Tok pula cuba berbagai teknik supaya aku dengar dan faham leterannya, dengan harapan aku akan sampaikan mesej pada ayah. Manalah aku tahu. Kecil lagi dah kena jadi messenger boy.
Ketika Tok syok bagi ceramah, datuk (Tokki) aku pulang. Bila dia terdengar ceramah perdana Tok, dia pun mengeluarkan kuasa veto yang menyebabkan Tok membisu.
Tokki nak ambil semula hati aku yang terguris tu. Dia gendong aku di atas kepala bahu dan bawa keluar. Bila nampak lembu dia sebut dalam bahasa ibundanya dan menyuruh aku ikut. Kemudian dia ajar sebut perkataan kambing, ayam, itik, dan entah apa-apa lagi. Satu pun tak masuk. Maklum sajalah Tokki orang merantau. Tokki tak pernah beritahu asal usulnya, tapi mamak kedai runcit kg aku kata mereka sekampung, dari Kerala. Ada pula kata, moyang aku memiliki ladang mangga, tiada siapa tuntut sebab Tokki satu-satunya anak, yang merajuk dan lari ke Tanah Melayu.
Apa-apapun kitakan 1Malaysia. Bak kata lagu nursery rhyme pantun tiga kerat orang Ganu...
Ling Ling Basikal Langgar Rok,
Mung kata kakku k****g,
Mung c**a tak basu be**k.
Maksunya, di Ganu dah lama dipraktikkan 1Malaysia ni. Jangan nak mengata aku dari keturunan mana sebab engkau pun dari keturunan dagang juga.
Ok, berbalik pada apa yang berlaku hari itu.
Tokki bawa aku naik penambang, dari Seberang Pintasan ke Kuala Dungun. Perahu tu perahu layar. Amat perlahan. Jurumudi kawal guna buluh panjang, menolak perahu ke arah yang ingin dituju. It was a beautiful experience. Aku dapat lihat ikan berenang dalam laut. jernihnya air di zaman itu. Bayu yang berbau hanyir air masin masih bermain dalam ingatan. Sesuatu yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kena pula dengan orang yang ramah yang menegur Tokki di sepanjang aku menunggang belakang Tokki.
Tokki singgah di kedainya. Dia beritahu mamak yang sedang memasak dan mereka pasang papan penghadang. Kedai ditutup. cucu Berahim mahu santap.
Tokki masuk ke dapur dan mula menunjukkan talentnya memasak. aku rasa kari kambing adalah menu utma untuk aku hari tu. Sambil menunggu Tokki, aku duduk di meja makan bermain kad dengan pekedai lain yang diberikan cuti mengejut.
Bila Tokki dan siap menghidang, aku dijamu dengan briyani. Tokki aku ni kira tukang masak paling hebat, bab buat briyani. Kabarnya semasa muda dia diambil oleh sultan Ganu menjadi tukang masak. Di situlah dia dijodohkan dengan Tok aku. Masa muda mereka menetap di Kuala Ibai.
Aku pun tengok lah nasi briyani dan kari kambing. Mana pernah aku makan nasi yang warna lain dari putih. Kari kambing? Itu barang luxury giler. Kat umah, seekor ikan selar kuning, kongsi seluruh adik beradik ajer. Ambil bau aja, macam 3 Abdul menantu Sadip Sigaraga.
Aku jamah satu suap, aku tolak tepi. Tokki frust sebab aku tak suka masakan istimewanya. Maafkan aku Tokki, masa tu awang kecik lagi. Awang mana reti makan kari. kalau Tokki bagi sekarang, pasti dibedal tiga pinggan.
Tak apa. Tokki pasti faham. Dia gendong aku ke pasar Dungun dan beli sebakul limau mandarin. Sampai basah belakang Tokki, menitis air limau yang manis-manis masam tu dari mulut aku. Dalam perahu layar, aku buang hampas limau yang dah aku kepah ke dalam air. Aku dapat lihat dengan jelas ikan sebesar tapak tangan berebut hampas limau tu...
Tokki meninggal selepas menderita patah kaki jatuh dari katil di Hospital Kemaman masa aku darjah 2 atau 3, dah lupa. Tok baru saja meninggal dalam Milennia ini. Lama Tokki menunggu Tok. Semuga roh mereka dicucuri rahmat. I love them both.