Malam ini serba tak kena
Pusing kiri, membalik badan masih tak terlena
Semua rasa macam tak kena
Mata enggan juga melena
Ibarat sang burung hantu
Siang mengantuk malam berjaga
Mungkin terlalu lama menggantung kamera
Alasan kerana banyak kerja
Bila jenguk ke luar jendela
Alangkah ruginya rasa di jiwa
Sungai mengalir entah ke mana
Cahaya berkelipan sepanjang alir arusnya
Menunggu sang shutter bila nak terbuka
Tak kan Laksamana melepak minum teh aja
Sedangkan laut luas terbuka
Atau sekadar menjenguk dunia
Dengan sekadar membaca berita
Dari selembar kertas yang bercerita
Entah betul entahkan dusta
Baik capai aja sang kamera
Ikut ke mana saja arah yang suka
Walaupun orang seperti tak mahu menyapa
Mengelak mata menghadang payungnya
Walaupun panas tidak seberapa
Atau lepak bersama mamak aja
Sambil menghirup teh mengunyah entah apa
Kerana hari ni tak seberapa
Muram entah apa puncanya
Mana perginya rakan semua
Dah lama tak outing bersama...