kalau nak minum, tuang ke dalam gelas dulu!" herdik bapa saudara aku. Selepas penampar singgah ke pipi.
Itu dulu. Dulu tak ada minuman dalam tin. Yang ada, dalam botol.
Masa kecil dulu aku suka dua jenis air, Coca Cola dan Sarsaparilla. Rasanya, seakan-akan root beer sekarang. Yalah, benda yang sama.
Kali pertama aku beli air tin, aku beli Root Beer. Jenama aku dah lupa. Aku buka tin tu rumah mak saudara, tengok TV warna. TV di rumah tak best, hitam putih. Malam tu aku nak tonton tv warna. Bila aku buka tin tu, wiiiizzzzz bunyi. Semua orang (separuh warga kampung yang pergi menumpang tengok tv) menjeling kat aku. Kurang ajar ini budak. Bukak satu tin, mana cukup untuk kongsi dengan semua orang.
Gup gup gup aku tunggang terus kedalam tengkuk yang haus. Mata kaka sepupu aku terbeliak, tak percaya apa yang dilihatnya. "Kurang ajar adik aku ni, minum terus dari bekas. Pergi ambil cawan." Oops, maaf. Terlupa.
Aku letakkan tin root beer tu dan ke dapur ambil cawan. Dua kali silap langkah. Sekarang semua boleh lihat air apa yang aku minum. Air beer! Alamak!
Habis separuh movie aku miss kerana cuba jelaskan pada orang kampung air yang aku minum tu bukannya beer. "Kencing setan!" kata mereka. Root beer tu nama lain dia sarsaparilla. Tak ada yang percaya. Malam tu, telinga aku merah dijentik oleh warga desa kerana "nakal" minum air root beer dan biadap minum terus dari tin. Aku ingat kata salah seorang dari mereka.
"Hah tengok, baru seteguk masuk arak ke dalam mulut, dah biadap minum tak pakai cawan. Kalau minum setin hentah apa jadinya nanti!"
Suwei sungguh nasib aku di malam itu.

Isnin, 27 Julai 2009

Burung Murai

Hari ini kereta ku buat hal. Tak mahu hidup. Start hingga bateri kong, tak juga mahu hidup. Entah apa masalahnya. Tengahari, terpaksa hantar anak ke sekolah. Hmmm, nampaknya jalan kaki lah ke sekolah. Antara rumah dan sekolah, kami terpaksa merentas sungai. Guna jambatanlah, bukan mengharung sungai. Inikat tahun 2009, bukannya 1969.


Sambil berjalan, aku disapa oleh sepasang murai. Merdu nyanyiannya. Mengingatkan aku kampung halaman. Masa aku kecil dulu, inilah satu-satunya jenis burung yang dapat terbang dekat dengan rumah kami tanpa dilastik. Sebabnya, mudah. Burung murai dianggap sial. Sesiapa membunuh atau mengurung murai dalam sangkar, pasti akan mendapat bencara. Suwei! Kata orang tua-tua.

Murai memang burung istimewa. Pagi-pagi ia akan berkucau dengan nada yang amat merdu. Makanannya, ulat. Pasti itu membawa kebaikan kerana dengan kehadiran murai, buah jambu, buah belimbing, dan entah apa-apa buah lagi tidak berulat.

The idea membuka kedai haiwan kesayangan adalah suatu yang mustahil ketika saya kecil dahulu. Orang tak beli kucing. kalau mahu, boleh minta dengan jiran yang mempunyai kucing yang hamil. Bila kucing beranak dan lepas menyusu, boleh bela anak kucing tersebut.

Bila sebuah kedai haiwan peliharaan dibuka dipekan Cukai, semua orang terkejut. Kedai itu dikenali sebagai "Kedai Burung". Siapalah yang mahu beli kucing. Mahal pulak tu. Burung? Lagilah menghairankan. Burung nuri, ada berjuta di Padang Kubu. Burung punai, ayah aku tembak, bawa balik sebesen untuk dimakan. Burung wak wak, tahan pukat aja. Burung murai? Siapa tangkap dia akan kena bencana! Suwei.

Suatu hari mata aku terbeliak. Burung murai yang telah cacat bulunya (mungkin terkena getah perangkap) terkurung dalam sangkar tergantung dalam Kedai Burung. Aku tidak dapat terima hakikat yang aku lihat. Burung murai dalam sangkar. Pasti tahun ni Banjir Besar. pasti Tokei kedai ni akan mati kemalangan dilanggar basikal (masa tu yang banyak atas jalanraya ialah basikal).

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Burung tu masih dalam sangkar di kedai burung. Tokei masih hidup. Banjir besar pun tetap hanya berlaku sepuluh tahun sekali.

Bila aku masuk sekolah menengah, barulah aku tahu burung tak der sialnya, kecuali burung yang kena selesema. Itulah orang dulu-dulu. Macamana caranya nak kekalkan sesuatu? Gunakan teknik "scare". Kalau tiada suwei, pasti burung murai dah lama pupus. Nada nyanyainnya yang merdu pasti akan membuatkan mereka disumbat ke sangkar. Patutlah sekarangni jambu depan rumah aku berulat. Ke mana perginya sang murai?

Pengunjung