Bila ditanya nak beli apa, aku meminta sebuku roti. Hj Mamat dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena. Dia bawa aku masuk ke dalam kedai. Kedengaran dia menjelaskan sesuatu kepada Hj Kadir dalam bahasa asia selatan (tak boleh sebut, kan sekarang 1Malaysia...). Haji Kadir masakkan aku nasi goreng, mamak style. Lepas makan aku menyelinap pulang. Aku masuk ikut pintu dapur. Mi dah perasan aku menghilangkan diri, tapi dia buat-buatn tak perasan. Aku tak tahu aku sedang diperhati. Dapur masa tu kosong. Bubur lambut masih mendidih atas dapur.
Aku jenguk mangkuk bekas garam. Zaman tu kat kampung, orang guna garam kasar yang dicelup air. Ada garam sebuku dan terendam dalam air kira-kira sesuku mangkuk. Cantik. Aku mula bertindak, sabotaj pada pengundi yang mengundi bubur lambut. Mula mula aku letak sikit air garam ke dalam periuk. Mana cukup, fikir aku. Biar puas hati. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Aku tuang semua air garam ke dalam periuk.
Lepas tuang aku terdengar suara Mi terdehem. Terlepas mangkuk garam di tangan aku kerana tersentak.
"As tak tidur lagi?" Tanya Mi.
"Tunggu bubur masak ya. Mi tau As akan suka."
Itu kata Mi aku. Aku pun cepat-cepat masuk ke dalam bilik. Tarik selimut... Tapi perut sudah kenyang dan dalam hati terbahak-bahak ketawa ala Hussein Abu Hassan. Ketawa besar, Puas....
Aku terdengar Mi mengacau sesuatu kat dapur. Rupa-rupanya Mi dah tahu trick aku tu. Dia buat-buat tak tahu. Sekarang dia sedang bersusah payah modify bubur tu supaya sedap semula.
Dalam sepuluh minit kemudian, Mi kejutkan aku untuk makan. Aku protes, tak mahu makan. Sayup kedengaran ayah, Mi dan adik-adik enjoy menghirup bubur lambut.
Ai... Macamana ni tak boleh jadi, tak masin ker? Aku mula curious.
Mi bawa masuk semangkuk bubur lambut ke bilik tidur, memujuk aku untuk makan.
"Sedap sangat bubur ni.... masin, sempurna."
"Mi rasa letak sikit aja garam biar kurang masin. Termasin pulak... tapi sedap." Itu kata Mi.
Aku teringin tapi hati keras aku tetap membantah. lagipun aku dah kenyang.
Besok, aku tak ke sekolah kerana merajuk aku belum habis. Bila semua orang ke sekolah, aku masuk dapur dan habiskan bubur yang Mi isikan untuk aku malam sebelumnya. Memang sedap! Biasanya bila ada yang aku tak puas hati, seminggu aku tak ke sekolah. Minggu tu aku protes tak mahu pergi ke sekolah dua minggu berturut-turut.
Sejak malam itu Mi tidak lagi praktikkan demokrasi di rumah. Apa-apa, tiada pilihan, kami mesti turut. Satu perkara yang Mi belajar dalam mendidik, kalau diberi pilihan, pasti ada yang tidak akan berpuas hati.... Buat penat aja. Mi pakai ISA aja.
Rabu, 27 Januari 2010
Selasa, 26 Januari 2010
Demokrasi, Bahagian 1
Aku dilahirkan dalam keluarga yang besar. Biasanya, mak aku (Mi) hidangkan aja apa-apa yang patut untuk makan malam. Entah kenapa, malam tu Mi nak praktikkan demokrasi. Aku rasa itulah kali pertama dan terakhir mak praktikkan demokrasi. Selepas malam itu, Mi praktikkan pemerintahan kuku besi. Siapa melawan kena ISA.
Malam tu mak aku penat jadi dia declere tak masu masak lauk. Jadi dia bagi dua pilihan, iaitu bubur lambut atau nasi goreng. tapi kena undi. Undi mkajioriti akan menentukan apakah habuan aku malam itu. Bila mak tanya, siapa nak makan nasi goreng, cepat-cepat aku angkat tangan. Mak pun mula kira. Satu... dan pengiraan berakhir setakat itu sahaja. bubur lambut, Satu.... dua.... tiga.... Alamak aku tewas.
Sebenarnya bubur lambut pun kesukaan aku juga, apa lagi masakan Mi, memang sedap. Tapi aku tidak akan terima kekalahan begitu saja. Malam itu aku mesti protes. Aku cuba berdiplomasi, memujuk Mi untuk membuat kiraan undi semula, sementara aku cuba rationalise mengapa adik-adik mesti undi nasi goreng.
Cet adik aku si Nurbaya dan Fuad tu bukannya makan pujuk. Masa sedang commotion dengan SPR, ayah pulag. Selepas menjelaskan situasi ayah pun ingin ambil bahagian. Aku tak dapat beli undi dari ayah. Dia pun undi bubur lambut....
aku pun jalan hentak kaki dan slam pintu bilik. Rumah kayu... damdam dam dum bunyi aku protes. Mi cuba memujuk tapi aku dah berselubung dalam selimut lusuh aku. Adik-adik sedang enjoy kat dapur meraikan kemenangan pilihanraya malam tu. Aku nekad dan burn. Waktu tu dah agak lewat tapi aku tak kira. Rasa takut dah hilang. Senyap-senyap aku menyelinap ke kedai haji kadir, Mamak pembekal barang runcit yang juga menjadi Banker aku. sampai di kedai, pintu dah tutup rapat. Dari celah-celah dinding aku nampak cahaya pelita, membuktikan Hj Kadir belum tidur. Aku pun mengetuk pintu kedai dengan kuatnya. Kelihatan bayang Haji Mamat, rakan kongsi hj kadir bergegas mempuka papan pintu. Kedai tu bukan pakai pintu macam sekarang. Papan disusun satu-satu untuk menutup pintu.
Dia menjenguk kepala dan terkejut melihat aku sorang-sorang tengah-tengah malam buta. Bersambung...

Jumaat, 1 Januari 2010
Puteri Hibiscus
Puteri Hibiscus, pembuka tirai 2010
Selamat Tahun Baru buat rakan semua.
Semuga tahun ini suatu yang terbaik menanti untuk kita semua.
Langgan:
Catatan (Atom)