Khamis, 5 Jun 2014

Cikgu Kolot, Tak Ikut Peredaran Zaman

Dalam tahun-tahun akhir aku mengajar, cara handling pelajar banyak berubah. Perubahan berlaku kesan dari pengalaman mengajar di Sekolah Paya Besar, Kuantan.
Apa yang ingin dikongsikan malam ini berlaku ketika megajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur....
Kelas Pendidikan Moral.... Yep I was a Cikgu Moral too....
Kelihatan dua orang murid sedang membelek majalah bergambar....
"Eh, tengok sini, majalah apa yang kamu seronok tengok tu?"
Murid menggelabah, tapi akhirnya mengalah dan pass magazine ke depan. Murid perempuan merah padam muka, murid lelaki tergelak seperti Hyena baru lepas ....
Saya belek aja muka surat depan, terpampang gambar yang saya suspek. Kalau dibawa ke depan pasti budak ni digantung sekolah.
"Cikgu nak ambil majalah ni. Bukan nak baca. Cikgu nak bakar."
Pemilik majalah melenting tanda protes.
"Cikgu kolot! Tak boleh terima perubahan zaman!"
Seperti gunung berapi yang nak meletus, murid ini seperti ingin menerpa saya. Saya hanya tersenyum sambil berfikir macamana nak handle murid sebegini. Kalau zaman Paya Besar dulu pasti budak ni kena terajang. Tapi kalau terajang, budak ni tak akan jadi budak baik nanti.
"Ok, murid-murid semua. Saya akan buktikan saya tak kolot. Kita akan kongsi gambar."
Saya mula membelek gambar-gambar tersebut.
"Wah.... cantik, saya suka perempuan ni."
Murid-murid semua ketawa.
"OK, mulai dari hari ini, kelas ni kita boleh kongsi gambar lucah. Tak mahu kolot kolot."
"Steven, oleh sebab awak yang usulkan idea modern ni, kita mulakan daripada awak. Awak ada kakak?"
"Ada, dia sudah kawin. Cikgu sudah tak ada can. Ha ha."
"Ok, kalau sudah kawin, lagi bagus. Esok awak bawak gambar kakak dengan abang ipar awak main. Kita kongsi tengok ramai-ramai."
Murid tersebut ketuk meja tanda amat marah. Tangan ketar....
"Cikgu amat kurang ajar cakap macam itu. Saya balik mau repot sama mak saya."
"Aik! Tadi awak kata saya kolot. Sekarang siapa yang kolot ni?"
"Cikgu tuduh kakak saya jahat!"
"Owh. Awak lupa ya. Perempuan dalam gambar ni juga ada adik. kalau tak ada adik pun, saya pasti dia ada mak, ada ayah. Kalau mak dan ayah dia tengok gambar ni barangkali apa rasa mereka?"
"Marah.... malu...." Jawab murid tersebut.
Dia tunduk dan ambil majalah tersebut dari tangan saya dan koyak di depan kami sekelas.
"Saya faham, Cikgu. Saya tak akan lakukannya lagi."
See? Kita tak perlu merotan untuk mendidik.

Pengunjung