Ahad, 29 Mac 2009

Peminta Sedekah

Semalam merayau di Bukit Bintang bersama anak. Sambil-sambil tu singgah makan di gerai sambil memerhati orang di kaki lima. Seorang penjaja mainan mengeluarkan mainan sambil cuba menarik perhatian anak-anak pelancong. Seorang peminta sedekah berbangsa arab dengan kaki berbalut, kononnya cedera. Berjalan terhinjut-hinjut. Bila tiada lagi orang lalu untuk dirayu, dia berjalan mencari spot baru... langsung tiada hinjut seperti sebelum ini.

2 ulasan:

Biah berkata...

Well, cakap pasal peminta sedekah, aku pernak encounter kat pasar sek 6 shah alam, pergi pasar pagi lagi. Nampak van turunkan dua org peminta sedekah dan tempatkan dia di dua tempat di pasar itu. sekarang ni nak bg sedekah pun cuak. Peminta sedekah benar atau palsu????

Iskandar Ab. Rashid berkata...

Ramai yang ambil kesempatan kerana sifat orang Malaysia yang suka menderma. Di Seksyen 4 Tambahan, ada sekumpulan orang dari Afghanistan (aku tak dapat sahkan asal mereka, itu yang mereka kata). Mereka menyewa di rumah teres. Setiap pagi akan keluar meminta sedekah untuk kem pelarian. Mereka bukan saja meminta sedekah, malah meminta orang keluarkan zakat harta kepada mereka. Saya ada meminta mereka tunjukkan stub resit untuk buktikan ada yang bayar zakat kepada mereka. Dia tunjukkan satu dari stub resit. RM300, RM450 RM100, ... Wow dalam satu hari.

Itu tahun lepas. Mereka masih lagi keluar meminta sedekah untuk khemah pelarian. Aku cuma curious adakah benar funding itu akan masuk ke kemah pelarian, atau mereka akan bina khemah sendiri yang paling besar nanti... mungkin di Pakistan dengan dinding konkrit dan diiisi dengan beberapa istri. Sebab asal mereka pun aku kurang pasti.
Orang kita masih ramai yang susah, masih perlukan funding dari duit zakat. Mengapa ditabur pada orang yang kita tidak tahu asal usul mereka? Wallahualam.

Pengunjung