Sabtu, 21 November 2009

Panggang Pawotfish, Teka No 2

Hari ini, Ahad aku panggil semua anak-anak balik. Tahun ni bajet kurang, siapa-siapa birthday pada 13 November ke atas, dirangkum ke satu hari. Hari ni kami sambut birthday my mem (Zaitun), dan dua anak kami Hikmat dan Faizah, kedua-duanya mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu 17 November.

Dua menu utama hari ni, iaitu Briyani gulai itik dan barbeque pawot fish. Pawot fish bukanlah nama sebenar ikan ni, tapi budak cina yang jual ikan ni tak abis sekolah, jadi dia eja ikut bunyi ajer, maka jadilah pawot fish.

Ikan yang diambil dari saiz yang paling besar, suruh pekerja kedai belah dua. Dia mengeleng kepala, takut. Minta asingkan mulut sebab gigi ikan ni keras dari logam mata gergaji milik mereka. Mata gergaji boleh putus kalau cuba potong gigi pawot fish.

Sementara aku panggang pawot fish bersama anak-anak, kawan-kawan boleh jawab dua soalan ini. Siapa yang pertama dapat jawab dengan betul dalam masa seminggu, aku kirim sebuah buku sebagai hadiah.

1. Pawot fish adalah bahasa ikut dialek cina, apa nama sebenar pawot fish?
2. Apakah nama pawot fish dalam bahasa melayu?
3. Apakah nama pawot fish dalam loghat ganu?


2 ulasan:

mizadgreat berkata...

Wah ikan berwarna-warni ni ...saya tak biasa makanlah ikan jenis ni....ikan ni sesuai dok dalam aquarium jer....tak sesuai dok atas pemanggang.....

Iskandar Ab. Rashid berkata...

Tempoh seminggu dah tamat. Masing-masing sibuk melapah, jadi teka-teki tidak terjawab.

Pengunjung