Rabu, 25 Ogos 2010

Gula oh gula (Bahagian 2)

Ada pula yang takut dengan gula ni. Maka mereka pun mencarilah pemanis tiruan tanpa zat. Kononnya pemanis tiruan ni bagus untuk kesihatan. Macam-macam nama manis yang digunakan. Dulu mereka guna saccharin, lepas tu mereka dapat tahu saccharin penyebab kanser. Makan terasa bodohlah mereka yang fikir saccharin baik untuk kesihatan. Banyaklah bisnes yang guna Saccharin lingkup. Yang bocorkan rahsia Saccharin bahaya terasa menyesal bila tengok kilang tutup, mak saudara dan pak saudara hila pekerjaan. Kemudian mereka cari benda lain, jumpa Aspartame. Tapi tak ada siapa berani kacau Aspartame ni. Takut banyak pula kilang akan tutup nanti. Ibu-ibu mengandung minumlah minuman dengan tanpa zat, biar anak bantut...

Kalau pemanis tiruan bagus untuk kesihatan, mengapa secara universal manusia nak kan gula? Secara semulajadi manusia perlukan gula. Kalau tak percaya, jadi stranger dan tawarkan kanak-kanak gula-gula.

"Pak cik ni stranger, pak cik nak bagi gula-gula."

Mereka ambil tak? Walaupun mak bapak cakap beratus kali, jangan ambil gula-gula dari stranger, secekup gula-gula dicekupnya. Budak tu tak hilang, tapi gigi luruh sebatang sebatang....

Gula ni macam minyak juga untuk kereta. Ia menjadi fuel untuk kita bergerak cergas. Bila outing, apa yang aku buat telan sesudu aja glukosa pekat yang dibeli kat kedai kek. Satu KL boleh ronda, 10 gulung filem boleh habis ambil gambar jalanan. Yang perlu, bawa air banyak-banyak untuk ganti peluh yang hilang. Badan rasa ringan, sihat seluruh badan. Itu kalau outing sorang-sorang, kalau dengan kawan-kawan, lagi lama kat kedai mamak daripada ambil gambar jalanan. Bukan makin fit, makin buncit! Apa taknya, sekali singgah, teh tarik tiga cawan, roti telur sekeping.

Balik semula kepada kisah gula. Ketika di Amerika, orang tak ambil banyak gula. Kadang-kadang langsung tak ada gula. Itu dalam kopi atau teh. Wah bagus orang Amerika, kalau jadi rakyat Malaysia pasti tok menteri suka.

Errr pernah rasa kek dari Amerika? Donut? Devils cake? Fruitcake? Apa disiram di atas pancake?

Tak ambil gula dengan teh atau kopi, tapi... Tapi dalam makanan, masyaAllah! Mengalahkan semut!

Bersambung...

1 ulasan:

azmietaha berkata...

Terlebih manisnya pun susah juga,
terkurang manisnyapun payah juga...
-Kena sedang-sedang saja!

Pengunjung