Rabu, 27 Januari 2010

Demokrasi, Bahagian 2

Bila ditanya nak beli apa, aku meminta sebuku roti.  Hj Mamat dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena.  Dia bawa aku masuk ke dalam kedai.  Kedengaran dia menjelaskan sesuatu kepada Hj Kadir dalam bahasa asia selatan (tak boleh sebut, kan sekarang 1Malaysia...).  Haji Kadir masakkan aku nasi goreng, mamak style.  Lepas makan aku menyelinap pulang.  Aku masuk ikut pintu dapur.  Mi dah perasan aku menghilangkan diri, tapi dia buat-buatn tak perasan.  Aku tak tahu aku sedang diperhati.  Dapur masa tu kosong.  Bubur lambut masih mendidih atas dapur.

Aku jenguk mangkuk bekas garam.  Zaman tu kat kampung, orang guna garam kasar yang dicelup air. Ada garam sebuku dan terendam dalam air kira-kira sesuku mangkuk.  Cantik.  Aku mula bertindak, sabotaj pada pengundi yang mengundi bubur lambut.  Mula mula aku letak sikit air garam ke dalam periuk.  Mana cukup, fikir aku.  Biar puas hati.  Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.  Aku tuang semua air garam ke dalam periuk.

Lepas tuang aku terdengar suara Mi terdehem.  Terlepas mangkuk garam di tangan aku  kerana tersentak.
"As tak tidur lagi?"  Tanya Mi.

"Tunggu bubur masak ya.  Mi tau As akan suka."

Itu kata Mi aku.  Aku pun cepat-cepat masuk ke dalam bilik.  Tarik selimut... Tapi  perut sudah kenyang dan dalam hati terbahak-bahak ketawa ala Hussein Abu Hassan.  Ketawa besar, Puas....
Aku terdengar Mi mengacau sesuatu kat dapur.  Rupa-rupanya Mi dah tahu trick aku tu.  Dia buat-buat tak tahu.  Sekarang dia sedang bersusah payah modify bubur tu supaya sedap semula.

Dalam sepuluh minit kemudian, Mi kejutkan aku untuk makan.  Aku protes, tak mahu makan.  Sayup kedengaran ayah, Mi dan adik-adik enjoy menghirup bubur lambut.
Ai... Macamana ni tak boleh jadi, tak masin ker?  Aku mula curious.

Mi bawa masuk semangkuk bubur lambut ke bilik tidur, memujuk aku untuk makan.

"Sedap sangat bubur ni.... masin, sempurna."
"Mi rasa letak sikit aja garam biar kurang masin.  Termasin pulak... tapi sedap."  Itu kata Mi.

Aku teringin tapi hati keras aku tetap membantah.  lagipun aku dah kenyang.

Besok, aku tak ke sekolah kerana merajuk aku belum habis.  Bila semua orang ke sekolah, aku masuk dapur dan habiskan bubur yang Mi isikan untuk aku malam sebelumnya.  Memang sedap!  Biasanya bila ada yang aku tak puas hati, seminggu aku tak ke sekolah.  Minggu tu aku protes tak mahu pergi ke sekolah dua minggu berturut-turut.

Sejak malam itu Mi tidak lagi praktikkan demokrasi di rumah.  Apa-apa, tiada pilihan, kami mesti turut.  Satu perkara yang Mi belajar dalam mendidik, kalau diberi pilihan, pasti ada yang tidak akan berpuas hati.... Buat penat aja.  Mi pakai ISA aja.

1 ulasan:

mizadgreat berkata...

Dahsat tu Cg Is ni...macamtu sekali protestnyer kalau x puas hati and kuat dendam lak tu...ada ker nak sabotaj Umi nyer bubur.Anak-anak kalau terlalu linean mcm nilah...saya ada pengalaman ni.mula2 kita kasi dia memilih lepas tu dia pulak yang beri kita pilihan. autoriti sebagai parent take over by kids...Bercakap psal pilihan last week dlm seminar Dr Arshad menekankan kalau dah decide jadi pensyarah..you all tiada pilihan dah..have to follow this organization rule procedure and culture....ehem2 tapi ramai org join sesuatu organisasi tapi jadi sayap kiri.Bulan2 ambik gaji tapi jadi virus dlm tempat kerja....

Pengunjung