Selasa, 28 September 2010

Menjalar

Sahabat saya (a guy) terpaksa balik kampung kerana ada tanggungjawab yg perlu diselesaikan.  After a long period of struggle he boarded a  bus back to metropolis. Penat, serabut, dan entah apa-apa lagi yg dirasanya kerana masalah yang perlu diselesakan masalah yang besar dan mencabar. 

Dalam bas, dia berkongsi seat dengan seorang pakcik.  Macam pakcik surau katanya.  Macamana pakcik surau?  Entahlah. 

Bila bas mula bergerak, dia pun terus lena.  maybe ketika terlena, dia tersandar kat paksik tu menghantar wrong signal.  Tapi dia tak sedar.  My sahabat ni bukan gay atau bi.  Dia ada gf dan jijik tgk eksoz kereta.  Bi kalau tgk eksoz kereta, air liur meleleh.

Tiba-tiba dia terasa ada benda terbang kat hidung dia, jadi dia tersedar dan ingin mengibas benda terbang tu tapi tangan dia dah tersangkut.  Dia tersedar dan baru terasa, belakang tangannya dicekau oleh pakcik tu.

Bahagian depan terasa lembut-lembut keras seperti memgang suatu yang lembut panas tapi seolah-olah bertulang.  Rupa-rupanya pakcik tu dah tarik tangan dia untuk pegang unicorn antara pusat dan lutut sebesar, Katanya tak pernah tau unicorn boleh membesar ke saiz itu. 

Hmm... Pakcik tu tanya,
"Best tak pegang pak cik punya.  Besar ke tak?"

Apa response dia saya tak pasti, tapi jika rakan-rakan lelaki berada dalam situasi sedemikian, what will you do?

Sabtu, 18 September 2010

Semanis Kacang Pea

Sebagai seorang kanak-kanak, sebelah petang aku selalu ikut ayah berkebun.  Ayah aku, kalau tak bercamping dengan budak-budak pengakap, berbincang suatu isu atau persoalan dengan ustaz antara waktu magrib dan isyak, atau selepas subuh, dia akan berkebun.  Aku adalah gardening partner ayah.  Orang lain tak boleh ikut sebab dengan Vespa, ayah hanya mampu bawa aku dan perkakasan kebun sahaja.

Satu seksyen ayah tanam pokok saka, satu seksyen lagi ayah tanam sayur.  Jenis sayur ditukar untuk mengelakkan penyakit dan mengekalkan kesuburan tanah.  Satu dari tanaman ayah ialah kacang pea.  Aku masih ingat lagi betapa manisnya isi kacang tersebut walaupun kacang tersebut masih muda.  kadang-kadang ayah juga akan kutip pucuk kacang untuk dijadikan ulam dan sayur.

Hanya kawan-kawan yang pernah merasa sahaja yang akan faham betapa enaknya kacang pea yang baru dipetik.  Kemudian, aku terpotong dari aktiviti berkebun kerana aku berjaya ke sekolah berasrama penuh.  Hanya sesekali aku akan melencong ke kebun orang sekeliling ketika dibenarkan keluar ketika aktiviti merentas desa.   Manisnya kacang pea tidak lagi aku rasai.

Apabila aku sambung belajar ke New York, aku ternampak sebungkus kacang pea dengan label "snowpea" terjual di Shop Rite, pasaraya tempat aku membeli barang dapur.  Tanpa berfikir panjang, satu bungkus ku sambar dan masukkan ke dalam troli.

Tiba di rumah aku keluarkan paket kacang pea dan ingin menggoreng (stirfry) malam itu juga.  Dengan teruja aku berniat utk makan nasi dengan banyak malam itu.  Bila aku menjamah goreng kacang yang lembut itu, air muka aku berubah.  Bukan kerana keriangan tetapi kerana kekecewaan.  Manis kacang pea yang aku harapkan tidak dapat dirasai.

(bersambung...)

Rabu, 1 September 2010

Gula oh Gula (Bahagian 4)

Halwa kundur atau gula batu, dua-dua masih juga gula berasaskan tebu. Sebenarnya apa-apa sahaja sumber yang manis boleh menggantikan gula. Pernah cuba letakkan kismis ke dalam teh untuk menggantikan gula. Rasa manisnya halus dan memang enak, kalau kena dengan jenis teh yang dibancuh.



Kismis boleh dijadikan pemanis

Pemanis dari buah bukannya perkara baru. Aku pernah terbaca, suatu ketika dahulu, pemanis yang digunakan dibuat dari jus tembikai. Bukan buah aja yang boleh dijadikan pemanis atau gula. Aku pernah beli gula yang diproses dari rumput. Rumput dan tumbuhan lain asasnya adalah selulosa, iaitu polimer glukosa, sejenis gula ringkas.




Kalau inginkan pemanis yang lebih padat dengan tenaga, boleh juga cuba sirap jagung. Sirap jagung memang manis, tetapi rasa dia lain sedikit. Mungkin ada yang suka. Aku kurang suka sebab tiba-tiba sahaja diri tidak boleh duduk diam dan ingin melakukan berbagai aktiviti. Terlebih tenaga. Mulalah rasa nak menyangkul. Kalau ada tanah, bolehlah menyangkul. Kalau tak ada tanah, cangkul lah apa-apa yang boleh dicangkul. ;P
 
 
Sirap jagung, manis pekat dan padat dengan tenaga.

Ada juga orang yang mahu pemanis tetapi tidak mahu kalorinya. Ini golongan yang membawa tayar spare walaupun mereka bergerak tanpa tayar. Boleh juga dicuba pemanis tanpa zat aspartame. Tapi pemanis tiruan ni ada rasa pahit selepas diminum. Biasanya orang kurang senang dengan "after taste" tersebut. Rasanya seakan-akan pemanis asli dari daun stevia, yang juga ada "after taste." Aku pernah beli serbuk pemanis ni, barang tempatan, khabarnya ditanam di Melaka. Sekarang aku pun ada tanam herbal stevia ni, tapi tak cukup untuk dijadikan serbuk. Hanya sekadar untuk amazekan kawan-kawan yang berkunjung ke rumah.




Mi, bonda kesayanganku ada diabetes, sejak dulu lagi kena kawal pemakanan. Dia memang kuat makan manis. Pemanis alternatif yang digunakan ialah madu. Aku pun hairan macamana Mi yang ada diabetes boleh minum pemanis dari madu, tapi it works. Tapi bila beli madu, dia akan cerewet sebab takut terbeli madu tiruan. Madu pun ada tiruan. Pelik pelik, tapi ada benarnya. Untuk minum teh, kalau dicampur madu aku suka Manuka, iaitu madu lebah dari ladang teh manuka. Rasanya kuat sedikit, tapi puas bila minum teh dicampur madu manuka.
 
Madu, enak dicampur ke dalam teh.

Walau apapun, kredit patut diberikan pada orang-orang kampung yang sambil sambil minum nira mengacau kawah membuat manisan kelapa. Gula warisan nenek moyang kita ini adalah paling best. Boleh dibancuh bersama teh, kopi atau apa-apa sekali pun. Kebiasaannya aku minum teh tanpa gula, tapi kalau aku kepingin teh yang manis, manisan kelapa adalah pilihan pertama aku.


Manisan kelapa, you are the best.

Pengunjung