Khamis, 26 Ogos 2010

Gula Oh Gula (Bagahian 3)

Kalau kawan-kawan biasa minum teh tanpa gula, pasti tahu apa yang saya maksudkan. Ia rasanya lebih puas. Gula yang terlalu banyak kadang-kadang menenggelamkan rasa teh, terutamanya jika minum teh wangi, teh bunga kekwa, perasa buah atau lain-lain. Tetapi kadang-kadang tu nak juga ditambah pemanis, tapi tak nak yang sekuat gula. Bila saya perhatikan, memang kita ada banyak opsyen. Orang melayu mungkin jarang mencuba opsyen lain, tetapi orang cina memang dah biasa.


Kalau ke Pasar Kajang di hujung minggu akan ada orang tua menjual ikatan tebu liar. Bila ditanya, untuk direbus dengan teh cina katanya. Saya pernah cuba, memang enak kalau dijadikan pemanis alternatif sebab rasanya lebih halus seakan-akan rasa gula batu.


Gula batu, satu lagi alternatif untuk dijadikan pemanis teh. Rasanya memang lebih enak jika berbanding dengan gula. Tapi jauhkan dari kanak-kanak... Atau mereka akan luruh gigi dalam masa terdekat. Saya sendiri akan memilih gula batu jika diberi pilihan kerana rasanya yang lebih halus dari gula pasir.




Gula batu... Rasanya lebih halus dari gula pasir dan lebih enak dijadikan pemanis teh.


Kalau dengan kopi? Saya lebih suka kopi tanpa gula.



Saya pernah minum di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Selain dari paket gula, mereka hidangkan halwa kundur. Pemanis ini adalah labu kundur yang diawet menggunakan gula. Ia amat enak dijadikan pemanis teh cina. Dua keping sudah cukup untuk secawan teh. Hmmmmm.... enaknya.





Bersambung...

Rabu, 25 Ogos 2010

Gula oh gula (Bahagian 2)

Ada pula yang takut dengan gula ni. Maka mereka pun mencarilah pemanis tiruan tanpa zat. Kononnya pemanis tiruan ni bagus untuk kesihatan. Macam-macam nama manis yang digunakan. Dulu mereka guna saccharin, lepas tu mereka dapat tahu saccharin penyebab kanser. Makan terasa bodohlah mereka yang fikir saccharin baik untuk kesihatan. Banyaklah bisnes yang guna Saccharin lingkup. Yang bocorkan rahsia Saccharin bahaya terasa menyesal bila tengok kilang tutup, mak saudara dan pak saudara hila pekerjaan. Kemudian mereka cari benda lain, jumpa Aspartame. Tapi tak ada siapa berani kacau Aspartame ni. Takut banyak pula kilang akan tutup nanti. Ibu-ibu mengandung minumlah minuman dengan tanpa zat, biar anak bantut...

Kalau pemanis tiruan bagus untuk kesihatan, mengapa secara universal manusia nak kan gula? Secara semulajadi manusia perlukan gula. Kalau tak percaya, jadi stranger dan tawarkan kanak-kanak gula-gula.

"Pak cik ni stranger, pak cik nak bagi gula-gula."

Mereka ambil tak? Walaupun mak bapak cakap beratus kali, jangan ambil gula-gula dari stranger, secekup gula-gula dicekupnya. Budak tu tak hilang, tapi gigi luruh sebatang sebatang....

Gula ni macam minyak juga untuk kereta. Ia menjadi fuel untuk kita bergerak cergas. Bila outing, apa yang aku buat telan sesudu aja glukosa pekat yang dibeli kat kedai kek. Satu KL boleh ronda, 10 gulung filem boleh habis ambil gambar jalanan. Yang perlu, bawa air banyak-banyak untuk ganti peluh yang hilang. Badan rasa ringan, sihat seluruh badan. Itu kalau outing sorang-sorang, kalau dengan kawan-kawan, lagi lama kat kedai mamak daripada ambil gambar jalanan. Bukan makin fit, makin buncit! Apa taknya, sekali singgah, teh tarik tiga cawan, roti telur sekeping.

Balik semula kepada kisah gula. Ketika di Amerika, orang tak ambil banyak gula. Kadang-kadang langsung tak ada gula. Itu dalam kopi atau teh. Wah bagus orang Amerika, kalau jadi rakyat Malaysia pasti tok menteri suka.

Errr pernah rasa kek dari Amerika? Donut? Devils cake? Fruitcake? Apa disiram di atas pancake?

Tak ambil gula dengan teh atau kopi, tapi... Tapi dalam makanan, masyaAllah! Mengalahkan semut!

Bersambung...

Selasa, 24 Ogos 2010

Gula Oh Gula

Gula oh gula

Masih ingat lagi ketika belajar sekolah rendah dulu. Masa itu aku sekolah darjah 6, tahun 1975. Malaysia masa tu menghadapi krisis gula. Gula tak ada. Habis kedai kopi (walaupun pelanggan majoritinya minum teh) terpaksa bercuti, sebab tak ada gula. Bila gula boleh didapati semula, kena catu. Satu keluarga sekati gula sahaja. Sekali gula naik.


Kemudian ketika tingkatan 3 (tahun 78). Bekalan gula berkurang. Tidak lama kemudian kerajaan isytiharkan harga gula naik, 15 sen sekilo. Pok, peniaga kantin sekolah aku naikkan harga minuman, 5 sen. Kami protes, bawa secawan teh jumpa pengetua. Kalau sekilo naik 15sen, tak kan secawan teh naik 5 sen. Pok bukannya buat air, 3 cawan sekilo gula. Tapi begitulah, setiap kali harga barang asas naik, harga makanan atau minuman naik, dengan perkadaran yang tak selari. Kata omputeh naik exponentially, bukan proportionately. Bukan Pok aja yang buat begitu. Yang tak naikkan harga, kedai mamak aja, cuma gelas biasa dulu dinamakan semula jadi gelas besar sekarang. Harga lain. Gelas biasa? Besar ibu jari...


Kata mamak kedai yang biasa aku lepak.


"Orang Arab minum teh gelas besar ini juga..... Tarak tipu.... Kita moslem!"


Bila gula berkurang, biasalah TV akan pamerkan maklumat untuk patahkan selera orang supaya tidak mengambil gula. Maka berbohonglah mereka kononnya gula tidak baik untuk kesihatan. Gula pembunuh no 2, sebab orang kena kencing manis. Orang kampung aku yang tak bersekolah sebut kencing mani.... Nikmat bila ambil gula. Wei, gula bukan penyebab kencing manis (diabetes). Orang yang kena kencing manis kena kawal pengambilan gula. Berhentilah berbohong. Orang zaman sekarang pergi sekolah. Cakap aja awak nak potong subsidi gula.


Maka harga gula pun naiklah sekali lagi... Yang peliknya, pasaraya yang mencatu gula kepada 2 kilo sekeluarga tiba-tiba sahaja ada gula berlonggok-longgok selepas harga gula naik. Macam pokok tebu tau-tau aja,


"Hah kejap lagi harga gula naik, jom kita keluarkan jus banyak-banyak kat batang kita... " kata Sang Tebu.


"Kencing mani" kata orang kampung aku.


Bersambung...

Pengunjung